| Sekolah Kebangsaan Permai Indah | |
|---|---|
| Lokasi | |
Malaysia | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
| Nombor sekolah | 6045023357 |
| Kod sekolah | PBA0028 |
| Pengerusi PIBG | En. Mohammad Hafiz bin Abdul Rahim |
| Guru besar | En. Jabri bin Hasan |
| GPK Pentadbiran dan Akademik | Pn. Zarina binti Beeran |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En Yusoff bin Seman |
| Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Mazidah binti Mat Saad |
| Faks | 6045023358 |
Sekolah Kebangsaan Permai Indah atau nama ringkasnya SK Permai Indah, merupakan sebuah Sekolah Kebangsaan yang terletak di SK Permai Indah.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Permai Indah memiliki 485 orang pelajar lelaki dan 463 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 948 orang. Ia mempunyai seramai 54 orang guru.2009
==Sejarah == SK Permai Indah telah dimulakan pembinaannya pada bulan Jun tahun 2000 oleh Syarikat Nyaman Sdn Bhd dengan kos mencecah RM12.5 juta. Tapak sekolah ini pada asalnya adalah kawasan hutan bakau yang telah diratakan dan ditambun dengan tanah setinggi 3 meter. Keluasan kawasan sekolah ini 3.5 ekar. Ia terdiri daripada empat blok bangunan utama iaitu Blok A, B C dan blok pentadbiran. Ianya dilengkapi dengan tapak perhimpunan, bangunan kantin, surau, tempat letak basikal dan tempat menunggu bas.
Spesifikasi blok adalah seperti berikut : 30 bilik darjah 3 pra sekolah 1 perpustakaan 1 makmal komputer 1 bilik SAL 1 Bilik Matematik 1 makmal Sains 1 bilik muzik 1 bilik seni 1 bilik buku teks 1 bilik pemulihan khas Stor sukan Bilik kaunseling Bilik guru Bilik Guru Besar Bilik-bilik penolong kanan Gelanggang sepaktakraw
Sekolah ini siap dibina pada bulan Disember tahun 2001.
Pada 2 Januari 2002, sekolah ini menerima pelajar sebagai perintis seramai 362 orang (12 kelas dari T1-T4). Penempatan murid diambil dari sekolah-sekolah berdekatan iaitu SK Bukit Minyak, SK Juru dan SK Alma Jaya. Guru yang ditempatkan di sini pada tahun pembukaan adalah 19 orang dan 1 orang staf sokongan.
Pada awalnya, En. Osman bin Ahmad dilantik sebagai Penyelaras dengan dibantu oleh Pn. Hazariati bt Zakaria dan En. Mohd Husni bin Man. Kemudian, Pn. Noraini bt Hj Jaafar telah dilantik sebagai Guru Besar sehingga tahun 2007. Guru Penyelaras Pusat Sumber, Pn. Lim Swee Sim telah ditugaskan untuk membangunkan perpustakaan sekolah sehinggalah beralih jawatan kepada Guru Perpustakaan Media pada tahun 2010. Beliau memegang jawatan tersebut sehingga kini.
7 April 2002 - Penubuhan PIBG yang dirasmikan oleh YB Pn. Ng Siew Lai, ADUN Bukit Tengah.
YDP PIBG Pertama – En. Zainal Abidin b. Ismail
Naib YDP PIBG – En. Jubaidi b. Razal
Pertama kali menganjurkan pertandingan kejohanan hoki peringkat daerah Bukit Mertajam. Hanya 8 buah sekolah Sahaja yang mengambil bahagian.Lanjutan dari pengalaman ini, tertubuhnya pasukan hoki Perempuan 12 TKB di bawah bimbingan En. Mohd Husni b. Man.
26 Jun 2002 -menganjurkan kejohanan sukan tahunan kali pertama di stadium negeri Batu Kawan yang dirasmikan oleh pegawai daerah Bukit Mertajam.
31 Ogos 2002 – PIBG dan warga sekolah menganjurkan jamuan malam Merdeka. YB Dr. Hilmi b. Yahaya adalah penaung kepada majlis tersebut.
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Permai Indah
- SK Permai Indah
- 14000, Bukit Mertajam
- Pulau Pinang, Malaysia
- Telefon = 6045023357
- Faks = 6045023358








