Rencana ini kebanyakannya atau keseluruhannya bergantung kepada satu sumber. (April 2022) |
| ڤجابت دايره دان تانه ڤورت دچك ساون | |
| Intisari agensi kerajaan | |
|---|---|
| Dibentuk | 1920 |
| Jenis | Agensi kerajaan |
Bidang kuasa | |
| Ibu pejabat | Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson, KM 1, Jalan Pantai, 71009 Port Dickson, Negeri Sembilan |
Eksekutif agensi kerajaan |
|
Agensi induk | Kerajaan Negeri Sembilan |
Laman sesawang | pdtpd |
Pentadbiran Pejabat Daerah Dan Tanah Port Dickson ditubuhkan semasa Tanah Melayu di bawah Pemerintahan British iaitu selepas Penubuhan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada Tahun 1920. Keluasan Daerah Port Dickson dianggarkan adalah 572.32 km persegi dan kawasan pentadbiran meliputi 5 Mukim seperti berikut:
- Mukim Jimah
- Mukim Port Dickson
- Mukim SiRusa
- Mukim Pasir Panjang
- Mukim Linggi
Daerah Port Dickson merupakan daerah kedua terkecil diantara 7 daerah yang lain di Negeri Sembilan. Keluasan Daerah dianggarkan seluas 572.35 km persegi dan jumlah penduduk dianggarkan seramai 117,379 orang terbahagi 55,039 (lelaki) dan 62,340 (perempuan). Kawasan pentadbiran meliputi 5 mukim yamg diuruskan oleh 4 Penghulu Mukim iaitu Mukim Jimah, Mukim Port Dickson, Mukim SiRusa, Mukim Pasir Panjang dan Mukim Linggi, Kerajaan Negeri di bawah Pentadbiran Setiusaha Kerajaan Negeri Sembilan telah memberi tanggungjawab kepada Pejabat Daerah Dan Tanah Port Dickson untuk mentadbir dan mengawal pembangunan, pembentukan sosial dan pengurusan hartanah diseluruh Daerah Port.
Pejabat Daerah Dan Tanah Port Dickson (PDTPD) yang pejabatnya di Kompleks Pentadbiran Daerah Port Dickson adalah diterajui oleh seorang Pegawai Daerah dan dibantu oleh 120 orang pegawai & kakitangan. Pejabat ini mempunyai empat bahagian yang beroperasi bagi menjana pentadbiran di daerah Port Dickson iaitu Bahagian Pengurusan Tanah, Bahagian Pembangunan, Bahagian Khidmat Pengurusan dan Bahagian Perundangan. Setiap bahagian terbahagi kepada beberapa unit yang lain bagi membolehkan segala urusan pentadbiran diselenggara dengan baik.
Visi
Menjadikan Port Dickson sebuah daerah maju dan berdaya saing yang melaksanakan pembangunan seimbang bagi menyokong sosio ekonomi daerah secara berterusan menjelang tahun 2045.
Misi
Menerajui tadbir urus daerah dengan efisien, berintegriti dan sinergi ke arah merealisasikan kesejahteraan rakyat.
Objektif
- Meningkatkan hasil melalui pengurusan dan sumber tanah.
- Merekayasa sistem penyampaian perkhidmatan awam ke arah kecemerlangan organisasi.
- Memperkasa tadbir urus daerah melalui transformasi digital secara optimum.
- Meningkatkan kualiti hidup masyarakat melalui pelaksanaan program pembangunan yang berkesan secara berintegrasi untuk kesejahteraan rakyat.
- Memantapkan fungsi sebagai peneraju daerah dalam memperkukuh kolaborasi strategik antara jabatan dan agensi.








