Seindah Hujan Cinta ialah sebuah drama televisyen web Malaysia 2025 arahan Nizam Zakaria terbitan Country & Universal Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Yusuf Bahrin, Nelydia Senrose, Ezzanie Jasny dan Hariz Hamdan. Siri ini memulakan tayangan di Tonton pada 21 Julai 2025.
Seindah Hujan Cinta | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Seindah Hujan Cinta karya Qash Shazwani |
Ditulis oleh | Mufid Shuhaimi |
Pengarah | Nizam Zakaria |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | TBA |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Syawal Aiman |
Penerbit | Jalena Rejab |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Country & Universal Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | Tonton |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 21 Julai 2025 – kini |
Sinopsis
Mengisahkan kehidupan pasangan suami isteri, Wassim (Yusuf Bahrin) dan Zarita (Nelydia Senrose), yang telah lima tahun mendirikan rumah tangga tanpa kehadiran cahaya mata. Konflik mula tercetus apabila Zarita yang merupakan seorang pempengaruh yang sedang meniti kemuncak kerjaya, masih belum bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang ibu. Sementara itu, naluri seorang ayah yang ada pada Wassim semakin menghimpit dirinya, lebih-lebih lagi saat melihat rakan-rakan sebayanya hidup bahagia bersama keluarga dan anak-anak mereka.
Sebagai jalan tengah, Zarita yang tidak sanggup mengorbankan kerjayanya membuat keputusan luar jangka dengan merelakan suaminya berkahwin lagi. Lebih mengejutkan, Zarita sendiri mencadangkan adik angkatnya, Aneesa (Ezzanie Jasny), sebagai calon madu. Walaupun cadangan itu pada awalnya ditolak oleh kedua-duanya, keteguhan hati Zarita akhirnya membuat Aneesa tunduk, demi menjaga pertalian dan membalas budi yang pernah ditabur.
Namun, hidup bermadu bukan semudah yang disangka. Cemburu yang selama ini terpendam mula membakar jiwa apabila Zarita melihat sendiri kemesraan antara Aneesa dan Wassim. Ketakutan sekiranya Aneesa hamil dahulu membuatkan Zarita goyah, dia mula ingin merebut kembali kasih suaminya yang masih setia dengannya. Namun, segalanya berubah apabila satu kejutan tak terduga muncul, mampukah cinta yang telah terbelah itu disatukan semula, atau segalanya sudah terlambat?
Pelakon
- Yusuf Bahrin sebagai Wassim
- Nelydia Senrose sebagai Zarita
- Ezzanie Jasny sebagai Aneesa
- Hariz Hamdan sebagai Zamirul
- Dina Allysha sebagai Dhiya
- Haidar Hasanudin sebagai Putra
- Amanda Tan sebagai Tini
- Fadilah Mansor sebagai Puan Zarina
- Zulkifli Ismail sebagai Tuan Malim
- Sheila Mambo sebagai Salmah
- Normah Damanhuri sebagai Mak Yon
- Iqram Dinzly