
Reformasi tanah (juga dikenali sebagai reformasi agraria) melibatkan pengubahan undang-undang, peraturan, atau adat mengenai pemilikan tanah, penggunaan tanah, dan penyerahan tanah.[1] Reformasi-reformasi ini boleh dilaksanakan oleh pemerintah, kumpulan berminat, ataupun revolusi.[2]
Reformasi tanah kerap dianggap sebagai satu proses kontroversial, disebabkan tanah merupakan pemacu kunci pelbagai hasil sosial, politik dan ekonomi.[3] Struktur dan pengagihan hak tanah dikaitkan dengan pembentukan negeri, pertumbuhan ekonomi, ketaksamaan, keganasan politik, dan politik identiti, membuatkan reformasi tanah amat penting untuk struktur jangka masa panjang masyarakat.[3]
Gambaran keseluruhan
Reformasi tanah boleh terdiri daripada pengagihan harta yang dimulakan atau didukung oleh pemerintah, secara amnya mengenai tanah pertanian. Reformasi tanah boleh, oleh itu, merujuk kepada penyerahan hak milik daripada yang lebih berkuasa kepada yang kurang berkuasa, seperti daripada sekumpulan kecil pemilik yang kaya atau bangsawan dengan pelbagai kebun (e.g., ladang, petak agribisnis) kepada pemilikan individu oleh mereka yang mengusahakan tanah itu. Penyerahan hak milik sebegitu boleh berpampasan; bentuk pampasan boleh berubah-ubah daripada amaun separa kepada nilai sepenuhnya tanah berkenaan.[4]
Reformasi tanah boleh juga melibatkan penyerahan tanah daripada hak milik individu—termasuk hak milik petani kebun kecil— kepada kebun-kebun kolektif yang dimiliki oleh pemerintah; ia juga, pada masa dan tempat lain, merujuk kepada yang sebaliknya: pembahagian kebun-kebun kolektif milik pemerintah kepada kebun-kebun kecil.[5] Sifat umum kesemua reformasi tanah ialah modifikasi atau penggantian susunan keinstitusian sedia ada mengenai pemilikan dan penggunan tanah. Oleh itu, walaupun reformasi tanah bersifat radikal secara umumnya, seperti melalui penyerahan skala besar tanah daripada satu kumpulan kepada satu kumpulan yang lain, ia juga boleh kurang dramatik, seperti reformasi peraturan yang bertujuan memperbaiki pentadbiran tanah.[6]
Penggunaan dan pemegangan tanah
Pemilikan dan pemegangan tanah boleh dipandang sebegai kontroversial sebahagiaannya disebabkan idea-idea yang mentakrifkan apa maksudnya untuk mengakses atau mengawal tanah, seperti melalui "pemilikan tanah" atau "pemegangan tanah", boleh berubah-ubah mengikut kawasan dan juga dalam negara. Reformasi tanah, yang mengubahkan apa maknanya untuk mengawal tanah, oleh itu mewujudkan ketegangan dan konflik antara mereka yang kalah dan mereka yang untung daripada pentakrifan-pentakrifan semula ini (lihat bahagian seterusnya).
Konsepsi barat mengenai tanah sudah berevolusi sejak berabad-abad lepas untuk meletakkan tekanan yang lebih kuat pada pemilikan tanah secara individu yang dirasmikan melalui dokumen seperti hak milik tanah. Kawalan atas tanah juga boleh dipandang kurang dari segi pemilikan individu dan lebih dari segi penggunaan tanah, atau melalui apa yang dikenali sebagai pemegangan tanah. Dalam sejarah, di banyak tempat di Afrika sebagai contoh, tanah bukan dimiliki individu, tapi digunakan oleh sebuah keluarga luas ataupun sebuah komuniti kampung. Orang berbeza dalam sesebuah keluarga atau komuniti mempunyai hak berbeza untuk mengakses tanah ini untuk tujuan berbeza dan pada masa berbeza. Hak-hak tersebut kerap diceritakan melalui sejarah lisan dan tidak didokumenkan secara rasmi.
Idea-idea berbeza mengenai pemilikan dan pemegangan tanah ini kadangkala dirujuk menggunakan terminologi berbeza. Contohnya, sistem tanah "formal" atau "berkanun" merujuk kepada idea pengawalan tanah yang lebih dikaitkan dengan pemilikan tanah secara individu. Sistem tanah "informal" atau "beradat" merujuk kepada idea pengawalan tanah yang lebih dikaitkan dengan pemegangan tanah.
