Pertempuran Lenino | |||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebahagian daripada Perbatasan Timur dalam Perang Dunia Kedua | |||||||||
Askar Divisyen Pertama Infantri Tadeusz Kościuszko Poland dalam Pertempuran Lenino | |||||||||
| |||||||||
Pihak yang terlibat | |||||||||
![]() |
![]() ![]() | ||||||||
Komandan dan pemimpin | |||||||||
![]() |
![]() ![]() | ||||||||
Unit terlibat | |||||||||
Tentera Darat Ke-33 Soviet Divisyen Pertama Infantri Tadeusz Kościuszko Poland | |||||||||
Kerugian dan korban | |||||||||
s. 1,800[perlu rujukan] | s. 3,000[perlu rujukan] | ||||||||
Lihat bahagian Korban untuk butiran lanjut. |
Pertempuran Lenino ialah satu pertempuran taktikal dalam Perang Dunia Kedua yang berlangsung pada 12 dan 13 Oktober 1943, di utara perkampungan Lenino dalam wilayah Mogilev, Belarusia. Pertempuran ini adalah sebahagian daripada operasi penyerangan Spas-Demensk Soviet yang lebih besar, dengan matlamat untuk membersihkan tebing timur Sungai Dnieper daripada tentera Jerman dan menembusi garis pertahanan Panther-Wotan. Pertempuran ini penting dalam sejarah ketenteraan Poland kerana ia merupakan salah satu pertempuran utama yang pertama bagi Angkatan Tentera Poland di Timur.
Walaupun tentera Poland dan Soviet berjaya menembusi pertahanan Jerman dan menyebabkan korban besar kepada pihak Jerman, mereka gagal untuk mengekalkan kemaraan tersebut. Kegagalan kerjasama daripada unit-unit Tentera Merah yang lain serta kekurangan sokongan artileri dan perlindungan udara berpunca daripada serangan balas panzer Wehrmacht terhadap Tentera Darat Pengawal Ke-10 di utara Tentera Darat Ke-33. Divisyen Poland terpaksa mengambil kedudukan bertahan, dan diperintahkan untuk mengekalkan kedudukan itu sambil menunggu ketibaan Kor Ke-6 Kavalri Pengawal, yang ditugaskan untuk menembusi kedudukan pertahanan Jerman.
Bantuan yang dinanti tidak kunjung tiba; selepas dua hari, Divisyen Pertama Infantri Tadeusz Kościuszko Poland mengalami korban sebanyak 25% dan terpaksa ditarik balik, manakala baki tentera Soviet terlalu lemah untuk memperluaskan kawasan yang telah ditembusi.
Rujukan
Sumber
- Glantz, D.M., Soviet Military Deception in the Second World War, Frank Cass, London (1989). ISBN 0-7146-3347-X.
- Zygmunt Berling. Memoirs. Vol 2. Warsawa. 1991