![]() | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kesemua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka 15 kerusi diperlukan untuk majoriti | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Terdaftar | 494,662 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pengundi hadir | 84.52% | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Pilihan raya negeri Melaka ke-14 telah diadakan pada 9 Mei 2018 bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Dewan Undangan Negeri Melaka ke-14, iaitu badan perundangan negeri Melaka.[1] Dewan Undangan Negeri Melaka telah dibubarkan pada 7 April 2018 oleh Yang di-Pertua Negeri Melaka atas nasihat Ketua Menteri Melaka.[2]
Pilihan raya ini dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) dan menggunakan sistem undi terbanyak. Penamaan calon berlangsung pada 28 April. Pada 9 Mei, antara pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang Waktu Malaysia (UTC+8), pengundian dijalankan di semua 28 kawasan DUN di seluruh Melaka; setiap kawasan memilih seorang ADUN untuk ke Dewan Undangan Negeri. Pilihan raya ini diadakan serentak dengan Pilihan raya umum Malaysia 2018.
Dalam keputusan bersejarah, Barisan Nasional (BN), gabungan pemerintah di Melaka, telah ditumbangkan oleh Pakatan Harapan (PH). Sejak pilihan raya negeri Melaka pertama pada 1955, BN atau pendahulunya Parti Perikatan tidak pernah kalah dalam pilihan raya negeri. PH memenangi 15 kerusi dalam pilihan raya ini sekali gus memperoleh majoriti mudah, manakala BN memenangi 13 kerusi. Adly Zahari daripada parti komponen PH iaitu AMANAH mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri baharu pada 11 Mei 2018.[3]
Latar belakang
Pilihan raya negeri yang akan datang merupakan pilihan raya negeri ke-14 di Melaka sejak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) pada tahun 1957.
Pilihan raya negeri mesti diadakan dalam tempoh enam puluh hari selepas pembubaran. Sehubungan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 28 April sebagai hari penamaan calon dan 9 Mei sebagai hari pengundian.[1]
Parti politik
Barisan Nasional (BN), gabungan pemerintah di Melaka, telah memerintah sejak penubuhannya dan diketuai oleh Ketua Menteri Melaka Idris Haron.
BN dicabar oleh dua gabungan pembangkang, iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Gagasan Sejahtera (GS). Gabungan PH dan GS masing-masing diketuai oleh Adly Zahari dan Kamarudin Sidek.[4]
Gabungan | ||
---|---|---|
Penyandang jawatan | Pembangkang | |
Barisan Nasional (BN) | ![]() |
Gagasan Sejahtera (GS) |
|
|
|
Calon pilihan raya
No. | Kawasan persekutuan | No. | Kawasan negeri | Penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri | Parti politik | |||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() |
