Ray Dapdap | |
---|---|
Kelahiran | Shah Reza bin Mohd Shah 8 Jun 1979 |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2004–kini |
Majikan | Astro Radio (2004-kini) |
Terkenal kerana | Penyampai radio popular di X FM, Era, dan Sinar |
Shah Reza Mohd Shah atau lebih dikenali sebagai Ray Dapdap (lahir 8 Jun 1979) merupakan seorang penyampai radio, pengacara dan pelakon Malaysia. Beliau terkenal sebagai penyampai radio X FM (2004-2010), Era (2010-2024) dan Sinar (2024-kini).
Kerjaya
Permulaan kerjaya
Ray memulakan kerjayanya di Astro Radio pada tahun 2004 sebagai anggota Skuad ERA sebelum beralih menjadi penyampai radio. Beliau mula-mula berkhidmat di X FM dalam segmen Ra'yat Pagi X dari 2004 hingga Mei 2010.
Era FM (2010-2024)
Pada Jun 2010, Ray berpindah ke Era FM dan menjadi salah seorang penyampai paling senior di stesen tersebut. Sepanjang 19 tahun perkhidmatannya di Era, beliau mengendalikan beberapa segmen popular termasuk:
Ray dikenali sebagai penyampai yang bersahaja, penuh humor dan tidak lokek berkongsi ilmu, terutamanya kepada penyampai radio baharu. Beliau sering menjadi rujukan rakan penyampai lain untuk mengemaskini kandungan segmen radio di Era mengikut kehendak pendengar. Pengurus Saluran Era, Azah Sahrin, memuji Ray sebagai individu yang pemurah dan sering membantu rakan sekerja.
Pada 9 Ogos 2024, Ray mengumumkan keputusannya untuk meninggalkan Era FM selepas 19 tahun berkhidmat, dengan alasan untuk memberi ruang dan peluang kepada generasi baharu mengendalikan stesen nombor 1 di Malaysia itu.
Sinar FM (2024-kini)
Pada 19 Ogos 2024, Ray menyertai Sinar FM dan mengendalikan segmen Pagi Di Sinar, meneruskan kerjayanya sebagai penyampai radio.
Aktiviti lain
Selain sebagai penyampai radio, Ray juga aktif sebagai:
- Pengacara acara dan emcee
- Voice over talent
- Gaming content creator dengan saluran YouTube sendiri
- Trader (aktiviti sampingan)
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2018 | Lee Chong Wei: Rise of the Legend | Penonton | Filem pertama, penampilan khas |
2019 | Sangkar | Bob | |
2024 | The Experts Selamatkan Raya | Rozland | Filem pendek |
The Experts | Rozland (Lan) | ||
Kahar: Kapla High Council | Wakil Rakyat Liberal | Penampilan khas | |
2025 | Blood Brothers: Bara Naga | Bos Sam |
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Super Spontan 2013 | Pengacara | Astro Warna | mengacara bersama Haniff Hamzah |
Frust Gila | ||||
Betul ke Bohong? (Musim 4) | Artis Jemputan | Episod 13 (Akhir) | ||
2014 | Betul ke Bohong? (Musim 5) | Episod 7 | ||
Super Spontan 2014 | Pengacara | Astro Warna | mengacara bersama Haniff Hamzah | |
2015 | Betul ke Bohong? (Musim 6) | penolong kapten Angah Raja Lawak | Ketua Kumpulan Haniff Hamzah & Achey Bocey | |
Super Spontan All Stars | Juri | Astro Warna | bersama Haniff Hamzah & Afdlin Shauki | |
Betul ke Bohong? (Musim 7) | penolong kapten Angah Raja Lawak | Ketua Kumpulan Haniff Hamzah & Achey Bocey | ||
2024 | Mechamato (musim 3) | Influenzo | Pelbagai | Musim 3, Alih suara |
Radiografi
Radio
Tahun | Tajuk | Stesen |
---|---|---|
2004 – Mei 2010 | Ra'yat Pagi X | X FM |
Jun 2010 – 9 Ogos 2024 | Riuh Pagi Era, JoHaRa Pagi Era, 101 Era & Petang Era | Era |
19 Ogos 2024 – kini | Pagi Di Sinar | Sinar |
Kehidupan peribadi
Ray dikenali sebagai individu yang mesra dan mudah didekati. Beliau aktif dalam media sosial dengan lebih 197,000 pengikut di Instagram dan lebih 78,000 likes di Facebook. Tarikh lahirnya pada 8 Jun sering dirayakan dengan surprise daripada rakan sekerja dan peminat.