Sekolah Kebangsaan Pangkal Meleret | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Nombor sekolah | 6099752871 |
Kod sekolah | DBA2178 |
Faks | 6099752871 |
Sekolah Kebangsaan Pangkal Meleret atau nama ringkasnya SK Pangkal Meleret, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Pangkal Melerert,.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Pangkal Meleret memiliki 280 pelajar lelaki dan 270 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 550 orang. Ia mempunyai seramai 41 orang guru.2009
Sejarah Sekolah
Sekolah Kebangsaan (SK) Pangkal Meleret merupakan salah sebuah sekolah yang menjadi tumpuan anak-anak penduduk di sini menuntut ilmu. Menyingkap sejarah penubuhan sekolah ini, ia mula diasaskan oleh seorang penduduk tempatan iaitu Che Seman Che Kassim kira-kira 98 tahun yang lalu iaitu pada tahun 1912. Sebagai permulaan, beliau mengadakan kelas dengan menggunakan satu ruang bilik di rumahnya untuk dijadikan sebagai ruang bagi kanak-kanak kampung belajar. Pada ketika itu, terdapat lebih kurang 30 orang pelajar dan tenaga pengajar hanya tiga orang sahaja. Tidak lama kemudian, kelas belajar dipindahkan ke sebuah bangunan kedai dan diberi nama Sekolah Rakyat Pangkal Meleret.
Demi menampung jumlah pelajar yang semakin bertambah pada ketika itu, kelas berpindah ke sebuah stor penyimpanan padi yang mempunyai ruang lebih luas. Melihat kepada pertambahan pelajar yang semakin meningkat, penduduk kampung bergotong-royong membina sebuah bangunan kayu yang lebih besar dan menamakannya Sekolah Rakyat Hutan Kubur. Pemilihan nama sekolah tersebut adalah berikutan lokasi sekolah terletak berhampiran dengan kawasan tanah perkuburan Kampung Pangkal Meleret. Sejajar dengan peredaran masa, perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh sekolah mula mendapat perhatian kerajaan, oleh itu sebuah bangunan separuh kekal telah dibina bagi menyediakan ruang pembelajaran yang lebih selesa untuk para pelajar.
Menjelang akhir tahun 1977, sebuah bangunan tiga tingkat yang mempunyai 12 buah kelas siap dibina dan mula dibuka secara rasminya pada 15 Mac 1978 oleh Ketua Pengarah Pelajaran pada ketika itu iaitu Dato’ Haji Murad Mohd Noor. Pada ketika itulah nama sekolah ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Pangkal Meleret dan kekal sehingga ke hari ini. Kini sekolah ini memiliki dua blok bangunan empat tingkat yang boleh menampung pertambahan bilangan pelajar pada bila-bila masa termasuk dilengkapi dengan pelbagai kemudahan lain seperti pejabat guru, bilik-bilik khas, tandas dan sebagainya. (KK8: 12 Januari 201
Keturunan Che seman Che kossim (nama sebenar) masih berada di kampong Pangkal Meleret antaranya Zainab bt Che Seman (tinggal di hadapan sk Pangkal Meleret) dan Hj Mohd Fauzi Yusoff yang mana isteri beliau adalah PK Hem Sk Pangkal Meleret ( Pn.Azizah Ahmad)sekarang 13 Sept 2012.
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Pangkal Meleret
- Kampong Pangkal Melerert,
- 18500, Machang
- Kelantan, Malaysia
- Telefon = 6099752871
- Fax = 6099752871