Ditubuhkan di Sungai Buloh, Ramayan ialah sebuah kumpulan rock Malaysia dianggotai oleh Shafi’i Nasir (atau Pi’e lebih suka dikenali), Izzat Latif, Omar Saifuddin dan Naquiyuddin Azeem (Que).[1]
Vokalis Pi'e sebenarnya adalah anak kepada penyanyi-penulis lagu legenda M. Nasir.[2]
Kumpulan ini telah membangunkan reputasi untuk merintis bunyi neo-psychedelic dalam senario Malaysia, bersama kumpulan lain seperti Golden Mammoth dan Capt'n Trips and The Kid.[3]
Sejarah
Pada mulanya, Ramayan dibentuk dengan barisan Pi'e, Que, Omar, Amin Jali dan Nadzrul pada tahun 2014.
Pada tahun 2016, kumpulan Ramayan telah edarkan satu EP dengan lima lagu. Antaranya adalah lagu Sepintas Sastera Hati yang menunjukkan pengaruh kuat psychedelic dan jazz.[4]Lagu lain dari EP ini termasuk Akhir Kalam dan Oh Dewiku.[5]
Selepas tu, Ramayan telah mewakili negara di pentas dan festival antarabangsa seperti Archipelago Fest di Jakarta, Indonesia, dan Zandari Festa di Seoul, Korea Selatan. Mereka juga telah membuka untuk aksi antarabangsa The Temper Trap pada 2017, dan berkongsi pentas dengan band Indonesia seperti Barasuara dan Matajiwa.
Pada 2021, Ramayan menggugurkan album sulung bertemakan fantasi mereka Di Persiaran Cakrawala. Album ni termasuk lagu ballada Lamunan Anak Bulan, Puas dan Air Mata Raja.[6]
Pada tahun 2025, ia mengeluarkan album ketiganya Ini Adalah Ujian Transmisi yang menyaksikan pengaruh kuat disko dan funk meresap ke dalam muziknya. Antara lagunya ialah Dendang!, Jangar Biar (dengan penyanyi Lunadira), Gadis Berbaju Merah, Cita Cita Asmara dan Samudera.[7] [8]
Rujukan
- ^ "Introducing: Ramayan". Time Out Kuala Lumpur (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-11-06.
- ^ "LOCAL BAND: RAMAYAN (Pop / Rock) — Steemit". steemit.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-11-06.
- ^ "Malaysia's very own neo-psychedelic band Ramayan are going mainstream with new experimental album, 'Ini adalah ujian transmisi'". The Star (dalam bahasa Inggeris). 2025-05-28. Dicapai pada 2025-11-06.
- ^ Luncai Emas Sdn Bhd (2018-01-05), RAMAYAN - SEPINTAS SASTERA HATI - OFFICIAL MUSIC VIDEO, dicapai pada 2025-11-06
- ^ The Wknd (2015-11-08), Ramayan | Akhir Kalam (Live on The Wknd Sessions, #93), dicapai pada 2025-11-06
- ^ "Neo-psychedelic rock band Ramayan's debut after 4 years of 'intense concoction'". The Vibes (dalam bahasa Inggeris). 2021-03-21. Dicapai pada 2025-11-06.
- ^ Ariffin, Fatin Farhana (2025-05-27). "Transmisi Ramayan selepas dikritik M Nasir". Berita Harian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-11-06.
- ^ KOSMO!; YUSUP, NOR ERYANI (2021-03-15). "Ramayan harap tidak jadi mangsa 'pilih bulu'". Kosmo Digital. Dicapai pada 2025-11-06.








