Perbadanan Produktiviti Malaysia (bahasa Inggeris: Malaysia Productivity Corporation) atau MPC dahulunya dikenali sebagai Perbadanan Produktivi Kebangsaan (bahasa Inggeris: National Productivity Corporation) atau NPC. Perbadanan ini telah ditubuhkan pada tahun 1962 sebagai projek usahasama antara Kerajaan Persekutuan dan Tabung Khas Bangsa-bangsa Bersatu.
Penubuhan perbadanan ini dengan bermatlamatkan, antaranya mewujudkan pakar-pakar tempatan di dalam bidang produktiviti, kualiti, pengurusan dan keusahawanan.
Sejarah Penubuhan
MPC pada asalnya dikenali sebagai NPC adalah merupakan sebuah entiti kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Tabung Khas Bangsa-bangsa Bersatu dengan Pertubuhan Pekerja Antarabangsa (bahasa Inggeris: International Labour Organisation) bertindak sebagai agensi pelaksana.[1]
Ahli Lembaga Pengarah
| Nama | Jawatan Semasa | Nama Syarikat |
|---|---|---|
| Y.Bhg. Tan Sri Azman b. Hashim | Pengerusi | AmBank Group |
| Y. Bhg. Dato` Seri Zainal Rahim bin Seman | Ketua Setiausaha | Kementerian Sumber Manusia |
| Encik Mohd. Razali Hussain | Ketua Pengarah | Perbadanan Produktiviti Malaysia |
| Y.Bhg. Tan Sri Dato` (Dr.) Ir. Wan Abdul Rahman bin Hj. Wan Yaacob | Pengerusi | Minconsult Sdn. Bhd. |
| Y. Bhg. Datin Yasmin Merican | Ketua Pegawai Eksekutif | Trax Associates Sdn. Bhd. |
| Encik Muhamad bin Abd. Rahman | Timbalan Pengarah | Seksyen Ekonomi Makro
Unit Perancang Ekonomi |
| Y.Bhg. Datuk AG Buhtamam AG Mahmun | Pengerusi Eksekutif | Kumpulan Syarikat One Holdings Sdn Bhd. |