![]() |
Parti lain/BEBAS[8] | ||||||||||||||
Nama Calon | Parti | Nama Calon | Parti | Nama Calon | Parti | Nama Calon | Parti | |||||||||
P134 | Masjid Tanah | N01 | Kuala Linggi | Ismail Othman (BN) | Ismail Othman | UMNO | Hasmorni Tamby | PKR | Azmi Sambul | PAS | Tiada
| |||||
N02 | Tanjung Bidara | Md Rawi Mahmud (BN) | Md Rawi Mahmud | Halim Bachik | Imran Abdul Rahman | |||||||||||
N03 | Ayer Limau | Amirudin Yusof (BN) | Amirudin Yusof | Ruslin Hasan | BERSATU | Jamarudin Ahmad | ||||||||||
N04 | Lendu | Sulaiman Md Ali (BN) | Sulaiman Md Ali | Riduan Affandi Abu Bakar | Arshad Mohamad Som | |||||||||||
N05 | Taboh Naning | Latipah Omar (BN) | Latipah Omar | Zairi Suboh | AMANAH | Asri Shaik Abdul Aziz | ||||||||||
P135 | Alor Gajah | N06 | Rembia | Norpipah Abdol (BN) | Norpipah Abdol | Muhammad Jailani Khamis | PKR | Mohammad Rashidi Abd Radzak | ||||||||
N07 | Gadek | M.S Mahadevan Sanacy (BN) | P. Panirchelvam | MIC | Saminathan Ganesan | DAP | Emransyah Ismail | |||||||||
N08 | Machap Jaya (sebelum ini Machap) | Lai Meng Chong (BN) | Koh Nai Kwong | MCA | Ginie Lim Siew Lin | PKR | Wan Zahidi Wan Ismail | |||||||||
N09 | Durian Tunggal | Ab Wahab Ab Latip (BN) | Ab Wahab Ab Latip | UMNO | Mohd Sofi Abdul Wahab | AMANAH | Mohsin Ibrahim | |||||||||
N10 | Asahan | Abdul Ghafar Atan (BN) | Abdul Ghafar Atan | Zamzuri Ariffin | BERSATU | Azlan Maddin | ||||||||||
P136 | Tangga Batu | N11 | Sungai Udang | Idris Haron (BN) | Idris Haron | Mohd Lokman Abdul Gani | PKR | Tiada
| ||||||||
N12 | Pantai Kundor | Ab Rahaman Ab Karim (BN) | Nor Azman Hassan | Juhari Osman | AMANAH | Abdul Halim Maidin | PAS | |||||||||
N13 | Paya Rumput | Sazali Muhd Din (BN) | Abu Bakar Mohamad Diah | Md Rafiq Naizamohideen | BERSATU | Rafie Ahmad | ||||||||||
N14 | Kelebang | Lim Ban Hong (BN) | Lim Ban Hong | MCA | Gue Teck | PKR | Mohd Shafiq Ismail | |||||||||
P137 | Hang Tuah Jaya | N15 | Pengkalan Batu (sebelum ini Bachang) | Lim Jack Wong (BEBAS) | Chua Lian Chye | GERAKAN | Norhizam Hassan Baktee | DAP | Ramli Dalip | |||||||
N16 | Ayer Keroh | Khoo Poay Tiong (PH) | Chua Kheng Hwa | MCA | Kerk Chee Yee | Sepri Rahman | ||||||||||
N17 | Bukit Katil (previously Bukit Baru) | Md Khalid Kassim (GS) | Yunus Hitam | UMNO | Adli Zahari | AMANAH | Muhamat Puhat Bedol | |||||||||
N18 | Ayer Molek | Md. Yunos Husin (BN) | Rahmad Mariman | Farhan Ibrahim | PKR | Jantan Abdullah | Kamarolzaman Jidi | BEBAS | ||||||||
P138 | Kota Melaka | N19 | Kesidang | Chin Choong Seong (BEBAS) | Ng Choon Koon | MCA | Seah Shoo Chin | DAP | Tiada
|
Goh Leong San¹ | ||||||
N20 | Kota Laksamana | Lai Keun Ban (PH) | Melvia Chua Kew Wei | Low Chee Leong | Sim Tong Him¹ | |||||||||||
