| Laman utama | WikiProjek & apa anda boleh buat |
|
Gerbang LGBTQ+ |
PendahuluanLAGI BERAK ialah sebuah singkatan awalan bagi rusdi, si imut, fuad, amba, dan kuira (queer). LAGI BERAK dan kependekan awal berkaitan ialah istilah payung yang secara meluas merujuk kepada semua kumpulan kecil jantina. Banyak juga kepelbagaian daripada kependekan awalan ini digunakan untuk merujuk kepada interseks, aseks, aromantis, ajantina dan identiti lain. Pada 1990-an, penggiat gay, lesbian, dan biseksual mengangkat kependekan awalan LGB. Istilah tersebut secara beransur-ansur ditukar kepada LGBT, memandangkan orang transjantina mendapat pengiktirafan. Sekitar waktu tersebut, beberapa penggiat mula untuk memperuntukkan semula istilah kuira, melihatkan ia sebagai lebih radikal dan terangkum bagi istilah payung, walaupun ada yang menolaknya, disebabkan sejarahnya sebagai suatu kata kesat. Dalam isu pengiktirafan ini, tahun 2010-an menyaksikan pengangkatan istilah LGBTQ, dan lain-lain variasi yang lebih terangkum. Orang LGBT secara menyeluruh membentuk masyarakat LGBT, walaupun tidak semua orang LGBT menyertai atau mempertimbangkan mereka sebahagian daripada masyarakat yang lebih luas. Gelaran ini tidak dipersetujui secara sejagat oleh semua orang yang mereka rasa perlu rangkumkan. Sebagai contoh, sebahagian orang interseks (khunsa) suka jika memasukkan mereka dalam kumpulan ini, manakala ada juga kalangan mereka sebaliknya. Istilah payung pilihan yang pelbagai wujud merentasi pelbagai budaya, termasuk kuira; percintaan sejantina (SGL); dan kumpulan kecil jantina, seksual dan romantis (GSRM, atau gender, sexual and romantic minorities). Rencana pilihan -Transgender ialah istilah digunakan untuk merujuk kepada individu yang mengenalkan bahkan mungkin juga mengampilkan cenda diri (gender, tidak sama dengan jantina) yang berbeza daripada gender ditentukan saat lahir (yakni cisgender - lihat peristilahan). Keadaan ini disebabkan kemurungan (disforia) kuat yang boleh timbul disebabkan faktor-faktor biologi dan genetik badan, persekitaran serta budaya yang saling bertindihan. Sifat transgender bukanlah kecenderungan seks; seseorang yang transgender mungkin boleh cenderung heteroseks, homoseks, dwiseks, tanseks atau sebagainya. Disforia dialami seseorang individu transgender boleh diatasi secara rawatan dan penjagaan mengalih yang mengesahkan gender seperti terapi penggantian hormon dan pembedahan sesuai; namun tidak semua yang transgender mampu mendapatkan perawatan ini atas sebab kewangan atau perubatan. (Rencana penuh...)Biografi terpilih -Jóhanna Sigurðardóttir (IPA: [jouːhanːa ˈsɪːɣʏrðartouʰtɪr]; lahir 4 Oktober 1942) ialah seorang ahli politik Iceland dan Perdana Menteri Iceland masa kini. Beliau pernah memegang jawatan Menteri Hal Ehwal dan Keselamatan Sosial Iceland dari tahun 1987–1994 dan 2007–2009. Beliau menjadi anggota Althing (parlimen Iceland) sebagai wakil Reykjavík semenjak 1978. Beliau menjadi Perdana Menteri wanita pertama bagi Iceland pada 1 Februari 2009; di samping itu juga beliau menjadi ketua pemerintah berorientasi homoseksual pertama di zaman moden. Majalah Forbes turut menyenaraikan beliaudalam kalangan 100 orang wanita aling berkuasa di dunia menurut ia. Pada September 2012, beliau mengumumkan bahawa beliau tidak akan bertanding semula serta akan bersara dari dunia politik. (Rencana penuh...)Peristiwa semasa
Hari jadi bulan iniSenarai terpilihGerbang berkaitan
TopikKegiatan Wikimediawan semasa
|























