Para Pencari Tuhan | |
---|---|
Genre | |
Dibangunkan oleh | PT Demi Gisela Citra Sinema |
Ditulis oleh |
|
Pengarah |
|
Dibintangi oleh |
|
Penggubah lagu tema | Ungu & Gigi |
Lagu pembukaan |
|
Lagu penutup |
|
Negara asal | Indonesia |
Bahasa | Bahasa Indonesia |
Bilangan musim | 16 |
Bilangan episod | 424 |
Penerbitan | |
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 40–45 menit |
Penyiaran | |
Saluran asal | SCTV |
Format gambar | |
Siaran asal | 13 September 2007 | – sekarang
Para Pencari Tuhan ialah sinetron Indonesia yang ditayangkan setiap hari selama bulan Ramadan di SCTV sejak 2007. Sinetron ini diproduksi oleh PT Demi Gisela Citra Sinema, ditulis oleh Wahyu H.S. (penulis Lorong Masa dan Demi Masa), Amiruddin Olland, Syaikhu Luthfi dan disutradarai oleh Deddy Mizwar, Kiki ZKR dan Tito Kurnianto. Secara garis besar, sinetron ini menceritakan kehidupan seorang pengurus surau bernama Bang Jack (Deddy Mizwar) yang membawa orang-orang di sekitarnya ke arah ajaran agama Islam.
Para Pencari Tuhan ditayangkan semasa masa sahur mula pukul 02:30 WIB sehingga 04:30 WIB dalam musim 1–6, pukul 03:00 WIB sehingga 04:30 WIB ketika musim 7, pukul 03:00 WIB sehingga 04:15 WIB pada musim 8–13, dan mula pukul 02:45 WIB sehingga 04:30 WIB pada musim 14–15. Selama penayangannya, sinetron ini diselingi dengan kuiz pada awal, tengah, dan akhir sinetron dengan hadiah jutaan rupiah. Sehingga 2023, sudah terdapat 16 musim Para Pencari Tuhan yang ditayangkan. Selama penayangannya, sinetron ini telah menerima beberapa anugerah, termasuk Festival Filem Bandung untuk Sinetron Terbaik pada 2008, dan beberapa Anugerah Komisi Penyiaran Indonesia untuk program drama siri. Oleh kerana tempoh penayangannya yang begitu lama, Para Pencari Tuhan menerima rekod Museum Rekod Indonesia bagi Siri Religi Ramadan Berterusan Terlama pada 2023.
Pelakon
Utama dan Berulang
Pelakon | Watak |
---|---|
Deddy Mizwar | Bang Jack |
Aden bajaj | Barong |
Isa bajaj | Juki |
Melki bajaj | Chelsea |
Zaskia Adya Mecca | Aya |
Agus Kuncoro | Azzam |
Akri Patrio | Ustad Ferry |
Udin Nga Nga | Zulfikar Baharudin
(Bang Udin) |
Asrul Dahlan | Asrul |
Annisa Suci | Haifa |
Jarwo Kwat | H. Ahmad Jalaluddin
(Pak Jalal) |
Artta Ivano | Kalila |
Idrus Madani | Pak RW Idrus |
Joes Terpase | Pak RT Joes |
Hakim Ahmad | Pak bendahara Hakim |
Irma Annisa | Bu Jalal |
Deliana Siahaan | Mak Juki |
Mira Zayra | Mira |
Tora Sudiro | Zulfikar Baharudin
(Baha) |
Turaekhan Roy | Roy |
Henidar Amroe | Widya |
Irma de vanty | Herlina |
Erma Zarina | Loli |
Slamet Rahardjo | Om Wijoyo |
Vitta Mariana | Heli |
Andi Bersama | Uak Yongki |
Epy Kusnandar | Tukang bubur |
Alfie Alfandy | Domino Febrianto |
Jaja Miharja | Haji Jaja |
Inneke Koesherawati | Dewi |
Teddy Syah | Azmi |
Rendy Kjaernett | Borang |
Nurul qomar | Abah Nyinyi |
Isel Fricella | Hera |
Miqdad Addausy | Viral |
Irfan Siagian | Maing |
Silvia Anggraini | Aliya |
Dina Lorenza | Nurlaela |
Dimas Anggara | Fadli |
Rochman Suwandanata | Sukarni Bombi Yusenberg
(Pak Bombi) |
Totos Rasiti | Atep |
Ujang Ronda | Ajung |
Mega Yunia | Mega |
