Aliff Yunus | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Aliff Nur bin Mohammad Yunus 10 Ogos 1989 Klang, Selangor, Malaysia |
Warganegara | Malaysia |
Pekerjaan | Bekas atlet, pelakon, penghantar makanan |
Tahun aktif | 2010–kini |
Terkenal kerana | Perahu naga, lakonan |
Muhammad Aliff Nur bin Mohammad Yunus (lahir 10 Ogos 1989) ialah seorang bekas atlet kebangsaan Malaysia dalam sukan perahu naga, pelakon sambilan dan penghantar makanan. Beliau mewakili Malaysia di Sukan SEA 2019 dalam acara perahu naga dan kini aktif dalam lakonan serta kandungan media sosial.
Latar Belakang
Aliff dilahirkan di Klang, Selangor, dan merupakan anak sulung daripada empat beradik. Beliau memiliki Diploma Kemahiran dalam Teknologi Komputer dari ADTEC Shah Alam, di bawah Jabatan Tenaga Manusia, Kementerian Sumber Manusia Malaysia.
Kerjaya Sukan
Beliau menceburi sukan perahu naga dan pernah mewakili negara dalam Sukan SEA 2019 di Filipina, mencapai peringkat akhir dalam acara tersebut. Beliau masih aktif secara rekreasi dalam sukan ini di peringkat tempatan.
Kerjaya Seni
Aliff mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan selepas tidak lagi aktif secara kompetitif dalam sukan. Beliau telah membintangi beberapa iklan promosi termasuk untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri 2025. Portfolio lakonan dan media sosialnya boleh diakses melalui pautan rasmi.
Kehidupan Peribadi
Beliau berkahwin dan mempunyai empat orang anak. Selain daripada aktiviti seninya, Aliff juga berkhidmat sebagai penghantar makanan dan dikenali sebagai individu yang ringan tulang membantu keluarga.
Pautan Luar
- [https:// Portfolio Aliff Yunus]