Qistina Khaled | |
---|---|
Kelahiran | Qistina binti Khaled 15 Disember 2004 |
Status | Single |
Pekerjaan | Pelakon, model, penyanyi |
Tahun aktif | 2020–kini |
Televisyen | Bukan Kahwin Paksa (2020) Hati Yang Dikhianati (2021) Suara Hati (2021) |
Qistina Khaled (lahir 15 Disember 2004) merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi baru yang mula dikenali orang ramai. Beliau berasal dari Kuala Lumpur dan beragama Islam.
Kerjaya
Beliau mula bergiat aktif sejak tahun 2020 dengan drama pertama beliaunya ialah Bukan Kahwin Paksa dan beliau terkenal sebagai Mimi dalam drama adaptasi panjang yang bertajuk Hati Yang Dikhianati. Beliau juga berlakon dalam beberapa buah drama yang trending di Astro dan TV3. Antaranya Bila Hati Memilih Dia sebagai Adra dan Suara Hati sebagai Sarah yang menjadi adik kesayangan Syafiq Kyle. Buat pertama kalinya memegang watak utama dalam telemovie berjudul Nombor arahan AlJafree yang akan ditayangkan di RTM tidak lama lagi. Selain itu beliau telah memegang watak Rita dalam drama bersiri Kami Budak Band terbitan Suhan Movies bergandingan dengan Ahmad Ezzrin Loy ditayang kan di TV3. Beliau muncul dalam telemovie arahan Eyra Rahman yang berjudul Dania sebagai watak Sarimah berganding dengan Aedy Ashraf dan Puteri Balqis. Drama bersiri Adik ku Pandai Menari sebanyak 8 episod telah ditayangkan di Awesone TV bergandingan dengan Ahmad Adly, Adam Malek dan Armani Kowachee. Tahun 2023, Drama yang mendapat trending tertinggi saban minggu berjudul Scammer Geng Marhaban ditayangkan di Astro Ria Qistina memegang watak Utama sebagai Fifah/Maya bersama Amir Ahnaf dan Lorenzo. Sejurus selepas tamat penggambaran itu, Qistina dipanggil utk drama adaptasi panjang sekali lagi dalam Bukan Cinta Sempurna memegang watak Diana bersama Ayda Jebat. Kini Qistina sedang dalam penggambaran drama Aku Bukan Ustazah sebanyak 28 episod untuk slot Akasia di TV3 bersama MK K-Clique Zahiril Adzim dan Erysha Emyra.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2024 | Jangan Lupa Aku Cinta Padamu | Filem pertama |
Drama
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Bukan Kahwin Paksa | Liz | TV3 | Drama pertama |
2021 | Hati Yang Dikhianati | Mimi | Astro Prima | |
Suara Hati | Sarah | |||
Sepi Itu Pasti | TV AlHijrah | |||
2022 | Bila Hati Memilih Dia | Adwa | TV3 | |
The Pak Mat Clan | Yana | |||
2023 | Adikku Pandai Menari | Isya | Awesome TV | |
Kami Budak Band | Rita | TV3 | ||
Scammer Geng Marhaban | Maya / Fifah | Astro Ria | ||
Bukan Cinta Sempurna | Diana | |||
2024 | Khunsa | Siti (14 tahun) | ||
Ke Kodiang With Love | Naziah | Astro Gempak | ||
Aku Bukan Ustazah | Zaza | TV3 | ||
Dari Mata Turun Ke Hati | Aira | Astro Ria | ||
Calar Cinta | Inara | TV3 | ||
2025 | Jadikan Aku Bidadari | Ruby | ||
Sekam Di Dada | Noreen |
Drama web
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2024 | Jendela Hati | Liza | Viu | Drama pertama |
Di Hatiku Ada Kamu | Adelia |
Telefilem
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2021 | Nombor | Mina | TV1 | Telefilem pertama |
2022 | Dania | Sarimah | TV3 |
Diskografi
Tahun | Tajuk lagu | Catatan |
---|---|---|
2022 | "Benci Benci Tapi Rindu" | OST drama The Pak Mat Clan |
2023 | "150 Juta" | Trio - Aidilia Hilda&Bibi Qairina |
"Raya Oh Raya" | ||
"Senjaku Rindu" | OST drama Calar Cinta | |
2024 | “Raya Ya Ya Ya” | Qistina Khaled,Namie,Aidilia ft Fariq |
“Oh Kekanda” |