
Pupuk adalah nama yang diberikan kepada bahan ajaib yang digunakan oleh pawang Batak dari Sumatera Utara . Pupuk merupakan unsur utama dalam melaksanakan ilmu hitam, contohnya bagi mencederakan musuh. Kaedah pembuatan pupuk dicatatkan dalam pustaha, iaitu kitab sakti orang Toba, yang antaranya melibatkan penculikan dan pembunuhan seorang kanak-kanak dari kampung jiran. [1] [2]
Ilmu hitam

Orang Batak Toba di Sumatera utara amat terkenal dengan kelimpahan, kepelbagaian seni ritual mereka dan ilmu hitam [2]. Masyarakat Batak mempercayai bahawa roh ornag mati mampu mempengaruhi nasib ahli keliarga mereka yang masih hidup.Bagi mendapatkan restu daripada roh nenek moyang, orang batak mengadakan upacara atau koran yang rumit.Pengetahuan tentang upacaramagis ini terkandung dalam sebuah kitab yang dikenali sebagai pustaha. Pustaha dihasilka dna digunakan oleh ahli agama lelalki batik yang dikenalu sebagai datu dalam kalangan batak toba. Pengetahuan ilmu hitam dalam pustaha dikenali sebagai Hadatuon (secara harfiah bermaksud pengetahuan seorang datu).
Menurut Johannes Winkler, seorang doktor belanda yang mempelajari pustaha dair seorang datu bernama Ama Batuholinh Lumbangaol, terdapat tiga jenis pengetahuan magis dalam pustaha -Seni Mempertahankan hidup, Seni memushnakan hidup dan seni peramalan.
Sebahagian daripada kandungan ilmu hitam dalam pustaha ialah kaedah magis untuk menyerang musuh ,mendatangkan kecederaan atau membunuh musuh. Salah satu kandungan ilmu hitam yang paling terkenalialah ramuan yang dikenali sebagai pupuk. Pupuk merupakan suatu bahan yang sangat kuat dan boleh digunakan untuk membangkitkan semula roh orang mati.
Untuk menghasilkan pupuk,pertama sekali seorang datu mesti menculik seorang bayi lelaki daripada kampung musuh. Bayi yang diculik itu kemudian depelihara dengan baik supaya menjadi setia kepada datu.Setelah itu, datu akan menyuruh kanak-kanak tersebut meminum timah cair yang sedah mendidih. Kanak-kanak itu akan mati serta-merta. Mayat kanak-kanak itu kemudian akan dikerat-kerat dan dicampurkan dengan bahan-bahan lain,contonya daging haiwan. Campuran ini dibiarkan hingga membusuk. Cecair yang keluar daripada campuaran yang membusuk itu akan dikumpulkan dan dimasukkan ke dalam guri-guri (sejenis cawan). Bahan-bahan yang tertinggal selepas itu dibakar sehingga menjadi abu. Abu inilah yang dikenali sebagai Pupuk. [2] [3]
Roh kanak-kanak yang dibunuh itu akan menjadi
pangulubalang, iaitu sejenis roh yang boleh dikawal untuk pelbagai kegunaan. Salah satu kegunaan pupuk ialah untuk menghidupkan patung nenek moyang (Debata Idup) yang biasanya didirikan di sekitar kampung. Sebuah patung boleh dicas dengan pupuk sekali, dua kali,, atau tiga kali, yang menjadikannya semakin kuat.Patung yang dicas dengan pupuk juga dikenali sebagai pangulubalang. Patung pangulubalag ini boleh melindungik kampung atau bahkan memushnakan musuh [2]
Datu menggunakan pelbagai bekas yang diperbuat daripada bahan yang berbeza untuk memegang pupuk. Orang Batak Toba menyimpan pupuk dalam bekas yang diperbuat daripada tanduk kerbau yang dikenali sebagai naga morsarang . Satu lagi bekas yang terkenal ialah perminaken, bekas seramik.
Rujukan
- ^ Causey 2003.
- ^ a b c d Kozok 2009.
- ^ Tobing 1956.
Karya yang dipetik