Tolong bantu menterjemahkan sebahagian rencana ini. Rencana ini memerlukan kemaskini dalam Bahasa Melayu piawai Dewan Bahasa dan Pustaka. Sila membantu, bahan-bahan boleh didapati di Paul Scholes (Inggeris). Jika anda ingin menilai rencana ini, anda mungkin mahu menyemak di terjemahan Google. Walau bagaimanapun, jangan menambah terjemahan automatik kepada rencana, kerana ini biasanya mempunyai kualiti yang sangat teruk. Sumber-sumber bantuan: Pusat Rujukan Persuratan Melayu. |
![]() | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Paul Aaron Scholes | ||
Ketinggian | 1.70 m (5 ka 6 7⁄8 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Kerjaya remaja | |||
1991–1993 | Manchester United | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1993–2013 | Manchester United | 720 | (155) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
1997–2004 | England | 66 | (14) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 18:50, 19 Mei 2013 (UTC) ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 22:02, 30 Januari 2008 (UTC) |
Paul Aaron Scholes (lahir 16 November 1974) ialah seorang pengulas bola sepak, jurulatih dan bekas pemain profesional dari England. Dianggap secara meluas sebagai salah seorang pemain tengah terhebat sepanjang zaman, Scholes menghabiskan seluruh kerjaya profesionalnya sebagai pemain bersama Manchester United, di mana beliau menjaringkan lebih daripada 150 gol dalam lebih 700 penampilan antara tahun 1993 hingga 2013. Scholes memenangi 25 trofi, termasuk 11 gelaran Liga Perdana Inggeris (terbanyak dalam kalangan pemain England), tiga Piala FA Inggeris dan dua gelaran Liga Juara-Juara UEFA. Beliau terkenal dengan kemahiran teknikalnya, hantaran yang tepat, pergerakan yang bijak, rembatan kuat dari jarak jauh, serta keupayaan menjaringkan gol.
Awal Kehidupan
Paul Scholes dilahirkan Hospital Hope, Salford, United Kingdom. Beliau ialah anak kepada Martha dan Stewart Scholes. Ketika Scholes berumur 18 bulan, keluarga Scholes berpindah ke Kawasan Langley, Middleton, Manchester Raya di mana mereka tinggal di Bowness Road sebelum berpindah ke Talkin Drive.[1] Dia memulakan alam persekolahan di St. Mary's RC Primary School di Langley. Pasukan pertama yang diwakilinya ialah Langley Furrows. Beliau juga pemain kriket yang cemerlang. Pada usia 14 tahun, dia mula berlatih bersama Manchester United. Kemudian beliau menjadi pelatih dalam akademi setelah meninggalkan Sekolah Tinggi Roman Katolik Cardinal Langley. Sebelum beliau menamatkan persekolahan, beliau mewakili Sekolah-sekolah United Kingdom dalam bola sepak.
Anugerah
Manchester United (1994 – kini)
- Liga Perdana Inggeris (7) - 1995-96, 1996-97, 1998-99, 1999-00, 2000-01, 2002-03, 2006-07, 2007-08, 2008-09, 2010-11, 2012-13
- Piala F.A. (3) - 1996, 1999, 2004
- Piala Liga (1) - 2006
- Liga Juara-Juara Eropah (2) - 1999, 2008
- Piala Antara Benua (1) - 1999
- Piala Perisai Komuniti (5) - 1994, 1996, 1997, 2003, 2007
- Piala Dunia Kelab FIFA (1) - 2008
Gelaran Peribadi
- Barclays Pemain Terbaik Bulanan untuk bulan Oktober 2006.
- Pasukan Terbaik Tahunan Liga Perdana Inggeris: 2006-07
Trivia
- Paul Scholes merupakan peminat pasukan Oldham Athletic dan kelibatnya dapat dilihat ketika kelab tersebut bermain di laman sendiri sekiranya masanya tidak bertembung dengan komitmennya kepada Manchester United. Kadangkala dia menyebut mahu menamatkan kariernya di Oldham Athletic[2]
- Paul juga merupakan ahli Trust Oldham[3], sebuah yayasan peminat yang ditubuhkan oleh peminat Oldham Athletic.
- Paul ada menyatakan bahawa beliau gemar memasak, terutamanya lasagna. [perlu rujukan]
- Paul tidak mempunyai ejen dan menguruskan sendiri urusannya dengan Manchester United F.C. [perlu rujukan]
- Paul Scholes merupakan penghidap asma. ref
Rujukan
- ^ "Manchester - BBC Radio Manchester - Paul Scholes on Langley". BBC. Dicapai pada 8 April 2012.
- ^ http://www.carling.com/football/manchester-united-football-club/paul-scholes.html
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 2007-12-26.