Istilah-istilah yang menyatakan kuasa terhadap dan penggunaan tanah oleh itu boleh mengambil pelbagai bentuk. Contoh-contoh spesifik pemilikan tanah formal dan informal bentuk zaman kini atau sejarawi termasuk:
- Pemegangan tanah tradisional, sepertimana diamalkan suku-suku asli pra-Columbus Amerika Utara.
- Pemilikan tanah feudal, melalui tanah kurnia.
- Estet sehayat, bunga dalam harta ketara yang tamat pada kematian.
- Kerja pertanian
- Pemilikan kolektif
- Akses ke tanah melalui keahlian dalam sebuah koperasi, atau saham dalam sebuah koperasi, yang memiliki tanah (biasanya dengan yuran mudah atau padanannya, tapi boleh juga bawah susunan lain)
- Kolektif kerajaan, seperti yang dijumpai dalam negara-negara komunis, yang dengannya pemilikan kerajaan kebanyakan tanah pertanian digabungkan dalam pelbagai cara dengan pemegangan untuk kolektif pertanian
Motivasi
Reformasi tanah ialah sebuah proses yang amat politikal dan oleh itu banyak argumen menyokong dan menentangnya sudah bangkit. Argumen-argumen ini berubah-ubah mengikut masa dan tempat. Pada abad ke-20, banyak reformasi tanah terbit daripada sesebuah fahaman politik khusus, seperti komunisme dan sosialisme. Pada abad ke-19 di negara terjajah, pemerintah penjajah boleh mengubahkan undang-undang yang menetapkan pemilikan tanah untuk lebih memperkukuhkan kuasa politik atau untuk menyokong ekonomi kolonialnya.[7] Pada masa lebih baru, pergerakan pengundi dan penggunaan tanah sebagai sumber pelanggan dicadangkan sebagai motivasi berkemungkinan untuk usaha reformasi tanah, seperti reformasi-reformasi luas pengagihan semula tanah Robert Mugabe di Zizbabwe.
Argumen menyokong
Argumen penyokong reformasi tanah berfokus pada manfaat sosial dan ekonominya, khususnya di negara-negara membangun, yang boleh bangkit daripada reformasi-reformasi yang berfokus pada pemformalan tanah lebih besar. Manfaat-manfaat tersebut boleh melibatkan hapuskan ketakterjaminan makanan dan mengurangkan kemiskinan desa.
“ | Kemudian pemilik-pemilik yang kaya, yang harus kehilangan tanah mereka dalam sebuah pergolakan, pemilik-pemilik yang kaya dengan akses ke sejarah, dengan mata untuk membaca sejarah dan untuk mengetahui fakta besar: apabila harta dikumpulkan dalam beberapa tangan, ia dibawa pergi. Dan fakta yang mengiringinya: apabila sesebuah majoriti rakyat kelaparan dan kesejukan, mereka akan mengambil dengan paksa apa yang diperlukan mereka. Dan fakta menjerit-jerit kecil yang berbunyi sepanjang keseluruhan sejarah: penindasan berhasil hanya untuk menguatkan dan menyatupadukan yang tertindas. | ” |
— The Grapes of Wrath[8] |
Argumen menyokong reformasi-reformasi tersebut mencapai momentum selepas terbitnya The Mystery of Capital: Why Capitalism Triumphs in the West and Fails Everywhere Else oleh ahli ekonomi Peru Hernando de Soto pada tahun 2000. Hujahnya, yang miskin kerap tidak dapat mendapati hak harta rasmi, seperti gelaran tanah, untuk tanah kediaman atau pertanian mereka disebabkan pemerintahan tidak baik, korupsi dan/atau birokrasi terlampau rumit. Tanpa gelaran tanah atau dokumentasi rasmi lain aset tanah mereka, mereka kurang dapat mengakses kredit formal. Reformasi politik dan perundangan di dalam negara, menurut de Soto, akan membantu melibatkan yang miskin dalam sistem perundangan dan ekonomi rasmi, meningkatkan kemahiran yang miskin untuk mengakses kredit dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan pengurangan kemiskinan.
