Rosli Abdullah | |
---|---|
Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka | |
Menyandang jawatan 6 April 2023 (Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama) | |
Gabenor | Mohd Ali Rustam |
Ketua Menteri | Ab Rauf Yusoh |
Ahli | Rahmad Mariman |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Kawasan pilihan raya | Kuala Linggi |
Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka bagi Kuala Linggi | |
Menyandang jawatan 20 November 2021 | |
Didahului oleh | Ismail Othman (BN–UMNO) |
Majoriti | 1,836 (2021) |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
Rosli bin Abdullah merupakan seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh dan Ahli EXCO Rahmad Mariman sejak April 2023. Beliau juga telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Melaka (ADUN) bagi kawasan Kuala Linggi sejak November 2021.[1][2]
Kerjaya politik
Calon bagi Dewan Undangan Negeri Melaka (2021)
Dalam pilihan raya negeri 2021, Rosli Abdullah membuat penampilan sulung pilihan raya selepas dicalonkan oleh BN untuk bertanding di kerusi negeri Kuala Linggi. Rosli menentang Julasapiah Kasim daripada Pakatan Harapan, Aziah Mohd Sa'ad daripada Perikatan Nasional serta calon Bebas Kamisan Palil. Beliau memenangi kerusi tersebut dengan memperoleh 3,554 undi dengan majoriti sebanyak 1,836 undi.[3]
Timbalan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka (2023)
Pada 6 April 2023, Rosli Abdullah telah dilantik oleh Ketua Menteri Melaka Ab Rauf Yusoh sebagai Timbalan Ahli EXCO yang bertanggungjawab dalam portfolio Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, menjadi timbalan kepada Ahli EXCO Rahmad Mariman.[4][5]
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kerusi | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2021 | N01 Kuala Linggi | Rosli Abdullah (UMNO) | 3,554 | 51.07% | Julasapiah Kasim (AMANAH) | 1,718 | 24.70% | 7,140 | 1,836 | 65.34% | ||
Aziah Mohd Sa'ad (PAS) | 1,645 | 23.64% | ||||||||||
Kamisan Palil (BEBAS) | 51 | 0.73% |
Anugerah
Melaka
Darjah Pangkuan Seri Melaka (D.P.S.M.) - Datuk (2024)[7]
Rujukan
- ^ "Rosli Abdullah". stgpru.sinarharian.com.my.
- ^ "Rosli Abdullah". pru.sinarharian.com.my.
- ^ "Keputusan rasmi PRN Melaka". www.bharian.com.my. 20 November 2021.
- ^ "Ab. Rauf umum 10 timbalan Exco Melaka". www.utusan.com.my. 6 April 2023.
- ^ "10 Timbalan EXCO Melaka diumum". www.bharian.com.my. 6 April 2023.
- ^ "N01 Kuala Linggi". undi.info.
- ^ "Ketua Pengarah JKR ketuai 399 penerima darjah kebesaran Melaka sesi akhir". www.bharian.com.my. 26 Ogos 2024.