| Plat Arab | |
|---|---|
| Jenis | Minor |
| Perkiraan luas wilayah | 5,000,000 km2 |
| Pergerakan1 | Utara |
| Kecepatan1 | 15–20 mm/tahun |
| Wilayah | Semenanjung Arab, Teluk Aden, Lautan Hindi, Teluk Parsi, Laut Merah |
| 1Relatif dengan Plat Afrika | |
Plat Arab ialah sebuah plat tektonik kecil di Hemisfera Utara dan Timur.
Ia adalah salah satu daripada tiga plat benua (bersama dengan plat Afrika dan India) yang telah bergerak ke utara dalam sejarah geologi dan bertembung dengan plat Eurasia. Perlanggaran ini mengakibatkan percampuran kepingan plat dan banjaran gunung memanjang di barat dari Pyrene, melintasi Eropah Selatan ke dataran tinggi Iran, membentuk Alborz dan Pergunungan Zagros, ke Himalaya dan banjaran Asia Tenggara.[1]

Sempadan

Plat Arab kebanyakannya terdiri daripada Semenanjung Arab; ia memanjang ke barat ke Semenanjung Sinai dan Laut Merah dan ke utara ke Masyrik. Sempadan plat ialah:
- Plat Indo-Australia di timur, yakni di zon rekahan Owen
- Dengan plat Afrika di barat dan plat Somalia di selatan, dan plat Indo-Australia di belah timur
- Di barat pula, sempadan sesar sisi kiri dengan plat Afrika dipanggil Trasformasi Laut Mati, dan sempadan mencapah dengan plat Afrika dipanggil Rekahan Laut Merah yang membentang sepanjang Laut Merah;
- Di utara, sempadan menumpu dengan plat Anatolia dan plat Eurasia,[2] termasuk Sesar Anatolia Timur, jalur lipatan dan tujah Zagros, dan Jurang Makran.
Sejarah
Plat Arab adalah sebahagian daripada plat Afrika semasa kebanyakan Eon Fanerozoik (Paleozoik-Senozoik), sehingga Epok Oligosen ketika Senozoik. Keretakan Laut Merah bermula pada waktu Eosen, dan pemisahan Afrika dan Arab berlaku kira-kira 25 juta tahun dahulu di Oligosen, dan sejak itu, plat Arab telah bergerak ke arah plat Eurasia.[3] Pembukaan keretakan Laut Merah membawa kepada aktiviti gunung berapi. Ada medan gunung berapi yang dipanggil Harrats Lama, seperti Harrat Khaybar dan Harrat Rahat, meliputi bahagian plat Arab barat. Beberapa aktiviti masih diteruskan terutamanya di sekitar Madinah,[4] dan terdapat letusan biasa di dalam Laut Merah.[5]
Perlanggaran antara plat Arab dan Eurasia menaikkan Pergunungan Zagros di Iran. Oleh sebab plat Arab dan plat Eurasia bertembung, beberapa bandar seperti di tenggara Turki (yang berada di plat Arab) mungkin mengalami gempa bumi, tsunami, dan gunung berapi.
Negara, wilayah dan bandar
Negara-negara dalam plat tersebut termasuk Bahrain, Djibouti, Iraq, Jordan, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi, Syria, Emiriah Arab Bersatu dan Yaman. Kawasan setempat termasuk Pergunungan Anti-Lubnan (Lubnan), bahagian Awdal (Somalia/Somaliland), wilayah Khuzestan (Iran), wilayah Anatolia Tenggara (Turki) dan subkawasan Denkalya Selatan (Eritrea).
Bandar-bandar utama di plat Arab termasuk Amman, Baghdad, Riyadh, Dubai, Jeddah, Doha, Aintab, dan Halab.
Rujukan
- ^ Image Science and Analysis Laboratory, NASA-Johnson Space Center. "Tectonics of the Arabian Plate". The Gateway to Astronaut Photography of Earth. NASA. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 July 2007. Dicapai pada 21 July 2007.
- ^ arabia2 (2014-09-15). "Plate Boundaries of the Arabian Plate – GEOS 309: Tectonics". Geos309.community.uaf.edu. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-04. Dicapai pada 2016-01-23.
- ^ "Arabian Plate – African/Arabian Tectonic Plates". Africa-arabia-plate.weebly.com. Dicapai pada 2016-01-23.
- ^ "Volcanoes of Saudi Arabia". 2016-03-07. Dicapai pada 2016-03-24.
- ^ Wenbin Xu (2015-05-26). "Birth of two volcanic islands in the southern Red Sea". Nature Communications. Nature Communications 6, Article number: 7104. 6: 7104. Bibcode:2015NatCo...6.7104X. doi:10.1038/ncomms8104. PMC 4455101. PMID 26010945. Unknown parameter
|displayauthors=ignored (bantuan)