Banyak organisasi pembangunan antarabangsa dan penderma bilateral dan multilateral seperti Bank Dunia, sudah mengambil idea de Soto, ataupun yang mirip dengannya, mengenai manfaat perasmian hak tanah yang lebih luas. Ini sudah menjelma sebagai beberapa program pembangunan yang bekerjasama dengan pemerintah-pemerintah dan organisasi-organisasi masyarakat sivil untuk memulakan dan melaksanakan reformasi-reformasi tanah. Bukti untuk menyokong manfaat ekonomi dan pro-Miskin peningkatan perasmian hak tanah masih tidak muktamad menurut beberapa pengkritik (lihat "Argumen penentang" di bawah).
Argumen-argumen lain yang menyokong reformasi tanah menunjuk kepada keperluan untuk memitigasikan undang-undang tanah bercanggahan, khususnya di bekas-bekas jajahan di mana sistem-sistem tanah rasmi dan tidak rasmi boleh wujud sambil saling bercanggah. Percanggahan-percanggahan tersebut boleh membuatkan kumpulan-kumpulan terpinggir terdedah kepada lebih lagi eksploitasi. Misalnya, di banyak negara di Afrika dengan undang-undang tanah bercanggahan, stigmatisasi AIDS menyebabkan peningkatan angka balu AIDS dipaksa keluar tanah perkahwinan oleh ipar-ipar. Walaupun wanita tersebut boleh memiliki kedua-dua hak beradat dan hak berkanun terhadap tanah itu, kekeliruan mengenai set undang-undang yang mana adanya keutamaan, ataupun juga kekurangan ilmu tentang undang-undang relevan, membiarkan ramai balu AIDS dengan kelemahan besar. Undang-undang rasmi dan tidak rasmi bercanggahan juga boleh menyekatkan sistem perundangan sesebuah negara, menjadikannya lebih terdedah kepada korupsi.[9]
Argumen-argumen tambahan demi reformasi tanah berfokus pada manfaat-manfaat persekitaran berpotensi reformasi. Sebagai contoh, kalau reformasi membawa kepada keselamatan hak milik tanah yang lebih baik, sama ada melalui cara yang rasmi ataupun yang tidak rasmi, jadi mereka yang menggunakan tanah itu akan menjadi pengusaha tanah yang lebih baik baginya.
Reformasi-reformasi tanah yang dilaksanakan di Jepun, Taiwan, dan Korea Selatan dipercayai telah menyumbang kepada pembangunan perindustrian negara-negara itu. Pengagihan tanah yang adil negara-negara tersebut membawa kepada peningkatan keluaran pertanian, kuasa beli desa yang tinggi dan mobiliti sosial.[10]
Argumen menentang
Banyak argumen yang menyokong reformasi tanah membincangkan hasil positif sosial dan ekonominya. Namun, sepertimana telah disebut, reformasi tanah ialah sebuah proses yang amat politikal. Oleh itu, ramai antara yang menentang reformasi tanah gementar mengenai motivasi sulit mereka yang memulakan reformasi tersebut. Contohnya, sesetengah orang mungkin berkerisauan bahawa mereka akan mendapat ketakadilan atau ditindas hasil reformasi-reformasi itu. Yang lain mungkin risau bahawa mereka akan rugi dalam perjuangan-perjuangan kuasa ekonomi dan politik (terutamanya di negara-negara kurang membangun) yang mendahului banyak reformasi tanah.
Kumpulan-kumpulan dan individu-individu lain menyatakan kegelisahan mengenai reformasi tanah yang berfokus pada perasmian hak harta. Walaupun manfaat ekonomi dan sosial perasmian hak-hak tanah sering dikedepankan, sesetengah kajian mencadangkan bahawa reformasi-reformasi sebentuk begitu adalah sama ada tidak berkesan ataupun boleh menyebabkan lebih kesusahan atau konlifk.
Argumen tambahan melawan reformasi tanah berfokus pada kerisauan terhada isu ekuiti dan kemungkinan penangkapan elit tanah itu, khususnya mengenai reformasi yang memfokuskan perluasan perasmian tanah. Kalau diimplementasikan secara tidak sesuai atau tidak berpada, para pengkritik khuatir bahawa reformasi-reformasi tersebut akan lebih melemahkan kumpulan-kumpulan terpinggir seperti komuniti orang asli atau wanita. Kekhuatiran ini juga membawa kepada persoalan tentang kebolehan keinstitusian pemerintah-pemerintah untuk melaksanakan reformasi tanah sepertimana direkakan. Kalaupun sesebuah negara mempunyai kebolehan ini, pengkritik khuatir bahawa korupsi dan patrimonialisme akan membawa kepada lebih banyak penangkapan elit.
