Pantai Cahaya Bulan | |
|---|---|
Pantai di Kota Bharu | |
Papan tanda menuju ke Pantai Cahaya Bulan. | |
| Koordinat: 6°10′45.5″N 102°17′4.6″E / 6.179306°N 102.284611°E | |
| Negara | |
| Negeri | |
| Bandar | |
| Daerah | Kota Bharu |
| Zon waktu | UTC+8 (WPM) |
| • Musim panas (DST) | Tidak diamalkan |
| Poskod | 15350 |
Pantai Cahaya Bulan merupakan sebuah pantai yang terkenal di negeri Kelantan, Malaysia, dan menjadi destinasi pelancongan popular khususnya dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong domestik. Terletak kira-kira 10 kilometer dari pusat bandar Kota Bharu, pantai ini terkenal dengan pesisirnya yang panjang, pasir keemasan yang lembut, air laut yang jernih, serta deretan pokok ru dan kelapa yang menambah suasana nyaman. Ia sering dikunjungi sebagai lokasi berkelah, riadah, dan menikmati makanan laut, terutamanya pada hujung minggu dan musim cuti.
Kemudahan dan Tarikan Pelancong
Pantai Cahaya Bulan menawarkan pelbagai kemudahan kepada pengunjung termasuk:
- Hotel dan chalet
- Kawasan perkemahan
- Tandas awam
- Kedai makan dan gerai menjual makanan tempatan serta cenderamata
Di sepanjang perjalanan ke pantai ini dari Kota Bharu, pelawat akan melalui perkampungan tradisional yang dikenali sebagai pusat kraftangan negeri. Antara hasil kraftangan yang terkenal di sini ialah:
- Pencetakan batik
- Penenunan songket
- Pembuatan layang-layang
- Barangan loyang
Sejarah dan Asal-usul
Nama asal pantai ini ialah Pantai Cinta Berahi, yang menurut cerita tempatan, diberikan oleh seorang askar British dan seorang penghafaz al-Quran (Hafizi) ketika mereka berada di sini semasa perang. Nama itu dipercayai mencerminkan perasaan cinta yang tidak berbalas dan kenangan mendalam yang mereka alami di pantai ini. Namun, disebabkan sensitiviti budaya dan agama, nama tersebut ditukar secara rasmi kepada Pantai Cahaya Bulan. Meskipun begitu, nama lama tersebut dan akronim popularnya, PCB masih digunakan oleh penduduk tempatan. Sebelum era Perang Dunia, pantai ini juga dikenali dengan nama Pantai Semut Api.
Pada 8 Disember 1941, pantai ini menjadi salah satu lokasi pendaratan awal oleh tentera Jepun semasa serangan ke atas Tanah Melayu dalam Perang Dunia Kedua. Melalui pendaratan ini, tentera Jepun memulakan kemaraan ke selatan untuk menentang penjajah British, menjadikan kawasan ini antara titik permulaan penting dalam sejarah penjajahan Jepun di Malaya.
Tengku Mahmood Mahyideen, Putera Sultan Patani terakhir yang kental berjuang semasa Perang Dunia Ke-2 dengan menubuhkan Force 136 telah membina chalet peranginan di tepi Pantai Cinta Berahi yang ketika itu nyaman dan damai. Disini juga, beliau telah meninggal dunia pada hari Jumaat 12 Februari 1954 ketika berumur 45 tahun.[1][2]
Akses
Pantai Cahaya Bulan boleh diakses dengan mudah dari pusat bandar Kota Bharu melalui laluan utama:
Jalan Pantai Cahaya Bulan – sebuah jalan negeri yang menghubungkan Kota Bharu terus ke kawasan pantai ini.








