Rambo Chin | |
|---|---|
| Kelahiran | Chin Kia Shin 1944 |
| Meninggal dunia | 5 Ogos 2001 (umur 56–57) |
| Sebab kematian | Serangan jantung |
| Pekerjaan | Pelakon, pelawak |
| Tahun aktif | 1991–2001 |
| Pasangan | Yoo Kim Yeak |
| Anak-anak | 1 |
Chin Kia Shin atau lebih dikenali sebagai Rambo Chin (陳奇 1944 – 5 Ogos 2001)[1] merupakan seorang pelakon dan pelawak lelaki Malaysia berketurunan Cina. Beliau terkenal menerusi watak Uncle Stanley dalam sitkom Spanar Jaya, yang disiarkan di ntv7.[2]
Selain itu, beliau juga terkenal menerusi sitkom Jangan Ketawa bersama Dee & Harith Iskander. Chin juga membintangi filem Leftenan Adnan arahan Aziz M. Osman.
Kematian
Beliau meninggal dunia pada 5 Ogos 2001 di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia akibat serangan jantung pada usia 57 tahun. Chin meninggalkan balu Yoo Kim Yeak dan seorang anak lelaki, Chin Chan Fai.[3]
Filemografi
Filem
| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 1993 | Imigran | Boss | Filem pertama |
| 1995 | Pesona Cinta | ||
| 2000 | Leftenan Adnan | Jeneral Yamashita | |
| 2002 | Cinta 200 Ela | Tauke | Filem terakhir, dikeluarkan secara anumerta |
Drama
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
|---|---|---|---|
| 1991–1999 | Jangan Ketawa | TV3 | |
| 1999–2001 | Spanar Jaya | Uncle Stanley | ntv7 |
Telefilem
| Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
|---|---|---|---|
| 2000 | Berlagak | Ah Kau | VCD |
| Playboy Pencen |
Rujukan
- ^ "Pelakon Spanar Jaya, Rambo Chin meninggal dunia", Berita Harian, 6 Ogos 2001.
- ^ Yang suka yang duka 2001 Utusan Malaysia (2 Januari 2002). Dicapai pada 30 Mac 2018.
- ^ Local comedian Rambo Chin dies Utusan Malaysia (7 Ogos 2001). Dicapai pada 28 Mac 2018.








