| Saur 1 | |
|---|---|
Saur 1 semasa satu pertunjukan | |
| Jenis | Pengangkut anggota berperisai beroda |
| Tempat asal | |
| Sejarah pengeluaran | |
| Pereka | ROMARM |
| Direka | 2006 |
| Pengeluar | Uzina Automecanica Moreni SA |
| Spesifikasi | |
| Armor | STANAG 4569 Tahap 4, STANAG Tahap 4569 3a, STANAG Tahap 4569 2b |
Senjata pertama | Mesingan suapan rantai 7.52mm (sistem modular - boleh dipasang dengan meriam automatik 30mm) |
| Enjin | diesel |
| Kuasa/berat | 16KW/t |
| Sistem ampaian | 8x8 |
| Kelajuan | >100 km/j |
Saur 1 (dahulunya Zimbru 2006) adalah sebuah pengangkut anggota berperisai beroda yang dibangunkan oleh ROMARM dari Romania pada tahun akhir 2006. Saur 1 pertama kali dipertontonkan kepada umum di Expomil 2007. Saur 1 dibangunkan bagi memenuhi keperluan Tentera Darat Romania, akan tetapi setakat akhir tahun 2007 tiada sebarang pesanan telah dibuat daripada Angkatan Tentera Romania.
Kelainan
Satu versi diperbaiki, Saur 2 telah didedahkan semasa pameran Pertahanan dan Aeroangkasa Laut Hitam (BSDA 2008) yang diadakan di Bucharest pada tahun 2008. Bahagian muncung Saur 2 telah direkabentuk semula dan dipasangkan dengan enjin baru dan tayar labih besar.