Syakir Daulay | David |
Betari Ayu | Zahro |
Kukuh Prasetya | Bahrudin |
Widi Dwinanda | Ambar |
Yasamin Jasem | Alexandria |
Ozzol Ramdan | Ujang |
Andi Annisa | Anna |
Yuli Fidya | Miang |
Angel lisandi putri | Putri |
Alodya Desi | Mulan Safira |
Vizza Dara | Maya Estira |
Linda Ramadhanty | Asma |
Merriel jessica | Pepi |
Unang Bagito | Kardiman |
Edwin super Bejo | Kunang |
Ery Makmur | Ipong |
Tio Pakusadewo | Galaxy bin Bimasakti (Bang Galak) |
Lavicky Nicholas | Habib |
Bimasena | Ali Verpool |
Dinda Kirana | Matahari |
Salma Paramitha | Bulan |
Yurike prastika | Mak dharti |
Opie Kumis | Pak Amor |
Cok Simbara | Pak Netral |
Tohir Jokasmo | Pak Tohir |
Arswendy Bening swara | Pak Nasib |
Ridwan Ghani | Soni |
Dea lestari | Lara |
Andre Taulany | Deo |
Pelakon Pembantu
Pelakon | Watak |
Otis Pamutih | Bang Yongki |
Anggia Jelita | Marni |
Juk Ng | Juk Ng |
Bonte Ladas | Bonte |
Maulana firdaus | Maulana |
Wingky Harun | Om Wingky |
Yanto Tampan | Bang Acip |
T Bagus Afifi | Hafifi |
Oneng Suprapti | Nek Vega |
Rohaina Mursyid | Nek Vegi |
Yachyal Zas | Bang Uyan |
Linda Leona | Linda |
Dara Rulyant | Dara |
Junaedi | Junaedi |
Pengeluaran
Pembikinan dan penulisan cerita
Syuting jilid-jilid awal Para Pencari Tuhan dilakukan di Mushola At-Taufiq, Jatiasih, Bekasi.[1] Rangkaian penggambaran musim2 diakhiri dengan kegiatan buka puasa bersama-sama di surau tersebut.[2]
Pengeluaran musim 3 bermula pada Februari 2009. Semasa diwawancara pada 26 Ogos 2009, Deddy Mizwar mengatakan bahawa masih terdapat 10 episod yang belum selesai.[3]
Penggambaran bagi musim 4 sudah bermula sejak Jun 2010. Menurut Melki Bajaj, pengambilan gambar satu episod boleh memerlukan masa hingga satu minggu.[4]
Penggambaran bagi musim 9 bermula pada Februari 2015. Oleh kerana Deddy Mizwar pada semasa itu merupakan Timbalan Gabenor Jawa Barat, penggambaran dilakukan di luar tempoh tugasan Deddy. Menurut Deddy, cerita dalam musim tersebut tidak bersambung dari awal sehingga akhir jilid, tetapi berganti setiap satu atau dua episod.[5]
Penggambaran musim 12 berakhir sekitar sepuluh hari sebelum lebaran, manakala jalan ceritanya sudah selesai lama sebelum itu.[6][7]
Syuting Para Pencari Tuhan Jilid 15 dilakukan mula 1 November 2021 dan berlangsung selama 130 hari. Deddy Mizwar mengatakan bahawa bahawa beliau tidak ingin melakukan penggambaran secara terburu-buru untuk menjaga kualiti sinetronnya.[8] Berkait penulisan ceritanya, Deddy mengatakan bahawa tema yang diangkatnya dalam musim ini ialah para ibu bapa, bagaimana mereka bersiap menghadapi kematian, dan anak-anak mereka.[9]
Pelakon
Selepas Ahmad Heryawan mencatat kemenangan pilihan raya Gabenor Jawa Barat 2013. Deddy Mizwar sebagai Timbalan Gabenor, mengonfirmasi bahawa beliau akan tetap menjadi pelakon dalam Para Pencari Tuhan.[10]
Sebelum penayangan musim 13, Deddy Mizwar mengatakan bahawa pelakon lama banyak yang berhenti muncul kerana banyak di antara mereka, contohnya Idrus Madani dan Agus Kuncoro, yang dipekerjakan oleh studio pengeluaran lain. Selain itu, Deddy juga menyebutkan bahawa sukar memasukkan tokoh ketika mana jalan cerita mereka sudah selesai.[11] Hal serupa disebutkan oleh Deddy sebelum penayangan musim 15; menurutnya, penceritaan tokoh lama hanya akan mengulang-ulang tema yang sama sahaja.[12]
