Sekolah Kebangsaan Tebing Rebak | |
---|---|
Lokasi | |
![]() Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Ditubuhkan | 1950-an |
Nombor sekolah | TIADA |
Kod sekolah | ABAB013 |
Guru besar | Pn Zaiton bt Hashim |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En Danial bin Mohd Khair |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Pn Suzana bt Aziz |
Penolong Kanan Kokurikulum | En Muhamad Fauzi bin Hasim |
Faks | TIADA |
Sekolah Kebangsaan Tebing Rebak atau nama ringkasnya SK Tebing Rebak, merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Kampong Tebing Rebak.kampung ini mempunyai kemudahan jalan raya berturap, masjid dan klinik desa.
Pada 2022, Sekolah Kebangsaan Tebing Rebak memiliki 7 orang murid. 2 pelajar lelaki dan 5 orang pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 7 orang.
Bagi sesi persekolahan 2023/2024, hanya 4 orang pelajar baru yang akan didaftarkan menjadikan keseluruhan murid 2023/2024 adalah seramai 9 orang. Sekolah ini mempunyai 4 orang guru, seorang kakitangan sokongan yang dipinjamkan secara bergilir dan Guru besar (Pn. Zaiton bt Hashim)
Sekolah ini tiada kemudahan pengusaha kantin, namun bekalan RMT untuk makanan dan sarapan murid diperoleh daripada sekolah jiran(SK SUNGAI DULANG DALAM). Manakala bagi guru pula,mereka harus membeli makanan di gerai pada waktu pagi sebelum masuk ke sekolah untuk bekalan makanan sehingga waktu pulang.
Sejarah
Sekolah Kebangsaan Tebing Rebak telah dibina pada tahun 1950-an. Sekolah ini pernah mempunyai lebih 200 orang pelajar sebelum bilangan tersebut berkurangan dengan penubuhan sebuah sekolah di kawasan seberang. Pengurangan pelajar juga diakibatkan oleh bilangan penduduk Kampung Rebing Rebak yang menurun disebabkan oleh perpindahan lepasan sekolah yang berpindah keluar ke bandar mencari kerja.[1]
Acara sekolah tetap diadakan seperti biasa seperti acara sukan tahunan sungguhpun dengan bilangan pelajar yang hanya dua orang. Acara tersebut diadakan dengan disertai oleh penduduk kampung.[2]
Selain itu, SK Tebing Rebah juga dilengkapi dengan kemudahan komputer dengan capaian internet, projek makanan tambahan dan bantuan-bantuan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.[2]
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Tebing Rebak
- Kampong Tebing Rebak
- 36000, Teluk Intan
- Negeri Perak, Malaysia
- Telefon = TIADA
- Faks = TIADA
Rujukan
- ^ BERNAMA (3 Januari 2017). "Hanya Seorang Murid Tahun Satu Di SK Tebing Rebak". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 November 2017. Dicapai pada 13 November 2017. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ a b "Hanya Mempunyai 2 Orang Pelajar, SK Tebing Rebak Sekolah Paling Sunyi Di Malaysia". Sinar FM. 11 September 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-13. Dicapai pada 13 November 2017. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)