![]() Serpihan bahagian ekor pesawat yang terpahat pada blok asrama | |
Kemalangan | |
---|---|
Tarikh | 12 Jun 2025 |
Ringkasan | Terhempas ke atas sebuah bangunan selepas berlepas; dalam siasatan |
Tapak kejadian | Kolej Perubatan B. J., Ahmedabad, India 23°3′19″N 72°36′44″E / 23.05528°N 72.61222°E |
Jumlah kematian | 274+ |
Jumlah kecederaan | 61+ |
Pesawat | |
![]() VT-ANB, pesawat yang terlibat pada 2024 | |
Jenis pesawat | Boeing 787-8 Dreamliner |
Pengendali | Air India |
No. penerbangan IATA | AI171 |
No. penerbangan ICAO | AIC171 |
Huruf pengenalan | AIRINDIA 171 |
Kod pendaftaran | VT-ANB |
Asal penerbangan | Lapangan Terbang Ahmedabad, Ahmedabad, India |
Destinasi | Lapangan Terbang Gatwick, London, United Kingdom |
Penghuni | 242 |
Penumpang | 230 |
Anak kapal | 12 |
Kematian | 241 |
Kecederaan | 1 |
Terselamat | 1 |
Di darat | |
Kematian di darat | 33+ |
Kecederaan di darat | 60+ |
Penerbangan 171 Air India merujuk pada satu penerbangan penumpang antarabangsa berjadual yang dioperasikan oleh Air India dari Lapangan Terbang Ahmedabad di India ke Lapangan Terbang Gatwick London di United Kingdom. Pada 12 Jun 2025, jam 13:38 IST, sebuah Boeing 787-8 Dreamliner yang digunakan dalam penerbangan ini telah terhempas, sekitar 30 saat setelah berlepas ke atas sebuah blok asrama di Kolej Perubatan B. J. yang terletak di kejiranan Meghaninagar, Ahmedabad.
Pesawat ini membawa 230 penumpang dan 12 anak kapal, di mana semuanya kecuali seorang penumpang telah maut. Sekurang-kurangnya 33 orang lagi yang berada di darat juga terbunuh. Ia merupakan kemalangan maut pertama yang melibatkan pesawat Boeing 787 Dreamliner sejak ia diperkenalkan pada tahun 2011.
Kemalangan

Mangsa

Nahas ini telah mengakibatkan 241 orang di dalam pesawat dan 38 orang di dalam bangunan asrama terbunuh.[2] Menjelang 13 Jun, para pegawai polis telah memberitahu BBC News bahawa 6 mayat telah diserahkan kepada keluarga mereka.[3] Antara mangsa adalah Vijay Rupani, Ketua Menteri Gujarat pada tahun 2016 hingga 2021.[4]
Sekurang-kurangnya 50 orang pelajar perubatan dari bangunan asrama telah dimasukkan ke dalam hospital.[5] Minakshi Parikh, dekan kolej berkata bahawa pesawat telah melanggar dewan makan di mana 60–80 pelajar berada di dalamnya, menambah "kebanyakan para pelajar berjaya melepaskan diri tetapi 10 hingga 12 orang telah terperangkap di dalam kebakaran".[6]
Seorang rakyat Britain berumur 40-tahun merupakan satu-satunya mangsa yang terselamat.[7] Beliau ditempatkan di kerusi bernombor 11A, di sebelah pintu kecemasan.[8] Beliau menyatakan bahawa bahagian pesawat di mana beliau duduk terputus dan terjatuh ke lantai bawah bangunan asrama. Selepas melepaskan tali pinggang keselamatan, beliau melarikan diri melalui sebuah bukaan yang tercipta selepas pintu kecemasan terbuka.[9][10] Para doktor yang merawat beliau melaporkan bahawa beliau berada dalam keadaan bingung dengan pelbagai kecederaan, termasuk melecur di tangan kirinya, tetapi tidak lagi dalam bahaya.[11][12] Abang beliau, yang mana duduk di barisan lain, tidak terselamat.[13]
Nahas ini merupakan kemalangan penerbangan maut terburuk di India sejak pertembungan di udara Charkhi Dadri 1996, malapetaka terburuk Air India sejak pengeboman Penerbangan 182 pada 1985, dan nahas pesawat antarabangsa terburuk sejak tahun 2014, apabila Penerbangan 17 Malaysia Airlines telah ditembak jatuh oleh para pemisah sokongan Rusia di Ukraine.[14]
Reaksi

Kesudahan
Selepas kejadian ini, Air India telah membersarakan nombor penerbangan AI171, dan penerbangan baliknya AI172, dan mula merujuk laluan ini sebagai AI159 dan AI160.[15][16] Air India Express juga menghentikan nombor penerbangan IX171 bagi memperingati mangsa-mangsa yang terkorban.[15]
Rujukan
- ^ "British man is only passenger to survive India plane crash". BBC News. 12 Jun 2025. Dicapai pada 14 Jun 2025.
- ^ "Ahmedabad Air India Plane Crash Live: 19 victims identified by DNA; 4 students of medical college dead". The Times of India. 15 Jun 2025. Dicapai pada 15 Jun 2025.
- ^ "Air India crash latest: PM Narendra Modi visits scene of Air India plane crash, as black box search continues". BBC News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Jun 2025.
- ^ "Over 200 Dead in Air India Crash, Official Says". New York Times. 12 Jun 2025. Dicapai pada 12 Jun 2025.
Among the passengers on the crashed flight was Vijay Rupani, a former chief minister of Gujarat who led the state from 2016 to 2021, according to a passenger list confirmed by officials from his party.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaBBC News
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaAWST
- ^ Khanna, Sumit; Patel, Shivam; Shah, Aditi. "Air India Dreamliner crashes into Ahmedabad college hostel, kills over 240". Reuters. Dicapai pada 12 Jun 2025.
- ^ "British passenger in seat 11A survives India plane crash". BBC News. 12 Jun 2025. Dicapai pada 12 Jun 2025.
- ^ Roy, Rajesh; Ganguly, Shonal; Hussain, Aijaz (13 Jun 2025). "Air India black box recovered after crash that killed 241 onboard and several others on the ground". AP News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Jun 2025.
- ^ Treisman, Rachel (13 Jun 2025). "'I just walked out': The sole survivor of the Air India crash shares his story". NPR (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 14 Jun 2025.
- ^ Roy, Rajesh (13 Jun 2025). "Air India's sole crash survivor narrates his escape". AP News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Jun 2025.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamamodi
- ^ Radford, Antoinette; Mitra, Esha; Sangal, Aditi; Rios, Michael (12 Jun 2025). "A miracle in seat 11A: What we know about Air India crash survivor Vishwash Kumar Ramesh". CNN (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 12 Jun 2025.
- ^ Nierenberg, Amelia (12 Jun 2025). "What We Know About a Passenger Plane Crash in Western India". The New York Times. eISSN 1553-8095. ISSN 0362-4331. OCLC 1645522. Dicapai pada 12 Jun 2025.
- ^ a b "Ahmedabad plane crash: Air India, AI Express drop flight number '171' – report". The Times of India. 14 Jun 2025. Dicapai pada 14 Jun 2025.
- ^ "Breaking News: Air India Retires AI171 and AI172 Flights After Ahmedabad Crash, New Flights to Begin June 17". ABP News. 14 Jun 2025. Dicapai pada 14 Jun 2025.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Penerbangan 171 Air India |