Muzik
Lagu tema pertama Para Pencari Tuhan ialah "Para Pencari-Mu" yang dibawakan oleh kumpulan muzik Indonesia Ungu. Selain pada musim pertama, lagu ini juga dipakai pada musim 9 dan 11. Bagi musim 15, pihak Para Pencari Tuhan meminta Ungu menggubah kembali lagu "Para Pencari-Mu" untuk dijadikan lagu tema lagi.[13]
Pada Jilid 3, Para Pencari Tuhan mula bekerja sama juga dengan kumpulan muzik Gigi bagi lagu tema.[14] Untuk membuat lagu-lagu untuk sinetron ini, Gigi bekerjasama dengan Deddy Mizwar untuk mendapati perkaitan lagu, cerita sinetron, dan latar belakang Indonesia.[15][16] Dalam musim itu, lagu yang dibawa oleh Gigi ialah "Beribadah Yok".[14] Bagi musim 4, lagu yang dibawakan ialah "Amnesia" yang disebut Armand, bertema orang yang beribadah di siang hari, tetapi melakukan korupsi di malam hari.[16] Ketika Deddy meminta Gigi merakamkan lagu tema lagi di tahun berikutnya, Gigi membawakan lagu "Pemimpin dari Syurga".[17] Untuk jilid berikutnya, Gigi membawakan "Aku dan Aku". Vokalis Gigi, Armand Maulana menciptakan lagu tersebut selepas mendapatkan kesimpulan dari diskusinya dengan Deddy dan mengatakan bahawa tema liriknya berasal dari kalimah, "Manusia berusaha, Tuhan yang menentukan," dan sikap manusia yang merasa "sok ngatur yang sudah teratur."[18] Dalam musim 10, Gigi membawakan lagu berjudul "Gerbang Rahmat-Mu". Hasil kerjasama dengan Deddy tahun ini menghasilkan lagu yang bertema memohon ampun kepada Tuhan, tema yang menurut Armand, lebih meluas berbanding dengan beberapa lagu dalam musim-musim sebelumnya.[16]
Keluaran
Semua musim Para Pencari Tuhan pertama ditayangkan di saluran televisyen SCTV. Sinetron ini juga diedarkan secara digital melalui vidio.com.
Reaksi
Pada 2008, Majlis Ulama Indonesia mengiktiraf Para Pencari Tuhan sebagai cadangan tontonan kerana menilainya sesuai dengan nilai-nilai agama.[19] Pujian serupa kembali diberikan oleh MUI pada tahun 2012.[20]
Pada tahun 2014, lembaga penyelidikan media Remotivi dalam kajian mereka menyebut Para Pencari Tuhan Jilid 7 sebagai salah satu sinetron Ramadan di mana perempuan tidak mempunyai autonomi dalam keputusan mereka.[21]
Ketercapaian
Menurut data AGB Nielsen, penayangan Para Pencari Tuhan jilid pertama mendapatkan penarafan dalam purata 32%, dan penontonnya merangkumi hampir semua kumpulan umur, baik lelaki mahupun perempuan.[1]
Pihak perhubungan SCTV mengatakan bahawa Para Pencari Tuhan Jilid 3 meraih penarafan 20.7% penonton per episod.[22]
Rujukan
- ^ a b Burhani, Ruslan, penyunting (27 September 2007). "Grup Bajaj Belajar Aktor Lewat "Para Pencari Tuhan"". ANTARA News. Dicapai pada 13 Mei 2022.
- ^ Ariwibowo, AA, penyunting (12 September 2008). "Melky Bajaj: Sikap Menghormati Bulan Puasa Menipis". ANTARA News. Dicapai pada 13 Mei 2022.
- ^ Burhani, Ruslan, penyunting (26 Ogos 2009). "Masalah Terorisme Diselipkan Dalam "Para Pencari Tuhan"". ANTARA News. Dicapai pada 13 Mei 2022.
