Salleh Said Keruak | |
|---|---|
| صالح سعيد کرواق | |
Salleh Said Keruak di Dunia Telekom ITU pada tahun 2016 | |
| Menteri Komunikasi dan Multimedia | |
| Dalam jawatan 29 Julai 2015 – 10 Mei 2018 | |
| Raja | Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (2015–2016) Sultan Muhammad V (2016–2018) |
| Perdana Menteri | Najib Razak |
| Timbalan | Jailani Johari |
| Didahului oleh | Ahmad Shabery Cheek |
| Digantikan oleh | Gobind Singh Deo |
| Kawasan pilihan raya | Senator |
| Ketua Menteri Sabah ke-9 | |
| Dalam jawatan 28 Disember 1994 – 28 Mei 1996 | |
| Gabenor | Mohamed Said Keruak (1994) Sakaran Dandai (1994–1996) |
| Timbalan | Yong Teck Lee |
| Didahului oleh | Sakaran Dandai |
| Digantikan oleh | Yong Teck Lee |
| Kawasan pilihan raya | Usukan |
| Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sabah | |
| Dalam jawatan 31 Disember 2010 – 28 Julai 2015 | |
| Gabenor | Ahmadshah Abdullah Juhar Mahiruddin |
| Ketua Menteri | Musa Aman |
| Didahului oleh | Juhar Mahiruddin |
| Digantikan oleh | Syed Abas Syed Ali |
| Kawasan pilihan raya | Bukan ahli ADUN (2010–2013) Usukan (2013–2018) |
| Senator Dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong | |
| Dalam jawatan 29 Julai 2015 – 28 April 2018 | |
| Raja | Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (2015–2016) Sultan Muhammad V (2016–2018) |
| Perdana Menteri | Najib Razak |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Kota Belud | |
| Dalam jawatan 25 April 1995 – 8 Mac 2008 | |
| Didahului oleh | Paul Maidom Pansai (PBS) |
| Digantikan oleh | Abdul Rahman Dahlan (BN–UMNO) |
| Majoriti | 7,131 (1995) 9,216 (1999) 10,421 (2004) |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi Usukan | |
| Dalam jawatan 26 September 2020 – 29 November 2025 | |
| Didahului oleh | Japlin Akim (BN–UMNO) |
| Digantikan oleh | Isnaraissah Munirah Majilis (WARISAN) |
| Majoriti | 4,298 (2020) |
| Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | Japlin Akim (BN–UMNO) |
| Digantikan oleh | Japlin Akim (BN–UMNO) |
| Majoriti | 6,812 (2013) |
| Peranan Menteri (Sabah) | |
| 1994 | Timbalan Ketua Menteri |
| 1994 | Menteri Kewangan |
| 2001–2004 | Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Negara | |
| 2015–2018 | Barisan Nasional |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Rakyat | |
| 1995–2008 | Barisan Nasional |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Sabah | |
| 1994–2004 | Barisan Nasional |
| 2013–2018 | Barisan Nasional |
| 2020–2025 | Barisan Nasional |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Md Salleh bin Md Said 10 Julai 1957[N 1] |
| Kerakyatan | |
| Parti politik | Parti Bersatu Sabah (PBS) (sehingga 1991) (sehingga 2018, sejak 2020) BEBAS (2018–2020) [N 2][N 3] |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) (sehingga 2018, sejak 2020) |
| Pasangan | Raya Erom (lahir 21 April 1963, k. 1984) |
| Pertalian | Isnaraissah Munirah Majilis (Sepupu kedua) |
| Anak | Syeera Salleh, lahir 2003 |
| Ibu bapa | Mohamed Said Keruak (m. 1995) Bandung Hasbollah (m. 2016) |
| Kediaman | Likas,
Sabah (privasi) Kota Belud, Sabah (kampung halaman) |
| Tempat belajar | Universiti Simon Fraser Universiti Putra Malaysia |
| Bidang pengkhususan | Ahli politik |
| |
Md Salleh bin Md Said (Jawi: محمد صالح بن محمد سعيد; lahir 10 Julai 1957), lebih dikenali sebagai Salleh Said Keruak, ialah seorang rakyat Malaysia dan ahli politik yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Usukan dari Februari 1994 hingga Mac 2004, dari Mei 2013 hingga Mei 2018 dan sekali lagi dari September 2020 sehingga kekalahan dalam pilihan raya Sabah pada November 2025. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Perdana Menteri Najib Razak dari Julai 2015 hingga kejatuhan pentadbiran BN pada Mei 2018, sebagai Ketua Menteri Sabah ke-9 dari Disember 1994 hingga Mei 1996, sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sabah dari Disember 2010 hingga Julai 2015, sebagai Senator dari Julai 2015 hingga Julai 2018 serta sebagai Ahli Parlimen (AP) bagi Kota Belud dari April 1995 hingga Mac 2008.
Latar belakang pendidikan
Beliau merupakan graduan ijazah sarjana muda dari Universiti Simon Fraser dalam bidang sains politik dan memegang ijazah kedoktoran (PhD) dalam sains politik dan pentadbiran kerajaan dari Universiti Putra Malaysia.
