| |||||||
| |||||||
| |||||||
Pemilihan kepimpinan Parti Islam Se-Malaysia telah diadakan pada 28 Disember 1959. Ia dianjurkan bersekali dengan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kali Kelapan bertempat di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Jawatan utama Yang di-Pertua Agung PAS telah dipertandingkan dan dimenangi oleh penyandangnya, Burhanuddin al-Helmi[1].
Keputusan pemilihan Jawatankuasa Agong PAS
Presiden
| Calon | Undian |
|---|---|
| Burhanuddin al-Helmi | 116 |
| Zulkifli Muhammad | 21 |
Timbalan Presiden
| Calon | Undian |
|---|---|
| Zulkifli Muhammad | 130 |
| Wan Mustapha Ali | 11 |
Naib Presiden
| Calon | Undian | Undian semula |
|---|---|---|
| Othman Abdullah | 40 | 75 |
| Mohamad Taha Kalu | 40 | 65 |
| Hassan Adli Mohd Arshad | 34 | |
| Mohd Asri Muda | 27 | |
Ahli Jawatankuasa Agong
| Calon |
|---|
| Hassan Adli Mohd Arshad |
| Mohamad Taha Kalu |
| Mohamed Hanifah Abdul Ghani |
| Baharuddin Latif |
| Dr Abas Alias |
| Ahmad Azzam Mohd Hanafiah |
| Amaluddin Darus |
Rujukan
- ^ "TERPILEH BAGI KALI YG KE-4 BERTURUT2". Berita Harian. 28 Disember 1959. m/s. 5. Dicapai pada 22 November 2021 – melalui NewspaperSG.








