Persidangan CEO Global Forbes 2011 diadakan di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur, Malaysia pada 12-14 September 2011.
Persidangan ini dianggap terbesar di dunia kerana melibatkan kekayaan individu bernilai AS$120 bilion (RM360 bilion).
Persidangan anjuran Forbes dan kerajaan Malaysia ini bertujuan membina rangkaian perhubungan antara individu terkaya dunia serta membincangkan keadaan semasa ekonomi dunia. 80 % dari 55 orang peserta ini tidak pernah melabur di Malaysia dan ini merupakan peluang untuk menarik mereka melabur.[1]
Kehadiran
Antaranya ialah Pengerusi dan Ketua Editor Media Forbes, Steve Forbes; Pengerusi China Hangzhou Wahaha Group, Zong Qinghou; Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, Datuk Seri Nazir Razak; Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar dan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Bhd., Tan Sri Tony Fernandes.