SJK(T) Bandar Mentakab (Tamil: மெந்தகாப் நகர தமிழ்ப்பள்ளி) ialah sebuah sekolah jenis kebangsaan Tamil terletak di Mentakab, Temerloh, Pahang, Malaysia. SJK(T) Mentakab merupakan salah sebuah sekolah rendah utama di Mentakab. Sekolah ini terkenal dengan keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR seluruh negara. Ia juga merupakan antara sekolah rendah terbaik di Pahang melalui keputusan UPSR dan aktiviti kokurikulum.[perlu rujukan]