Sayangku Cikgu Hania ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2025 arahan Hashim Rejab terbitan Jutamas Samudera Sdn Bhd. Ia dibintangi oleh Ali Reza dan Elvina Mohamad. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri, TV1 pada 20 April 2025 menggantikan Buang Segala Tentang Dia.
Sayangku Cikgu Hania | |
---|---|
Genre | Drama Cinta |
Berdasarkan daripada | Cikgu Kan Kugari Hatimu karya Sophilea |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Hashim Rejab |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Untuk Kita" - Satwo |
Lagu penutup | "Untuk Kita" - Satwo |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 26 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Jane Lim |
Penerbit | Nur Azyyati Azizan |
Tempoh siaran | 45 minit |
Syarikat penerbitan | Jutamas Samudera Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV1 (Slot Widuri) |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 20 April 2025 – Kini |
Kronologi | |
Mengikuti | Buang Segala Tentang Dia |
Sinopsis
Cikgu Hania yang putus tunang dengan Nazir telah bertemu dengan Inspektor Fahri Rakib dan jatuh cinta. Pelbagai rintangan yang Hania hadapi sepanjang pertunangannya bersama Fahri.
Nazri tidak hadir di majlis pernikahannya dengan Hania. Hania sedih Nazir langsung tidak menjawab panggilannya dan memalukan keluarga Hania. Pada hari itu, Nazir dan Yasmin, kawan baik Hania berkahwin di Thailand. Inspektor Fahri bertukar ke kampung halamannya setelah berkhidmat di Sabah selama 6 tahun. Hania ke rumah Yasmin dan mendapati Nazir turut berada di situ.
Pelakon
- Ali Reza sebagai Fahri Rakib
- Elvina Mohamad sebagai Hania Danira
- Dayang Areeda sebagai Yasmin
- Alif Hadi sebagai Nazir
- Natasha Rashdan sebagai Cikgu Ila
- Hanna Halim sebagai Cikgu Alisa
- Liang Chia sebagai Alvin Zahri
- Dayang Elle sebagai Kak Long
- Aishah Atan sebagai Mak Raha
- Ayuna Yusof sebagai Mama Nisah
- Faizul Syaharin sebagai Azman
- Eyda Rahman sebagai Cikgu Lily