Persidangan Tehran | |
---|---|
"Eureka" | |
![]() Dari kiri ke kanan: Pemimpin Soviet Joseph Stalin, Presiden Amerika Franklin D. Roosevelt, Perdana Menteri British Winston Churchill | |
Tuan rumah | ![]() |
Tarikh | 28 November – 1 Disember 1943 |
Tempat | Kedutaan Kesatuan Soviet |
Bandar raya | Tehran, Iran |
Peserta | ![]() ![]() ![]() |
Persidangan seterusnya | Persidangan Yalta |
Isi utama | |
Persetujuan untuk membuka medan kedua menentang Jerman Nazi sebelum 1 Jun 1944 |
Persidangan Tehran (nama kod: Eureka[1]) merupakan mesyuarat strategi Kuasa Bersekutu dalam Perang Dunia II, yang diadakan antara Joseph Stalin, Franklin D. Roosevelt, dan Winston Churchill dari 28 November hingga 1 Disember 1943. Ia adalah persidangan pertama dalam kalangan persidangan utama Perang Dunia II yang melibatkan "Tiga Kuasa Besar" — Kesatuan Soviet, Amerika Syarikat, dan United Kingdom — dan berlangsung di kedutaan Soviet di Tehran, sedikit lebih setahun selepas Pencerobohan Inggeris-Soviet ke atas Iran. Persidangan ini berlangsung sejurus selepas Persidangan Kaherah yang diadakan di Mesir antara Amerika Syarikat, United Kingdom, dan China dari 22 hingga 26 November 1943. Ketiga-tiga pemimpin besar tidak bertemu lagi sehinggalah tahun 1945, semasa Persidangan Yalta diadakan di Crimea dari 4 hingga 11 Februari dan Persidangan Potsdam berlangsung di Jerman taklukan Bersekutu dari 17 Julai hingga 2 Ogos. Yang menarik, Presiden Franklin D. Roosevelt tiba menggunakan kapal tempur USS Iowa.
Walaupun ketiga-tiga pemimpin tiba di Tehran dengan matlamat yang berbeza, hasil utama persidangan ialah komitmen British dan Amerika untuk membuka medan kedua terhadap Jerman Nazi, sekali gus memaksa Jerman memindahkan aset tenteranya dari Medan Timur yang berhadapan dengan Soviet. Selain keputusan itu, Persidangan Tehran juga membincangkan: hubungan Tiga Kuasa Besar dengan Turki dan Iran — Turki ketika itu sedang didesak untuk menyertai konflik, manakala Iran berada di bawah pendudukan Bersekutu; operasi di Yugoslavia dan terhadap Jepun; serta penyelesaian yang dijangka selepas kekalahan Kuasa Paksi. Satu perjanjian berasingan juga menyaksikan ketiga-tiga kuasa besar berikrar untuk mengiktiraf kemerdekaan Iran.
Lihat juga
- Senarai persidangan Perang Dunia II oleh Kuasa Bersekutu
- Senarai sidang kemuncak Kesatuan Soviet–Amerika Syarikat
- Sejarah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
- Teheran 43
- The Eagle Has Landed
Rujukan
Petikan
- ^ Churchill, Winston Spencer (1951). The Second World War: Closing the Ring. Houghton Mifflin Company, Boston. m/s. 642.
Bibliografi
- Best, Geoffrey. Churchill: A Study in Greatness. London: Hambledon and London, 2001.
- "Cold War: Teheran Declaration." CNN. 1998. 26 March 2006.
- The Road to Berlin. Stalin's War with Germany, Volume 2, Yale University Press, New Haven and London 1999 ISBN 0-300-07813-7
- Erickson, John (2001). The Eastern Front in Photographs:1941-1945 From Barbarossa to Stalingrad and Berlin. London: SevenOaks. ISBN 978-1-86200-497-9.
- Feis, Herbert. Churchill-Roosevelt-Stalin (Princeton U.P. 1967), pp. 191–279
- Foster, Rhea Dulles. "The Road to Tehran: The Story of Russia and America, 1781 – 1943." — Princeton, New Jersey: Princeton University Press, 1944
- Hamzavi, A. H. "Iran and the Tehran Conference," International Affairs (1944) 20#2 pp. 192–203 in JSTOR Diarkibkan 30 Julai 2018 di Wayback Machine
- McNeill, Robert. America, Britain, & Russia: their cooperation and conflict, 1941–1946 (1953) 348–68
- Mastny, Vojtech. "Soviet War Aims at the Moscow and Tehran Conferences of 1943," Journal of Modern History (1975) 47#3 pp. 481–504 in JSTOR Diarkibkan 9 Mac 2021 di Wayback Machine
- Mayle, Paul D. Eureka Summit: Agreement in Principle & the Big Three at Tehran, 1943 (1987, U of Delaware Press) 210p.
Sumber utama
- Miscellaneous No. 8 (1947) "Military Conclusions of the Tehran Conference. Tehran, 1 December 1943." British Parliamentary Papers. By Royal Command. CMD 7092 Presented by the Secretary of State for Foreign Affairs to Parliament by Command of His Majesty.
- The Tehran, Yalta & Potsdam Conferences. Documents. Moscow: Progress Publishers. 1969.
- The Ministry of Foreign Affairs Iran (Hrsg.): The Tehran Conference – The Three-Power Declaration Concerning Iran. Tehran December 1943. Reprint epubli, Berlin 2021, ISBN 978-3-7531-6779-4.
Bacaan lanjut
- Ehrman, John (1956). Grand Strategy Volume V, August 1943 – September 1944. London: HMSO (British official history). m/s. 173–183.
- Leighton, Richard M. (2000) [1960]. "Chapter 10: Overlord Versus the Mediterranean at the Cairo-Tehran Conferences". Dalam Kent Roberts Greenfield (penyunting). Command Decisions. United States Army Center of Military History. CMH Pub 70-7. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 December 2007. Dicapai pada 18 June 2010.
- The Ministry of Foreign Affairs Iran, penyunting (2021) [1943]. The Tehran Conference: The Three-Power Declaration Concerning Iran December 1943. epubli.de, Berlin. CMH Pub 70-7.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Persidangan Tehran |
![]() |
Wikisumber bahasa Melayu mempunyai teks asal berkaitan rencana ini: |
Templat:Iran–Russia relations Templat:Soviet Union–United States relations Templat:Diplomatic history of World War II
2
[[Category:Hubungan Iran–Amerika Syarikat]