Dalam melihat lebih banyak reformasi radikal, seperti pengagihan semula tanah skala besar, argumen menentang reformasi termasuk kekhuatiran bahawa pengagihan semula tanah tidak akan digunakan secara produktif dan bahawa pemilik tanah yang diekspropiasi tidak akan dipampaskan secara cukupnya ataupun tidak akan dipampaskan langsung. Zimbabwe ialah satu contoh yang kerap dirujuk tentang bahaya reformasi skala besar sebegitu di mana pengagihan semula tanah menyumbang kepada kemelesetan ekonomi dan peningkatan ketakcukupan makanan di negara. Dalam kes-kes di mana reformasi tanah digubalkan secara sebahagian daripada kolektivisasi sosialis, banyak argumen menentang kolektivisasi lebih boleh dipakai.
Usaha kebangsaan
Satu contoh awal reformasi tanah ialah Akta Tanah Irish tahun 1870–1909. Kebanyakan negara Eropah Timur dan Tengah yang baru merdeka mengimplementasikan reformasi tanah susulan Perang Dunia Pertama. Di kebanyakan negara, tanah lebih daripada had-had tertentu (20–500 he (49–1,236 ekar), bergantung pada kawasan dan jenis tanah) diekspropriasikan; di Finland, ia dibelikan semula dan dimasukkan ke dalam koleksi khas.[11]
Lihat juga
- Adverse possession
- Agrarian Justice
- Agrarian reform
- Certificate of occupancy
- Chinese Land Reform
- Citizen's Dividend
- Concentration of land ownership
- Classical rent
- Collectivization in the Soviet Union
- Common land
- Dekulakization
- Differential and absolute ground rent
- Eminent domain
- Enclosure
- Fachhochschule
- Frente Unido de Reforma Agraria
- Gentrification
- Georgism
- Homestead principle
- Land (economics)
- Land Acts (Ireland)
- Land banking
- Land claim
- Land consumption
- Land grabbing
- Land law
- Landlessness
- Land consolidation
- Land Reform in Developing Countries
- Land reforms by country
- Land tenure
- Land titling
- Land value tax
- Manorialism
- México Indígena
- Mutualism
- Natural capital
- Nonpossessory interest in land
- Profit (real property)
- Real estate appraisal
- Restitution
- Serfdom
- Settler
- Speculation
- Squatting
- Stolypin reform
- Usufruct
- Water scarcity
- Zapatismo
Rujukan
- ^ "Land Reform - an overview | ScienceDirect Topics". www.sciencedirect.com. Dicapai pada 2024-12-11.
- ^ "land reform". www.britannica.com (dalam bahasa Inggeris). 2024-11-06.
- ^ a b Albertus, Michael; Klaus, Kathleen (2025). "Land and Politics". Annual Review of Political Science (dalam bahasa Inggeris). doi:10.1146/annurev-polisci-040623-112955. ISSN 1094-2939.
- ^ Adams, Martin and J. Howell. "Redistributive Land Reform in Southern Africa". Overseas Development Institute. DFID. Natural Resources Perspectives No. 64. January 2001. Diarkibkan 2009-12-05 di Wayback Machine
- ^ Adams, Martin and J. Howell. "Redistributive Land Reform in Southern Africa". Diarkibkan 2009-12-05 di Wayback Machine Overseas Development Institute. DFID. Natural Resources Perspectives No. 64. January 2001.
- ^ Ghana's Land Administration Project Diarkibkan 2011-07-21 di Wayback Machine
- ^ Berry, Sata. "Debating the land question in Africa." Johns Hopkins University. N.d. "Archived copy" (PDF). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2012-01-13. Dicapai pada 2010-12-02.CS1 maint: archived copy as title (link)
- ^ The Grapes of Wrath, oleh John Steinbeck, Penguin, 2006, 0143039431, hlm 238
- ^ Tettey, Wisdom, B. Gebe and K. Ansah-Koi. "The Politics of Land and Land-related Conflicts in Ghana: A Summary." Land Policy Reform Project. Institute for Statistical, Social and Economic Research at the University of Ghana. 2008. Diarkibkan 2020-03-07 di Wayback Machine
- ^ "Land: The Triumph of Gardening". How Asia Works: Success and Failure in the World's Most Dynamic Region. Grove Press. 2014. ISBN 9780802121325.
