![]() | |
Kerangka | |
---|---|
Kependekan | EFTA ![]() |
Jenis/bentuk sah | Pertubuhan serantau, kawasan perdagangan bebas, pertubuhan antarabangsa ![]() |
Tapak web | www![]() ![]() ![]() ![]() |
Sejarah | |
Ditubuhkan | 4 Januari 1960 ![]() ![]() |
Perangkaan | |
Belanjawan | 21,869,000 Franc Swiss (2017) ![]() |
Kakitangan/pekerja | 90 (2021) ![]() |
Lokasi | |
![]() | |
Negara-negara anggota persatuan ![]() | |
![]() | |
Ibu pejabat | Geneva ![]() |
Koordinat | 46°13′12″N 6°8′19″E / 46.22000°N 6.13861°E |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Persatuan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA) ialah suatu persatuan perdagangan serantau dan kawasan perdagangan bebas yang terdiri daripada empat negara Eropah iaitu Iceland, Liechtenstein, Norway dan Switzerland.[1] EFTA beroperasi selari dengan Kesatuan Eropah (EU) dan keempat-empat negara anggota mengambil bahagian dalam pasaran tunggal Eropah dan merupakan sebahagian daripada Kawasan Schengen.[2] Walau bagaimanapun, persatuan ini tidak menjadi anggota bagi Kesatuan Kastam Kesatuan Eropah.
EFTA mengikut sejarah adalah salah satu daripada dua blok perdagangan Eropah barat yang dominan, tetapi kini jauh lebih kecil dan berkait rapat dengan pesaing sejarahnya, Kesatuan Eropah. Persatuan ini ditubuhkan pada 3 Mei 1960 untuk berfungsi sebagai blok perdagangan alternatif bagi negara-negara Eropah yang tidak dapat atau tidak mahu menyertai Komuniti Ekonomi Eropah (EEC), pendahulu utama EU. Konvensyen Stockholm (1960) untuk menubuhkan EFTA telah ditandatangani pada 4 Januari 1960 di ibu negara Sweden oleh tujuh negara: Austria, Denmark, Norway, Portugal, Sweden, Switzerland dan United Kingdom).[3] Konvensyen yang disemak semula, Konvensyen Vaduz, telah ditandatangani pada 21 Jun 2001 dan mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2002.[4]
Selepas tahun 1995, hanya tinggal dua anggota pengasas iaitu Norway dan Switzerland. Lima yang lain iaitu Austria, Denmark, Portugal, Sweden dan United Kingdom telah menyertai EU pada satu ketika dalam tahun-tahun berikutnya. Konvensyen Stockholm yang asal telah digantikan oleh Konvensyen Vaduz, yang bertujuan untuk menyediakan rangka kerja yang berjaya bagi meneruskan pengembangan dan liberalisasi perdagangan, baik dalam kalangan negara anggota pertubuhan dan dengan seluruh dunia.
Walaupun EFTA bukanlah kesatuan kastam dan negara-negara anggota mempunyai hak penuh untuk memasuki pengaturan perdagangan dua hala negara ketiga, ia mempunyai dasar perdagangan yang diselaraskan.[1] Akibatnya, negara anggotanya telah bersama-sama memeterai perjanjian perdagangan bebas dengan EU dan beberapa negara lain.[1]
Keanggotaan
Anggota semasa
Pihak berkontrak | Kesertaan | Jumlah penduduk[5][6] (2021) |
Luas (km2) | Ibu kota | KDNK dalam juta (PPP)[nota 1] | KDNK per kapita (PPP)[nota 1] |
---|---|---|---|---|---|---|
![]() |
1 Januari 1970 | 370,335 | 103,000 | Reykjavík | [7] | 12,831[7] | 39,223
![]() |
1 September 1991 | 39,039 | 160.4 | Vaduz | 3,545 | 98,432 |
![]() |
3 Mei 1960 | 5,403,021 | 385,155 | Oslo | [8] | 265,911[8] | 53,470
![]() |
3 Mei 1960 | 8,691,406 | 41,285 | Bern | [9] | 363,421[9] | 45,417
Bekas anggota
Negara | Kesertaan | Meninggalkan EFTA | Menyertai EEC/EU |
---|---|---|---|
![]() |
3 Mei 1960 | 31 Disember 1994 | 1 Januari 1995 |
![]() |
3 Mei 1960 | 31 Disember 1972 | 1 Januari 1973 |
![]() |
1 Januari 1986 | 31 Disember 1994 | 1 Januari 1995 |
![]() |
3 Mei 1960 | 31 Disember 1985 | 1 Januari 1986 |
![]() |
3 Mei 1960 | 31 Disember 1994 | 1 Januari 1995 |
![]() |
3 Mei 1960 | 31 Disember 1972 | 1 Januari 1973 (menarik diri 31 Januari 2020 ) |
Catatan
Rujukan
- ^ a b c "EFTA BULLETIN: EFTA FREE TRADE RELATIONS" (PDF). efta.int (dalam bahasa Inggeris). Brussel: Persatuan Perdagangan Bebas Eropah. Julai–Ogos 2006. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 3 Disember 2013. Dicapai pada 8 Mei 2017.CS1 maint: date and year (link) CS1 maint: date format (link)
- ^ "EEA & Relations with the EU". efta.int (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perdagangan Bebas Eropah. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mei 2025. Dicapai pada 31 Mei 2025.
- ^ "Convention establishing the European Free Trade Association" (PDF). efta.int (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Perdagangan Bebas Eropah. 1 November 2021. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2 Mei 2024. Dicapai pada 31 Mei 2025.
- ^ "Die EFTA-Konvention". seco.admin.ch (dalam bahasa Jerman). Sekretariat Negara bagi Ekonomi. 14 Mac 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Januari 2020. Dicapai pada 31 Mei 2025.
- ^ "World Population Prospects 2022". Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Divisyen Populasi. Dicapai pada 17 Julai 2022.
- ^ "World Population Prospects 2022: Demographic indicators by region, subregion and country, annually for 1950-2100" (XSLX) ("Total Population, as of 1 July (thousands)"). Jabatan Hal Ehwal Ekonomi dan Sosial Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Divisyen Populasi. Dicapai pada 17 Julai 2022.
- ^ a b "Iceland". Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada 17 April 2013.
- ^ a b "Norway". Tabung Kewangan Antarabangsa. Dicapai pada 20 April 2012.
- ^ a b "Report for Selected Countries and Subjects" (dalam bahasa Inggeris). Imf.org. 14 September 2006. Dicapai pada 8 Mei 2017.