Athletics Federation of India AFI भारतीय एथलेटिक्स महासंघ | |
---|---|
Sukan | Olahraga |
Bidang Kuasa | India |
Ditubuhkan | 1946 |
Gabungan | World Athletics |
Gabungan Serantau | Persatuan Olahraga Asia |
Ibu Pejabat | New Delhi, India |
Presiden | Bahadur Singh Sagoo |
Naib Presiden | Anju Bobby George Jayanta Malla Baruah |
Setiausaha | Sandeep Mehta |
Jurulatih |
|
laman web rasmi | |
indianathletics | |
![]() |
Persekutuan Olahraga India (Bahasa Inggeris: Athletics Federation of India, disingkatkan sebagai AFI) ialah badan induk kebangsaan bagi sukan olahraga di India. Ia bertanggungjawab terhadap pembangunan, pengurusan dan promosi semua acara olahraga termasuk larian, lontaran, lompat dan acara trek dan padang yang lain di seluruh negara. Persekutuan Olahraga India sebelum ini dikenali sebagai Persekutuan Olahraga Amatur India (Amateur Athletic Federation of India) dan telah ditubuhkan pada tahun 1943. [1] AFI merupakan ahli kepada Persatuan Olahraga Asia (Asian Athletics Association) dan juga bernaung di bawah Persatuan Olahraga Antarabangsa (World Athletics). [2]
Ibu pejabat Persekutuan Olahraga India terletak di New Delhi, India.
Sejarah
Persekutuan ini telah ditubuhkan pada tahun 1943 dengan nama asal Persekutuan Olahraga Amatur India (Amateur Athletic Federation of India). Nama ini kemudian ditukar kepada Athletics Federation of India bagi mencerminkan pengurusan profesional sukan olahraga di India. Sejak penubuhannya, AFI telah memainkan peranan penting dalam membangunkan atlet bertaraf dunia serta menganjurkan kejohanan-kejohanan peringkat kebangsaan dan antarabangsa di India
Lihat juga
- Sukan di India – Gambaran keseluruhan sukan di India
Rujukan
- ^ About Us Diarkibkan 22 Julai 2019 di Wayback Machine. Indian Athletics. Retrieved 2019-06-29.
- ^ Association, Asian Athletics. "Asian Athletics Association | Promoting Athletic Excellence in Asia". www.asianathletics.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-03.