

Penyahmanusiaan atau penyahinsanian (Jawi: ڤڽهماءنسياءن atau ڤڽهانسانيان) ialah proses, tingkah laku atau perbuatan yang menafikan seseorang itu manusia sepenuhnya,[1] bersama kekejaman dan penderitaan yang datang dengannya.[2][3][4] Ia bermaksud melihat seseorang atau kumpulan sebagai tidak memiliki sifat manusia yang penting, seperti emosi dan kemampuan akal, lalu menjadikannya lebih mudah untuk mengabaikan kesejahteraan mereka.[1] Dalam pengertian ini, apa-apa perbuatan atau pemikiran yang menganggap seseorang itu “bukan” atau “kurang” manusia ialah penyahmanusiaan.[5][6]
Penyahmanusiaan boleh berlaku secara jelas atau halus,[7] dan biasanya muncul dalam dua bentuk utama: penyahmanusiaan berbentuk haiwan, iaitu menafikan sifat manusia yang unik seperti ketertiban, budaya, atau kerasionalan dan menyamakan orang lain dengan haiwan;[3] serta penyahmanusiaan berbentuk mekanik, iaitu menafikan sifat semula jadi manusia seperti kehangatan, emosi, dan keperibadian, lalu menggambarkan orang lain sebagai objek atau mesin.[3]
Sepanjang sejarah, penyahmanusiaan telah membawa pelbagai jenis keburukan, daripada diskriminasi dan pengasingan sosial hingga perhambaan,[1] penjajahan,[8] serta jenayah terhadap kemanusiaan yang lain,[1] dan ia diiktiraf sebagai satu bentuk hasutan yang signifikan kepada genosid.[9]
Lihat juga
- Pencacatan mayat perang Jepun oleh Amerika
- Pemomokan
- Depersonalisasi
- Warganegara kelas kedua
- Sepuluh peringkat genosid
- Untermensch
Rujukan
- ^ a b c d Kronfeldner, Maria E., penyunting (2021). The Routledge handbook of dehumanization. Routledge handbooks in philosophy. Abingdon, Oxon ; New York, NY: Routledge. ISBN 978-1-138-58815-8.
- ^ Haslam, Nick (2006). "Dehumanization: An Integrative Review". Personality and Social Psychology Review. 10 (3): 252–264. doi:10.1207/s15327957pspr1003_4. PMID 16859440. S2CID 18142674. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-09-10. Dicapai pada 2019-06-22 – melalui Lawrence Erlbaum Associates, Inc.
- ^ a b c Haslam, Nick; Loughnan, Steve (3 January 2014). "Dehumanization and Infrahumanization". Annual Review of Psychology. 65 (1): 399–423. doi:10.1146/annurev-psych-010213-115045. PMID 23808915.
- ^ Spens, Christiana (2014-09-01). "The Theatre of Cruelty: Dehumanization, Objectification & Abu Ghraib". Contemporary Voices: St Andrews Journal of International Relations (dalam bahasa Inggeris). 5 (3). doi:10.15664/jtr.946 (Tidak aktif 11 July 2025). hdl:10023/5611. ISSN 2516-3159.CS1 maint: DOI inactive as of Julai 2025 (link)
- ^ de Ruiter, Adrienne (2024). Dehumanisation in the global migration crisis (ed. 1). New York: Oxford University Press. ISBN 978-0-19-889340-0.
- ^ Enge, Erik (2015). Dehumanization as the Central Prerequisite for Slavery. GRIN Verlag. m/s. 3. ISBN 9783668027107.
- ^ Haslam, Nick; Loughnan, Steve (2014). "Dehumanization and infrahumanization". Annual Review of Psychology. 65: 399–423. doi:10.1146/annurev-psych-010213-115045. ISSN 1545-2085. PMID 23808915.
- ^ Bruneau, Emile; Kteily, Nour (2017-01-01). "The enemy as animal: Symmetric dehumanization during asymmetric warfare". PLOS ONE (dalam bahasa Inggeris). 12 (7): e0181422. Bibcode:2017PLoSO..1281422B. doi:10.1371/journal.pone.0181422. ISSN 1932-6203. PMC 5528981. PMID 28746412.
- ^ Gordon, Gregory S. (2017). Atrocity Speech Law: Foundation, Fragmentation, Fruition (dalam bahasa Inggeris). Oxford University Press. m/s. 286. ISBN 978-0-19-061270-2.
Pautan luar
Kategori berkenaan Penyahmanusiaan di Wikimedia Commons
- "Dehumanization". www.psychwiki.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-29.