| Sekolah Kebangsaan Taman Jelutong | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Bandar Kulim, 09000, Kulim, Kedah Darul Aman | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah Rendah, Sekolah kerajaan |
| Moto | Menjana Insan Cemerlang |
| Autoriti pendidikan | PPD Daerah Kulim Bandar Baharu |
| Sesi | Pagi sahaja |
| Nombor sekolah | 04-4954444 |
| Kod sekolah | KBA5031 |
| Guru besar | Rohaida Binti Salleh |
| Tenaga pengajar | 41 |
| Laman sesawang | https://sites.google.com/view/sktamanjelutong09000kulimkedah/home |
Sekolah Kebangsaan Taman Jelutong' ialah sebuah sekolah rendah kebangsaan yang menawarkan pendidikan berkualiti untuk murid dari Prasekolah hingga Tahun 6. Pihak sekolah beriltizam untuk memberi tumpuan kepada pembangunan murid secara holistik melalui kurikulum kebangsaan, aktiviti kokurikulum, dan nilai murni yang kukuh. Dengan pengalaman lebih 20 tahun, guru-guru disini terkenal dengan sikap berdedikasi, persekitaran pembelajaran yang menyokong dan penglibatan komuniti yang aktif. Sekolah ini juga dilengkapi dengan kemudahan moden dan menggalakkan kemahiran pembelajaran abad ke-21 dalam pembelajaran.

Sejarah
Sekolah Kebangsaan Taman Jelutong dibina pada awal tahun 2002 atas tapak berkeluasan 5 ekar. Terletak kira-kira tiga kilometer daripada pekan Kulim. Dikelilingi kawasan perumahan dan terletak di atas bukit menjadikan sekolah ini memiliki panorama yang indah dan kondusif untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran.
Kos pembinaanya hampir RM 7 juta dan memiliki kemudahan bangunan dan bilik pembelajaran yang lengkap. Pembinaannya siap pada tahun 2003 dan mula beroperasi pada Januari 2004. Dinamakan dengan nama Sekolah Kebangsaan Taman Jelutong kerana sekolah ini berdekatan dengan sebuah taman perumahan yang awal terdapat di Kulim iaitu Taman Jelutong.
Guru Besar yang pertama ialah Tuan Haji Abdullah Md Isa dengan dibantu Penolong Kanan Pentadbiran Encik Ahmad Tamizi Abd Hamid, Puan Hindon binti Shaari,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan Encik Roslan bin Embi, Penolong Kanan Kokurikulum.
Pencapaian
Hingga ke hari ini, sekolah ini telah mencapai banyak kejayaan dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Sekolah ini pernah memenangi tempat pertama dalam Program Anugerah 3 K peringkat Negeri Kedah pada tahun 2017 dan tempat ke dua di peringkat Kebangsaan pada tahun yang sama.
Penglibatan ibu bapa dalam membantu kecemerlangan sekolah juga memainkan peranan penting kejayaan sekolah ini. Ini dibuktikan dengan Penganugerahan Anugerah Yang Di Pertua PIBG Terbaik peringkat Negeri Kedah (Sekolah Rendah) pada 2020.
Sekolah ini juga telah dipilih sebagai Sekolah Transformasi Kohot 5 pada tahun 2020. Kejayaan yang dicapai sekolah pada hari ini adalah bermula daripada sejarah kelestarian hala tuju kepimpinan, komitmen tinggi para guru, warga sekolah, penglibatan para waris serta komuniti setempat dalam usaha secara kolektif melahirkan insan yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Alamat
Sekolah Kebangsaan Taman Jelutong, Jalan Bersatu 1, Kampung Ayer Merah, 09000 Kulim, Kedah