- ^ Sofyan, Eko Hendrawan, penyunting (29 Jun 2010). "Personel Bajaj Sibuk Mencari Tuhan Lagi". Kompas.com. Dicapai pada 17 Mei 2022.
- ^ Sudrajat, Ajat (10 Jun 2015). Sidik, Jafar M (penyunting). "Deddy Mizwar nongol lagi di "Para Pencari Tuhan"". ANTARA News. Dicapai pada 13 Mei 2022.
- ^ Ester Lince Napitupulu (4 Jun 2019). "Deddy Mizwar Bicara Tentang Perjalanan Hidup Manusia". Kompas.id. Dicapai pada 17 Mei 2022.
- ^ Aditia, Andika (27 Mei 2019). Kistyarini (penyunting). "Shooting Para Pencari Tuhan Rampung, Deddy Mizwar Sebut Timnya Solid". Kompas.com. Dicapai pada 17 Mei 2022.
- ^ Denny Marhendri (30 April 2022). "Para Pencari Tuhan Tayang 15 Tahun di SCTV, Ini Cara Deddy Mizwar Jaga Konsistensinya". Merdeka.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 13 Mei 2022.
- ^ Vincentius Mario (1 April 2022). "Deddy Mizwar Angkat Cerita tentang Orangtua di Sinetron Para Pencari Tuhan Jilid 15". Kompas.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 27 Mac 2023.
- ^ Rahardjo, Didit Putra Erlangga (3 Mac 2013). Mulyadi, Agus (penyunting). ""Para Pencari Tuhan" Masih Ada". Kompas.com. Dicapai pada 17 Mei 2022.
- ^ Syifa Ismalia (28 April 2020). "Alasan Pemain Lama Tak Ikut Main di Para Pencari Tuhan Jilid 13". Fimela. Dicapai pada 17 Mei 2022.
- ^ Mario, Vincentius (1 April 2022). Aditia, Andika (penyunting). "Alasan Deddy Mizwar Tak Ajak Pemain Lama Sinetron Para Pencari Tuhan untuk Berperan di Jilid 15". Kompas.com. Dicapai pada 17 Mei 2022.
- ^ Desy Susilawati (9 Mac 2022). "Enda Ungu: Versi Terbaru Lagu 'Para Pencari-Mu' Lebih Fresh". Republika Online (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 28 Mac 2023.
- ^ a b "GIGI Geser Ungu di Sinetron 'Para Pencari Tuhan'". detikHot (dalam bahasa Indonesia). 9 Julai 2009. Dicapai pada 28 Mac 2023.
- ^ Fajar Adhityo (22 Julai 2011). "Single Religi Gigi Jadi OST 'Para Pencari Tuhan'". KapanLagi.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 28 Mac 2023.
- ^ a b c Rizky Aditya Saputra (10 Mei 2016). "GIGI Kembali Isi Soundtrack Para Pencari Tuhan Jilid 10". Liputan6.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 28 Mac 2023.
- ^ "GIGI Siapkan "Pemimpin dari Sorga"". Kompas.com (dalam bahasa Indonesia). 27 Jun 2011. Dicapai pada 28 Mac 2023.
- ^ Fajar Adhityo (20 Julai 2012). "Single Gigi Kembali Jadi Soundtrack Para Pencari Tuhan 6". KapanLagi.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 28 Mac 2023.
- ^ Burhani, Ruslan, penyunting (12 September 2008). "MUI: Banyak Kuis Judi pada Tayangan Ramadhan". ANTARA News. Dicapai pada 13 Mei 2022.
- ^ Yudono, Jodhi, penyunting (6 Ogos 2012). "MUI Apresiasi Program Siaran Ramadhan". Kompas.com. Dicapai pada 17 Mei 2022.
- ^ Andarningtyas, Natisha (16 Julai 2014). Suryanto (penyunting). "Perempuan tanpa otonomi tercermin dalam sinetron ini". ANTARA News. Dicapai pada 17 Mei 2022.
- ^ "Siar Segar Para Pencari Tuhan". Kompas.com. 30 Ogos 2009. Dicapai pada 17 Mei 2022.
Pautan luar
- Gala Sinetron Para Pencari Tuhan Diarkibkan 2008-03-16 di Wayback Machine.
- Para Pencari Tuhan di Instagram