| ||||
|---|---|---|---|---|
| Kardinal | satu | |||
| Ordinal | pertama (pertama) | |||
| Pemfaktoran | 1 | |||
| Pembahagi | 1 | |||
| Angka Rumi | I | |||
| Angka Rumi (unicode) | Ⅰ, ⅰ | |||
| Awalan Sanskrit | eka- | |||
| Awalan Yunani | mono- /haplo- | |||
| Awalan Latin | uni- | |||
| Perduaan | 12 | |||
| Pertigaan | 13 | |||
| Kuarterner | 14 | |||
| Perlimaan | 15 | |||
| Perenaman | 16 | |||
| Perlapanan | 18 | |||
| Perduabelasan | 112 | |||
| Perenambelasan | 116 | |||
| Perduapuluhan | 120 | |||
| Asas 36 | 136 | |||
| Yunani | α' | |||
| Parsi | ١ - یک | |||
| Arab | ١ | |||
| Urdu | ||||
| Ge'ez | ፩ | |||
| Bengali & Assam | ১ | |||
| Cina | 一,弌,壹 | |||
| Korea | 일, 하나 | |||
| Dewanagari | १ (ek) | |||
| Telugu | ೧ | |||
| Tamil | ௧ | |||
| Kannada | ೧ | |||
| Ibrani | א (alef) | |||
| Khmer | ១ | |||
| Thai | ๑ | |||
| Malayalam | ൧ | |||
1 (satu, Jawi: ساتو) ialah nombor, angka, dan nama glif mewakili nombor itu. Ia ialah nombor asli selepas 0 dan sebelum 2. Ia mewakili entiti tunggal. Satu kadangkala merujuk sebagai keunitan, unit atau satuan sebagai adjektif. Contohnya, satu tembereng garis "panjang unit" ialah tembereng garis panjang 1.
Peristilahan
Akar Austronesia untuk nombor ini adalah *esa yang diturunkan kemudiannya kepada perkataan esa ([ĕ.sa], Jawi: اسا; juga disebut basahan sebagai [é.sa] ايسا)[1][2] di mana perkataan ini lebih dikaitkan menerangkan sifat Tuhan yang satu tunggal dalam kepercayaan tertentu.[2]
Imbuhan awalan yang digunakan untuk bilangan nombor ini adalah eka- yang meminjam dari bahasa Sanskrit iaitu एकः ekā.[3]
Dalam bidang matematik
Nombor 1 ialah nombor asli pertama selepas 0. Setiap nombor asli, termasuk 1, dibina melalui penggantian, iaitu dengan menambah 1 kepada nombor asli sebelumnya. Nombor 1 ialah identiti pendaraban bagi nombor integer, nombor nyata, dan nombor kompleks, iaitu, sebarang nombor n yang didarabkan dengan 1 kekal tidak berubah (). Hasilnya, kuasa dua (), punca kuasa dua ( ), dan sebarang kuasa lain bagi 1 sentiasa sama dengan 1 itu sendiri.
Dalam bidang sains
Fizik
- Bersama 'c' atau kelajuan cahaya, dalam notasi Heaviside untuk meringkaskan perhitungan.
- Faktor dalam nisbah untuk penukaran sesama unit.
- Jumlah rasio kepadatan untuk sebuah alam semesta datar.
Kimia
- Nombor atom hidrogen.
- Grup 1 dalam jadual berkala unsur terdiri atas hidrogen dan logam alkali yang angka valensinya adalah +1.
- Kala 1 merupakan baris terpendek dalam jadual periodik, hanya terdiri dari hidrogen dan helium.
Biologi
- Sebuah haploid memiliki satu set kromosom dalam sel nukleusnya.
Astronomi
- Objek Messier M1, sebuah supernova dengan skala 7.0 dari rasi bintang Taurus, juga dikenal dengan nama Nebula Ketam.
- Ekspedisi luar angkasa berawak pertama menggunakan STS-1
Rujukan
| Cari satu dalam Wikikamus bahasa Melayu, kamus bebas. |
- ^ Blust, Robert; Trussel, Stephen (2010). "*esa - one". Austronesian Comparative Dictionary. Max Planck Institute for Evolutionary Anthropology. Dicapai pada 31 Disember 2022.
- ^ a b "esa". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)
- ^ "eka". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.CS1 maint: date and year (link)








