SK Tebing Tinggi | |
---|---|
Lokasi | |
Jalan Utama, Kampung Tebing Tinggi, 85100, Jementah, Johor Darul Takzim ![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Kebangsaan, Sekolah Kerajaan |
Moto | Berilmu, Berbudi |
Autoriti pendidikan | Segamat |
Sesi | 1 |
Kod sekolah | JBA 7019 |
Guru besar | Roainis binti Mohamed Ali |
Tenaga pengajar | 13 orang |
Jumlah penuntut | 43 orang |
Kelas | 6 |
Warna | Merah dan biru |
Slogan | SETEGI We Can Do It |
GPK Pentadbiran dan Akademik | Umairah binti Noh |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | Norzalina binti Mohd Kila |
Penolong Kanan Kokurikulum | Abdul Aris bin Jupry |
Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi (SKTT atau SETEGI) merupakan sebuah sekolah kebangsaan yang terletak di Kampung Tebing Tinggi, Jementah. SKTT diklasifikasikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM B) dan terlibat dengan Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) Kohort 7 sejak tahun 2022.
Pada tahun 2025, Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi memiliki 18 orang murid lelaki dan 18 orang murid perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid arus perdana adalah seramai 36 orang. Selain itu, terdapat juga 7 orang murid prasekolah. Jumlah guru pula adalah seramai 13 orang dengan sinergi yang teguh daripada 2 orang Anggota Kumpulan Pelaksana (AKP). 2025
Prasarana
Meskipun SK Tebing Tinggi merupakan sebuah SKM, SKTT dilengkapi dengan prasarana
yang sesuai untuk pembelajaran kondusif murid.
- 6 buah kelas arus perdana (setiap kelas kurang daripada 10 orang murid)
- sebuah kelas prasekolah
- sebuah perpustakaan, kantin, dewan, makmal komputer, makmal sains, makmal RBT, bilik BBM, bilik muzik, bilik operasi skim pinjaman buku teks (BOSS), bilik mesyuarat, bilik peralatan sukan dan bilik isolasi.
Pencapaian
Antara pencapaian yang diperoleh oleh SK Tebing Tinggi, Segamat adalah seperti yang berikut:
- Pencapaian 100% menguasai literasi bahasa Melayu, bahasa inggeris dan numerasi dalam saringan 2 tahun 2018 (tahun 2 dan 3).
- Anugerah peratusan kehadiran terbaik sekolah rendah anjuran Pejabat Pendidikan Daerah Segamat tahun 2018.
Lagu Sekolah
Lagu Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi
Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi
Sekolah yang kucintai
Di sini kita bermula membaca
Menulis dan mengira
Menggapai aspirasi negaraBerilmu dan berbudi
Pada agama, bangsa dan negara
Akan aku berbakti
Datang dengan harapanKejayaan kuharapkan
Marilah buktikan kami anak watan
Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi
Cemerlang, Gemilang, Terbilang
Laman Rasmi Sekolah
Alamat
- Sekolah Kebangsaan Tebing Tinggi
- Jalan Utama,
- Kampung Tebing Tinggi,
- 85100 Jementah,
- Johor, Malaysia
- Telefon = TIADA
- Fax = TIADA