N21 | Duyong | Goh Leong San (BEBAS) | Lee Kiat Lee | Damian Yeo Shen Li | Kamarudin Sedik | PAS | Lim Jack Wong¹ | |||||||||
N22 | Bandar Hilir | Tey Kok Kiew (PH) | Lee Chong Meng | Tey Kok Kiew | Tiada
|
Chin Choong Seong¹ | ||||||||||
N23 | Telok Mas | Latiff Tamby Chik (BN) | Abdul Razak Abdul Rahman | UMNO | Noor Effandi Ahmad | BERSATU | Rosazli Md Yasin | PAS | Tiada
| |||||||
P139 | Jasin | N24 | Bemban | Ng Choon Koon (BN) | Koh Chin Han | MCA | Wong Fort Pin | DAP | Suhaimi Harun | |||||||
N25 | Rim | Ghazale Muhamad (BN) | Ghazale Muhamad | UMNO | Shamsul Iskandar Md. Akin | PKR | Kintan Man | |||||||||
N26 | Serkam | Zaidi Attan (BN) | Zaidi Attan | Nor Khairi Yusof | AMANAH | Ahmad Bilal Rahudin | ||||||||||
N27 | Merlimau | Roslan Ahmad (BN) | Roslan Ahmad | Yuhaizad Abdullah | Abd Malek Yusof | |||||||||||
N28 | Sungai Rambai | Hasan Abd Rahman (BN) | Hasan Abd Rahman | Azalina Abdul Rahman | BERSATU | Zakariya Kasnin |
Nota: 1 Empat calon Bebas yang telah keluar daripada DAP Melaka untuk menubuhkan blok tidak rasmi Bebas bernama "Justice League" dan bertanding menggunakan simbol kunci. [9]
Pendulum pilihan raya
Pilihan raya umum ke-14 menyaksikan sebanyak 15 kerusi kerajaan dan 13 kerusi pembangkang mengisi Dewan Undangan Negeri Melaka. Pihak kerajaan mempunyai 4 kerusi selamat dan 1 kerusi agak selamat, manakala pihak pembangkang hanya mempunyai 2 kerusi agak selamat.
Pilihan raya negeri Melaka 2018
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
|
Keputusan
Parti atau gabungan | Undi | % | Kerusi | +/– | |||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pakatan Harapan | Parti Tindakan Demokratik | 99,637 | 24.12 | 8 | +2 | ||
Parti Keadilan Rakyat | 50,861 | 12.31 | 3 | +3 | |||
Parti Amanah Negara | 32,853 | 7.95 | 2 | +2 | |||
Parti Pribumi Bersatu Malaysia | 27,802 | 6.73 | 2 | +2 | |||
Jumlah | 211,153 | 51.11 | 15 | +9 | |||
Barisan Nasional | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu | 111,129 | 26.90 | 13 | –4 | ||
Persatuan Cina Malaysia | 34,633 | 8.38 | 0 | –3 | |||
Parti Gerakan Rakyat Malaysia | 6,471 | 1.57 | 0 | 0 | |||
Kongres India Malaysia | 4,085 | 0.99 | 0 | –1 | |||
Jumlah | 156,318 | 37.84 | 13 | –8 | |||
Gagasan Sejahtera | Parti Islam Se-Malaysia | 44,537 | 10.78 | 0 | –1 | ||
Bebas | 1,148 | 0.28 | 0 | 0 | |||
Jumlah | 413,156 | 100.00 | 28 | 0 | |||
Undi sah | 413,156 | 98.81 | |||||
Undi rosak/kosong | 4,956 | 1.19 | |||||
Jumlah undi | 418,112 | 100.00 | |||||
Pengundi berdaftar/keluar mengundi | 494,662 | 84.52 | |||||
Sumber: Malaysiakini Live,[10] UNDI,[11] Free Malaysia Today[12] |
Mengikut kawasan parlimen
Pakatan Harapan memenangi 4 daripada 6 kawasan parlimen.
