Rajapathy Kuppusamy | |
---|---|
ராஜபதி குப்புசாமி | |
Angotta Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (Kesihatan, Kebajikan, dan Masyarakat Penyayang) | |
Menyandang jawatan 1999 | |
Ketua Menteri | Koh Tsu Koon |
Didahului oleh | Ibrahim Yaakob (Health) Kee Phaik Cheen (Kebajikan) |
Digantikan oleh | Subbaiyah Palaniappan |
Kawasan pilihan raya | Perai |
Ahli Dewan Undangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang bagi Perai | |
Menyandang jawatan 1995 | |
Didahului oleh | V Muthusamy (BN–MIC) |
Digantikan oleh | Ramasamy Palanisamy (PR - DAP |
Maklumat peribadi | |
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | Kongres India Malaysia |
Pekerjaan | Ahli Politik |
Rajapathy Kuppusamy (Tamil:ராஜபதி குப்புசாமி, Rājapati kuppucāmi) ialah seorang ahli politik Malaysia berketurunan India yang pernah aktif dalam Kongres India Malaysia (MIC), sebuah parti komponen dalam gabungan Barisan Nasional (BN). Beliau memainkan peranan penting dalam politik negeri Pulau Pinang, terutamanya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perai, sekitar pertengahan 1990-an hingga awal 2000-an[1]. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang dari tahun 1999 ke 2004 bagi Kesihatan, Kebajikan, dan Masyarakat Penyayang.[2]
Kerjaya Politik
ADUN Perai
Rajapathy dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Perai dalam pilihan raya tahun 1995. Beliau mencatat kejayaan mengejut apabila menewaskan tokoh veteran DAP, P. Patto. Beliau memegang jawatan ini sehingga tahun 2008.[3][4]
Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Beliau dilantik sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang dari tahun 1995 hingga 2004, memainkan peranan dalam pentadbiran negeri.
Pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang
Rajapathy juga merupakan pengerusi Lembaga Wakaf Hindu Pulau Pinang sejak tahun 1996, yang menguruskan hal ehwal berkaitan institusi keagamaan Hindu di negeri itu.
Jawatan dalam MIC
Beliau dilantik sebagai Pengerusi MIC Pulau Pinang pada tahun 1996 dan dipilih sebagai ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC pada tahun yang sama, menunjukkan pengaruh dan peranannya yang penting dalam parti.
Keputusan pilihan raya
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
BN | Rajapathy Kuppusamy | 5,060 | 53.06 | -5.04 | |
DAP | Chong Eng | 4,477 | 46.94 | +6.19 | |
Jumlah undian sah | 9,537 | 100.00 | |||
Jumlah undi ditolak | 206 | ||||
Undi tidak dikembalikan | 0 | ||||
Keluar mengundi | 9,748 | 70.57 | +0.30 | ||
Pemilih berdaftar | 13,813 | ||||
Majoriti | 583 | 6.12 | -11.23 | ||
BN kekal | Peralihan | ||||
Sumber |
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
BN | Rajapathy Kuppusamy | 9,174 | 58.10 | +2.95 | |
DAP | S. Neelamekan | 6,435 | 40.75 | -5.10 | |
Bebas | K. Vijaya Kumari | 182 | 1.15 | +1.15 | |
Jumlah undian sah | 15,791 | 100.00 | |||
Jumlah undi ditolak | 382 | ||||
Undi tidak dikembalikan | 0 | ||||
Keluar mengundi | 16,176 | 70.27 | -2.59 | ||
Pemilih berdaftar | 23,020 | ||||
Majoriti | 2,739 | 17.35 | +8.05 | ||
BN kekal | Peralihan |
|
Parti | Calon | Undian | % | ∆% | |
---|---|---|---|---|---|
BN | Rajapathy Kuppusamy | 9,047 | 55.15 | ||
DAP | Patto Perumal | 7,357 | 45.85 | ||
Jumlah undian sah | 16,404 | 100.00 | |||
Jumlah undi ditolak | 408 | ||||
Undi tidak dikembalikan | 0 | ||||
Keluar mengundi | 16,849 | 72.86 | |||
Pemilih berdaftar | 23,124 | ||||
Majoriti | 1,690 | 9.30 | |||
BN ambil alih dari DAP | Unjuran | ?
|
Rujukan
- Penerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri
- Penerima Darjah Yang Mulia Pangkuan Negeri
- Penerima Darjah Setia Pangkuan Negeri
- Ahli politik Malaysia berketurunan India
- Wakil Rakyat India Malaysia
- Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-11
- Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-10
- Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang ke-9
- ADUN Pulau Pinang
- Hindu Malaysia
- Orang Malaysia berketurunan Tamil