RAJA UDANG IBNI ALMARHUM RAJA OMAR (SULTAN OMAR).
Nama asal baginda adalah Raja Ngah dan juga disebut Tok Raja Udang kerana mengikut perceritaan wajahnya menjadi merah seperti udang apabila memarahi seseorang. Baginda adalah anak saudara kepada Raja Bahar/Raja Bakar/Raja Bakal (Raja Hud Din) ibni almarhum Raja Sakti 1 (Raja Vijaya Indera @ Long Betong) iaitu Raja Jembal 1. Umumnya ramai masyarakat kini terkeliru di antara 2 nama baginda ini sedangkan baginda Raja Hud Din dan Raja Udang adalah orang berbeza.
Baginda Raja Udang/Raja Ngah adalah anaknda Raja Omar/Raja Ekok (Sultan Omar) yang telah dilantik oleh ayahnda baginda bagi memerintah di "Tebing Tinggi Pusaran Buih" yang kini dikenali sebagai Tanjung Chat Kota Bharu bagi mempertahankan dari serangan musuh. Baginda Raja Udang/Raja Ngah disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kelochor, Kota Bharu yang mana kini dikenali sebagai Tanah Perkuburan Islam Kampung Baru Raja Udang.