Kerjaya
Selepas menamatkan pengajian tingginya, beliau dilantik sebagai Pegawai Daerah Kota Belud dari 1984 hingga 1986 dan kemudiannya menjadi Setiausaha Politik kepada pentadbiran Ketua Menteri ketika itu dari 1986 hingga 1994.
Selain itu, beliau juga memegang beberapa jawatan dalam Kabinet Sabah. Selama beberapa tahun, beliau berkhidmat sebagai Menteri Kewangan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan serta Timbalan Ketua Menteri.
Pada 28 Disember 1994, Perdana Menteri Mahathir Mohamad menamakan beliau sebagai Ketua Menteri negeri tersebut. Tempoh perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri berakhir pada 28 Mei 1996 dan beliau digantikan oleh Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Yong Teck Lee.
Pada 4 Januari 2010, Ketua Menteri ketika itu, Musa Aman, melantik beliau sebagai Penasihat Sains dan Teknologi kerajaan negeri dengan taraf menteri.[1] Beliau menggantikan Tham Nyip Shen, bekas Timbalan Ketua Menteri bagi kuota Cina yang berasal dari Keningau.
Kemudian pada 31 Disember tahun yang sama, beliau dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri.[2] Sehari selepas itu, pada hari pertama tahun 2011, beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)[3] oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Persekutuan ketika itu, Dr. Rais Yatim.
Di bawah parti Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dari 2006 hingga 2018, berkhidmat di bawah pengerusian jangka panjang Ketua Menteri ketika itu, Musa Aman, yang secara serentak memegang jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah dari 2003 hingga 2018. (Kini beliau berkhidmat sebagai Pengarah Jentera Pilihan Raya parti sejak pemilihan parti penting pada 2018.)
Selain itu, beliau juga mempengerusikan Pertubuhan Bajau Bersatu Sabah (USBO).
Pada 6 Oktober 2019, beliau mengakui bahawa beliau telah mengemukakan permohonan keahlian parti kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana parti itu bersifat berbilang kaum dan selaras dengan pegangan politik beliau, terutama yang menumpukan kepada masa depan negeri Malaysia di Malaysia Timur, iaitu Sabah.
Pada 30 Jun 2020, beliau membatalkan permohonannya untuk menyertai PKR selepas berlakunya krisis politik 2020.[4] Pada 9 September 2020, Salleh menyertai semula UMNO.[5]
Keluarga
Beliau ialah anak kepada Mohamed Said Keruak, Yang di-Pertua Negeri Sabah ke-7 dan Ketua Menteri Sabah ke-4.
Beliau kini berkahwin dengan Datin Seri Panglima Datuk Raya Erom (lahir 21 April 1963), seorang wanita etnik Kadazandusun berketurunan Lotud dari Tuaran, sejak 18 Disember 1984. Sebelum perkahwinan mereka, beliau merupakan seorang penganut Katolik Roma sebelum memeluk Islam Sunni bagi membolehkan beliau berkahwin dengan Salleh. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak lelaki dan dua orang anak perempuan: Mohd Syarulnizam (lahir 1986), Syazeera (lahir 1988), Mohd Hafeez (lahir 1996) dan Syeera (lahir 2002).
Selain itu, Salleh juga merupakan sepupu kedua kepada Isnaraissah Munirah Majilis, Ahli Parlimen Kota Belud serta Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Usukan yang kini sedang berkhidmat.[6]
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kawasan | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Jumlah undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1995 | P148 Kota Belud | Salleh Said Keruak (UMNO) | 17,368 | 62.92% | Herbert Timbun Lagadan (PBS) | 10,237 | 37.08% | 27,920 | 7,131 | 81.71% | ||
| 1999 | Salleh Said Keruak (UMNO) | 7,817 | 62.16% | Saidil Simoi (PBS) | 8,601 | 30.01% | 28,931 | 9,216 | 77.55% | |||
| Bandira Aling (PAS) | 1,515 | 5.28% | ||||||||||
| Paul Maidom Pansai (BEBAS) | 553 | 1.93% | ||||||||||
| Mul Marif (BEBAS) | 179 | 0.62% | ||||||||||
| 2004 | P169 Kota Belud | Salleh Said Keruak (UMNO) | 19,290 | 64.93% | James Baga (BEBAS) | 8,869 | 29.85% | 30,794 | 10,421 | 75.20% | ||
| Jaimin Giau (SETIA) | 1,551 | 5.22% | ||||||||||
| 2018 | Salleh Said Keruak (UMNO) | 19,167 | 41.58% | Isnaraissah Munirah Majilis (WARISAN) | 23,429 | 50.82% | 47,271 | 4,262 | 82.12% | |||
| Miasin Mion (PHRS) | 2,092 | 4.54% | ||||||||||
| Laiman Ikin (PAS) | 1,410 | 3.06% | ||||||||||
| Tahun | Kawasan | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Jumlah undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1994 | N08 Usukan | Salleh Said Keruak (UMNO) | 6,274 | 61.67% | Datu Badaruddin Datu Mustapha (PBS) | 3,591 | 35.30% | 10,277 | 2,683 | 82.53% | ||
