| Pemerintah Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Rusia | |
|---|---|
| Верховный главнокомандующий Вооружёнными Силами Российской Федерации | |
Lambang rasmi | |
Bendera Pemerintah Tertinggi | |
| Angkatan Tentera Rusia | |
| Gelaran | Komrad Pemerintah Tertinggi |
| Status | Presiden Rusia |
| Bidang kuasa | Rusia |
| Institusi | Angkatan Tentera Rusia |
| Kediaman | Senat Kremlin |
| Pusat | Moscow |
| Tempoh jawatan | 6 tahun |
| Surat cara pembentukan | Perkara 87 Perlembagaan Rusia |
| Pelopor | Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Soviet (pendahulu) |
| Dibentuk | 7 Mei 1992 |
| Tapak web | state.kremlin.ru… |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Pemerintah Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Rusia (Rusia: Верховный главнокомандующий Вооружёнными силами Российской Федерации) adalah kuasa pemerintah muktamad Angkatan Tentera Rusia, iaitu peranan eksekutif yang terletak pada Presiden Rusia sesuai dengan Perkara 87 Perlembagaan.
Asas undang-undang



Di Rusia, menurut Perkara 87 Perlembagaan Persekutuan Rusia, Presiden Persekutuan Rusia adalah Pemerintah Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan Rusia.
Pada 7 Mei 1992, Presiden Persekutuan Rusia Boris Yeltsin mengeluarkan Dekri No. 467 "Mengenai Pemegangan Jawatan Pemerintah Panglima Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan Rusia".[1] Kuasa Presiden sebagai Pemerintah Panglima Tertinggi termaktub dalam Undang-Undang Persekutuan Rusia No. 4061–I "Mengenai Pindaan dan Tambahan kepada Perlembagaan (Undang-Undang Asas) Persekutuan Rusia – Rusia" bertarikh 9 Disember 1992,[2] yang mula berkuatkuasa sebaik sahaja diterbitkan dalam "Rossiyskaya Gazeta" pada 12 Januari 1993.[3] Pada 25 Disember 1993, Perlembagaan Persekutuan Rusia telah berkuatkuasa, yang mengesahkan status Presiden Persekutuan Rusia sebagai Pemerintah Panglima Tertinggi.
Senarai pemerintah tertinggi
| Nombor | Gambar | Pemerintah Tertinggi | Ambil jawatan | Lepas jawatan | Tempoh masa | Pasukan keselamatan |
|---|---|---|---|---|---|---|
| 1 | Boris Yeltsin (1931-2017) |
7 Mei 1992 | 31 Disember 1999 | 7 tahun, 238 hari | Tiada | |
| 2 | Kolonel Vladimir Putin (lahir 1952) |
31 Disember 1999 | 7 Mei 2008 | 8 tahun, 128 hari | KGB (1975-1991) FSB (1998-1999) | |
| 3 | Dmitry Medvedev (lahir 1965) |
7 Mei 2008 | 7 Mei 2012 | 4 tahun | Tiada | |
| (2) | Kolonel Vladimir Putin (lahir 1952) |
7 Mei 2012 | Penjawat kini | 7 tahun, 149 hari | KGB (1975-1991) FSB (1998-1999) |
Rujukan
- ^ Decree of the President of the Russian Federation of May 7, 1992 No. 467 "On the Assumption of the Office of the Supreme Commander–in–Chief of the Armed Forces of the Russian Federation"
- ^ Law of the Russian Federation of December 9, 1992 No. 4061–I "On Amendments and Additions to the Constitution (Basic Law) of the Russian Federation – Russia"
- ^ "Rossiyskaya Gazeta", January 12, 1993, No. 6 (622), Page 4









