SMK Derma | |
---|---|
![]() | |
Alamat | |
Jalan Penjara Kangar, 01000, Perlis ![]() | |
Maklumat | |
Nama lama | Derma English School |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah Kluster Kecemerlangan |
Moto | Berusaha Tetap Berjaya |
Nombor sekolah | +6049761202 |
Kod sekolah | REE0059 [1] |
Pengetua | Puan Haliah binti Othman |
Slogan | Derma Must Be Number 1 |
Lagu | Maju Derma |
Alumni | Elder.SMKDerma [2] |
Faks | +6049771277 |
![]() |
Sekolah Menengah Kebangsaan Derma atau nama ringkasnya SMK Derma merupakan sebuah sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Penjara, Kangar Perlis.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Derma memiliki 321 pelajar lelaki dan 545 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 866 orang. Ia mempunyai seramai 69 orang guru.2009
Sejarah
SMK Derma merupakan Sekolah Inggeris yang pertama di Perlis. Sekolah ini yang dahulunya dikenali dengan nama Sekolah Inggeris Derma atau Derma English School telah ditubuhkan pada tahun 1946 dan dirasmikan pembukaannya oleh DYMM Tuanku Raja Perlis pada bulan Januari 1949.
Sekolah ini ditubuhkan atas idea daripada DYMM Al-Marhum Tuanku Syed Putra ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail, Raja Perlis pada ketika itu dan inisiatif bekas Menteri Besar Perlis, iaitu Tan Sri Dato' Sheikh Ahmad bin Mohd Hashim hasil sumbangan derma daripada orang ramai melalui “Tabung Derma Pelajaran”.
Pada peringkat awal sekolah ini hanyalah sebuah bangunan kayu beratap rumbia mengandungi 4 bilik darjah dan 2 buah rumah guru. Jumlah muridnya 180 orang iaitu 129 lelaki dan 51 perempuan. Pengetua pertama adalah Encik P. M. Ibrahim.
Pada tahun 1952, Jawatankuasa sekolah memutuskan supaya pentadbiran sekolah diserahkan kepada kerajaan kerana masalah kewangan. Penyerahan dipersetujui dengan syarat nama “DERMA” dikekalkan. Mulai tahun 1953 sekolah ini telah diambil alih oleh kerajaan dan mengalami perubahan yang pesat.

Profil Sekolah
Lagu Sekolah : MAJU DERMA
Inilah barisan maju Derma Cergas berfikiran sihat Aneka bangsa dicorak sama Penuntut berpadu erat Berusaha tetapkan berjaya Kami kota kata-kata Derma maju kami bangga Maju Derma maju Derma Tujuan Derma hanyalah satu Bersama penuntut guru Wujudkan generasi berpadu Teraskan ilmu selalu Tatatertib patuhi sentiasa Langkah kami bersemangat Mengharumkan Derma merata-rata Derma jaya penuh rahmat.
VISI
Pendidikan Berkualiti, Insan Terdidik, Negara Sejahtera
MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkualiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi Memenuhi Aspirasi Negara
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Derma
- Jalan Penjara, 01000 Kangar, Perlis,
Malaysia.
- Telefon: +6049761202 Faks: +6049771277
- E-Mail: ree0059@moe.edu.my