| Semat Abdul Karim (SETIA) | 159 | 1.56% | ||||||||||
| Salisi Ukoh (BEBAS) | 150 | 1.47% | ||||||||||
| 1999 | Salleh Said Keruak (UMNO) | 7,127 | 61.84% | Saidil Simoy (PBS) | 3,503 | 30.40% | 11,652 | 3,624 | 80.21% | |||
| Mudry Nasir (BERSEKUTU) | 894 | 7.76% | ||||||||||
| 2013 | Salleh Said Keruak (UMNO) | 10,879 | 70.85% | Mustapha Sakmud (PKR) | 4,067 | 27.24% | 15,603 | 6,812 | 83.40% | |||
| Bakhruddin Ismail (STAR) | 285 | 1.91% | ||||||||||
| 2020 | N10 Usukan | Salleh Said Keruak (UMNO) | 8,280 | 65.28% | Abdul Bakhrin Mohd Yusof (WARISAN) | 3,982 | 31.40% | 12,683 | 4,298 | 75.12% | ||
| Datu Mohd Nazaruddin Datu Tiga Belas (PCS) | 421 | 3.32% | ||||||||||
| 2025 | Salleh Said Keruak (UMNO) | 5,850 | 33.15% | Isnaraissah Munirah Majilis (WARISAN) | 6,292 | 35.65% | 17,649 | 442 | 72.82% | |||
| Japlin Akim (GAGASAN) | 5,179 | 29.34% | ||||||||||
| Mohd Lin Harun (STAR) | 179 | 1.01% | ||||||||||
| Jefris Muadis (IMPIAN) | 97 | 0.55% | ||||||||||
| Ajun Meliyon (BEBAS) | 52 | 0.29% | ||||||||||
Anugerah
Sabah
Seri Panglima Darjah Kinabalu (S.P.D.K) – Datuk Seri Panglima (1996)
Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (P.G.D.K.) – Datuk (1990)- Jaksa Pendamai (J.P.) (2015)[12]
Melaka
Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M.) – Datuk Seri (1996)[13]
Rujukan
- ^ "Salleh Ganti Tham Sebagai Penasihat Sains Ketua Menteri". The Star. 12 Januari 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2012. Dicapai pada 15 Januari 2012.
- ^ "Salleh Said Keruak dilantik Speaker baru DUN Sabah". Berita Harian. 12 Januari 2011. Dicapai pada 15 Januari 2012.
- ^ Abdul Rahman, Rafiuddin (12 Januari 2011). "Datuk Seri Panglima Haji Salleh Tun Hj. Mohd. Said Keruak dilantik Pengerusi FINAS". Dicapai pada 15 Januari 2012.
- ^ "Salleh batalkan permohonan sertai PKR". Sinar Harian. Dicapai pada 7 Ogos 2020.
- ^ "PRN Sabah: Salleh Said Keruak buat kemunculan semula". 10 September 2020.
- ^ "Abdul Rahman challenged by four in Kota Belud". The Borneo Post. 21 April 2013. Dicapai pada 28 May 2018.
The second cousin of former Chief Minister Datuk Seri Salleh Tun Said also said there was not objection from her family to stand under the opposition even though her cousin (Salleh) was also standing as a BN candidate for the Usukan state seat. My family is very supportive of this move, and they also believe in Pakatan Rakyat (PR) after what they had done in several states in Peninsular Malaysia, especially in Selangor and Penang. “After having a meeting with our machinery tonight, we will start our campaign in Tempasuk and Usukan areas, and after that we will continue in Kadamaian,” said Isnaraissah Munirah who is fluent in English, Malay, Dusun and Bajau.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 28 May 2018. Angka peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi (termasuk undi untuk calon yang tidak disenaraikan).
- ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2018. Dicapai pada 28 Mei 2018.
- ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Mei 2018. Dicapai pada 1 April 2020.
- ^ "14th General Election Malaysia (GE14 / PRU14) – Results Overview". election.thestar.com.my.
- ^ "N53 Senallang". Malaysiakini. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jun 2018. Dicapai pada 30 Mei 2020.
- ^ "Ketua Hakim Negara Dahului Senarai 983 Penerima Darjah Kebesaran Sabah". www.mstar.com.my. 2 Oktober 2015.
- ^ "Syed Ahmad Shahabuddin gets Sabah award". New Straits Times. 22 Mac 1996. m/s. 2.
| Jawatan politik | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Sakaran Dandai |
Ketua Menteri Sabah 1994–1996 |
Diikuti oleh: Yong Teck Lee |
- Penerima Darjah Seri Panglima Darjah Kinabalu
- Penerima Darjah Gemilang Seri Melaka
- Kelahiran 1958
- Orang hidup
- Orang dari Sabah
- Orang Bajau
- Ketua Menteri Sabah
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Menteri Kerajaan Malaysia
- Muslim Malaysia
- Anak ahli politik Malaysia
- Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sabah
- Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah ke-16
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-9
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-10
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-11
- Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-13
- Ketua Menteri daripada UMNO