- ^ Gediminas Vaskela. The Land Reform of 1919–1940: Lithuania and the Countries of East and Central Europe Diarkibkan 2012-03-22 di Wayback Machine
Bacaan lanjut
- Bernstein, H. (2002). "Land Reform: Taking a Long(er) View". Journal of Agrarian Change. 2 (4): 433–463. Bibcode:2002JAgrC...2..433B. doi:10.1111/1471-0366.00042.
- Caralee McLiesh and Richard E. Messick, Moderators. (2004). "Can Formal Property Titling Programs Ensure Increased Business Investments and Growth?". World Bank.
- Ciparisse, Gérard. (2003). Multilingual Thesaurus on Land Tenure. Food and Agriculture Organization (FAO) of the UN. ISBN 9251042837ISBN 9251042837.
- Cahill, Kevin. "Who Owns The World: The Hidden Facts Behind Landownership", Mainstream Publishing, 2006, ISBN 9781845961589. OCLC 746882317.
- Cahill, Kevin. "Who Owns Britain: The Hidden Facts Behind Landownership in the UK and Ireland", Canongate Books, 2002. ISBN 9781841953106ISBN 9781841953106. OCLC 1015469648.
- Michael Lipton, Land Reform in Developing Countries: Property rights and property wrongs, Routledge, 2009
- R. H. Tawney, Land and Labour in China New York, Harcourt Brace & Company (1979). 3rd Edition. ISBN 9780374977719ISBN 9780374977719. OCLC 709358069.
- Fu Chen, Liming Wang and John Davis, "Land reform in rural China since the mid-1980s", Land Reform 1998/2, a publication of the Sustainable Development Department of the United Nations' Food and Agriculture Organization (FAO).
- William H. Hinton. Fanshen: A Documentary of Revolution in a Chinese Village. New York: Monthly Review Press, 1966. ISBN 9780520210400ISBN 9780520210400. OCLC 258568918.
- Ho, Peter. (2001, June). Who Owns China's Land? Policies, Property Rights and Deliberate Institutional Ambiguity, The China Quarterly, Vol. 166, June 2001, pp. 387–414
- Ho, Peter. (2006). "Institutions In Transition: Land Ownership, Property Rights and Social Conflict in China. Oxford and New York: Oxford University Press. ISBN 9780199280698ISBN 9780199280698. OCLC 1292686440.
- Mark Moyar. "Villager attitudes during the final decade of the Vietnam War". Presented at 1996 Vietnam Symposium "After the Cold War: Reassessing Vietnam".
- Summary of "Efficiency and wellbeing for 80 years" by Tarmo Luoma on site of TEHO magazine.
- Rudzani Albert Makhado and Kgabo Lawrance Masehela. (2012). Perspectives on South Africa's Land Reform Debate. Lambert Academic Publishing, Germany. ISBN 9783845416076ISBN 9783845416076. OCLC 935209055.
- Henry George, "Progress and Poverty: An inquiry into the cause of industrial depressions and of increase of want with increase of wealth: the remedy", 1879.
- Groppo, Paolo. (1998). Land Reform: Land Settlement and Cooperatives Bulletin. Food and Agriculture Organization (FAO) of the UN.
- Krogh, Peter Frederic. (1986). U.S. and Third World Land Reform. American Interests. Dean Peter Krogh Foreign Affairs Digital Archives. School of Foreign Service, Georgetown University.
- Goodman, Amy. (2010). Global Food Security and Sovereignty Threatened by Corporate and Government “Land Grabs” in Poor Countries. Democracy Now!.
- Wallace, Alfred Russel. (1882). Land Nationalisation: Its necessity and its aims: Being a comparison of the system of landlord and tenant with that of occupying ownership in their influence on the well-being of the people.
- Land Research Action Network: News, Analysis, and Research on Land Reform.
- Land, Territory and Dignity Forum
- Landesa - Securing land rights for the world's poorest.