Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13) ialah sebuah rangka tindakan komprehensif yang disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia, Kementerian Ekonomi Malaysia berperanan sebagai pemantau. Pelan ini bakal menjadi lanjutan kepada Rancangan Malaysia Kedua Belas dengan arah strategi yang jelas dalam rancangan peruntukan belanjawan negara dari 2026 hingga 2030 bagi semua sektor ekonomi di Malaysia. Rangka ini dibentangkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim di ruang Dewan Rakyat di Parlimen pada 31 Julai 2025. Antara Intipati yang diumumkan oleh Kerajaan adalah Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump memutuskan untuk menyemak semula kadar tarif yang akan dikenakan ke atas Malaysia selewat-lewatnya pada hari Jumaat, 1 Ogos 2025. selain itu, Trump juga mengesahkan akan hadir ke Sidang Kemuncak ASEAN Ke-47 di Kuala Lumpur pada Oktober ini. [1]
Huraian
RMK-13 mengetengahkan asas-asas strategik berdasarkan inisiatif kemakmuran bersama yang merangkumi tiga dimensi, yakni pembangunan semula ekonomi, penerapan sistem sosial yang inklusif dan penekanan terhadap pembangunan mapan.
Rujukan
- ^ "Inti pati Rancangan Malaysia Ke-13". Berita Harian. Dicapai pada 2025-07-31.