No. | Kawasan persekutuan | Barisan Nasional | Gagasan Sejahtera | Pakatan Harapan | Ahli Parlimen |
---|---|---|---|---|---|
P134 | Masjid Tanah | 54.75% | 14.88% | 30.37% | Mas Ermieyati Samsudin |
P135 | Alor Gajah | 40.91% | 11.41% | 47.68% | |
Koh Nai Kwong (Parlimen ke-13) | |||||
Mohd Redzuan Md Yusof (Parlimen ke-14) | |||||
P136 | Tangga Batu | 44.33% | 8.36% | 47.31% | Abu Bakar Mohamad Diah (Parlimen ke-13) |
Rusnah Aluai (Parlimen ke-14) | |||||
P137 | Hang Tuah Jaya | 34.61% | 13.21% | 52.08% | Shamsul Iskandar Md. Akin |
P138 | Kota Melaka | 24.75% | 5.77% | 68.47% | Sim Tong Him (Parlimen ke-13) |
Khoo Poay Tiong (Parlimen ke-14) | |||||
P139 | Jasin | 44.88% | 16.28% | 38.84% | Ahmad Hamzah |
Kerusi yang bertukar tangan
No. | Kerusi | Parti Sebelum (2013) | Parti Kini (2018) | ||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
N06 | ![]() |
Barisan Nasional (UMNO) | Pakatan Harapan (PKR) | ||||
N07 | ![]() |
Barisan Nasional (MIC) | Pakatan Harapan (DAP) | ||||
N08 | ![]() |
Barisan Nasional (MCA) | Pakatan Harapan (PKR) | ||||
N09 | ![]() |
Barisan Nasional (UMNO) | Pakatan Harapan (AMANAH) | ||||
N13 | ![]() |
Barisan Nasional (UMNO) | Pakatan Harapan (BERSATU) | ||||
N14 | ![]() |
Barisan Nasional (MCA) | Pakatan Harapan (PKR) | ||||
N17 | ![]() |
Gagasan Sejahtera (PAS) | Pakatan Harapan (AMANAH) | ||||
N23 | ![]() |
Barisan Nasional (UMNO) | Pakatan Harapan (BERSATU) | ||||
N24 | ![]() |
Barisan Nasional (MCA) | Pakatan Harapan (DAP) |
Selepas pilihan raya
Kerajaan negeri pimpinan Adly hanya bertahan selama 22 bulan, apabila berlakunya krisis politik Malaysia 2020 dan tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) melompat parti telah menyebabkan beliau meletakkan jawatan serta digantikan dengan kerajaan negeri baharu di bawah pimpinan BN melalui Sulaiman Md Ali pada Mac 2020. Kerajaan itu pula hanya bertahan selama 19 bulan sebelum satu lagi krisis perlembagaan mengakibatkan pembubaran DUN dan pilihan raya mengejut dipanggil oleh Sulaiman pada Oktober 2021.
Rujukan
- ^ a b "Malaysia's general election to take place on May 9: Election Commission". Channel NewsAsia (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Oktober 2020. Dicapai pada 2018-04-10.
- ^ "Melaka presents letter on state assembly's dissolution to EC [NSTTV] | New Straits Times". NST Online.
- ^ Bernama (11 Mei 2018). "Adly Zahari of Pakatan Harapan new Malacca CM". thesundaily.my. The Sun (Malaysia). Dicapai pada 30 Disember 2022.
- ^ "KAMARUDIN SIDEK mengetuai barisan calon Pas Melaka bagi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) dalam Majli". Utusan Online. Dicapai pada 5 Disember 2018.
- ^ Bakar, Suffian Abu. "PPBM bertanding 2 kerusi Parlimen, 6 DUN di Melaka". Utusan Online. Dicapai pada 5 Disember 2018.
- ^ "DAP going for one parliamentary, eight state seats in Melaka". Malay Mail. 19 April 2018. Dicapai pada 5 Disember 2018.
- ^ Ali, Amran. "Pas Melaka letak lima calon Parlimen, 24 Dun". www.sinarharian.com.my. Dicapai pada 5 Disember 2018.
- ^ Nizar, Harith. "Empat bekas pemimpin DAP akan bertanding atas tiket bebas". Utusan Online. Dicapai pada 5 Disember 2018.
- ^ Kong See Hoh (19 April 2018). "Former DAP Malacca leaders form Justice league". The Sun Daily. Dicapai pada 21 April 2018.
- ^ "【 GE14 】Malaysiakini Live Reports and Results". live.malaysiakini.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-05-09.
- ^ "Undi.info Live". live.undi.info. Dicapai pada 2018-05-09.
- ^ "Free Malaysia Today – GE14 Election Day". Free Malaysia Today (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-05-09.