Sekolah Kebangsaan Sentosa Jaya | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Sesi | PAGI |
Nombor sekolah | TIADA |
Kod sekolah | XBA2242 |
Pengetua | TUAN HAJI AWANG DAMIT BIN HAJI AYOB |
GPK Pentadbiran dan Akademik | PUAN ANNE SIBINI @ SYLVESTER |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | MOHD ZAIDI BIN HARUN |
Penolong Kanan Kokurikulum | PUAN JUMATIAH BINTI ABD SANI |
Faks | TIADA |
Sekolah Kebangsaan Sentosa Jaya atau nama ringkasnya SK Sentosa Jaya, merupakan sebuah Sekolah kebangsaan yang terletak di Kinabatangan Sabah.
Sekolah ini adalah sekolah luar bandar dan berkedudukan strategik kerana berhampiran dengan laluan utama Lahad Datu-Sandakan. Kawasan sekolah ini juga menarik disebabkan kawasan belakang sekolah merupakan tempat pendakian yang dinamakan sebagai Bulud Mato Sapa.
Pada 2009, Sekolah Kebangsaan Sentosa Jaya memiliki 82 pelajar lelaki dan 70 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 152 orang. Ia mempunyai seramai 15 orang guru.2009
Pada tahun ini tahun 2024, sekolah ini terdiri daripada 17 orang guru, 3 akp dan seramai 127 murid arus perdana dan 17 orang murid prasekolah.
Sejarah
Pencapaian
Pencapaian Sekolah
Sekolah Kebangsaan Sentosa Jaya telah mencapai pelbagai kejayaan dalam bidang akademik, kokurikulum, dan sukan. Antara pencapaian utama sekolah ialah:
- Kesenian dan Kebudayaan
- Johan Pertandingan Tarian Tradisional peringkat daerah, memperkukuhkan warisan budaya dalam kalangan murid.
- Sukan
- Sekolah ini telah melahirkan atlet berbakat dalam sukan bola tampar, dengan pasukan sekolah berjaya mewakili ke Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) dan mara sehingga ke peringkat negeri.
- Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik (STEM)
- SK Sentosa Jaya turut cemerlang dalam bidang STEM dan robotik, dengan penyertaan aktif dalam pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan seperti:
- My Robotic Challenge (MYRC)
- Techlympic
- National Robotics Challenge (NRC)
- SK Sentosa Jaya turut cemerlang dalam bidang STEM dan robotik, dengan penyertaan aktif dalam pertandingan peringkat negeri dan kebangsaan seperti:
Kejayaan ini membuktikan keupayaan sekolah dalam melahirkan murid yang berdaya saing dalam bidang teknologi dan inovasi.
Dengan pencapaian yang membanggakan ini, SK Sentosa Jaya terus berusaha untuk menjadi sebuah sekolah yang cemerlang dalam pelbagai bidang serta memberi impak positif kepada perkembangan pendidikan murid-muridnya.
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Sentosa Jaya
- Wdt 227
- 90200, Kinabatangan
- Sabah, Malaysia
- Telefon = TIADA
- Fax = TIADA