| Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa 南华国民型华文中学 | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Jalan Lin Chen Mei, 32000, Sitiawan, Perak Darul Ridzwan | |
| Maklumat | |
| Jenis sekolah | Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan, Sekolah Kerajaan |
| Moto | Tekun Belajar, Gigih Bertindak, Sedar Keaiban |
| Nombor sekolah | 05-6911077 |
| Kod sekolah | AEB1031 |
| Pengerusi PIBG | En. Beh Chei Tiong |
| Pengetua | En. Ngu Sea Tion |
| Jumlah penuntut | 1,685 |
| GPK Pentadbiran dan Akademik | En. Koh Teik Chui |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Chang Lay Ong |
| Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Chew Hui Ting |
| Penolong Kanan Pentadbiran Sidang Petang | Pn. Ma Ai Hiong |
| Laman sesawang | https://www.facebook.com/share/1GDV6vTi7t/ |
| SMJK Nan Hwa | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
SMJK Nan Hwa dalam Tulisan Cina Ringkas (atas) dan Tulisan Cina Tradisional (bawah) | |||||||
| Tulisan Cina Tradisional | 南華國民型華文中學 | ||||||
| Tulisan Cina Ringkas | 南华国民型华文中学 | ||||||
| |||||||
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa (Bahasa Cina: 南华国民型华文中学 ) atau nama ringkasnya SMJK Nan Hwa, merupakan sebuah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina yang terletak di Jalan Lin Chen Mei.
Pada 2025, Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa memiliki jumlah keseluruhan murid seramai 1,685 orang. Ia mempunyai seramai 136 orang guru.2023
Sejarah Sekolah
Zaman Pengasasan Awal Sekolah (1935-1940)
Pada 24 Januari 1935, atas cadangan pegawai pendidikan koloni Inggeris Wu Wan Shi, lembaga pengarah setiap sekolah rendah dan pemimpin pelbagai persatuan di Dinding, mengadakan measyuarat bersama. Mereka memutuskan untuk menggabung bahagian sekolah menengah dari empat sekalah iaitu sekolah Chinese National, Uk Dih di Kampung Koh Chung Cheng di Sinpang Ampat dan Min Te di Ayer Tawar dan menamakannya sebagai "Sekolah Menengah Nan Hwa".
Sekolah Menengah Nan Hwa secara rasmi didirikan danmula beroperasi pada 12 Januari 1936. Encik Wang Shu Jin JP.,KMN dilantik sebagai pengerusi lembaga pengarah pertama, yang juga menjabat sebagai pengerusi jawatankuasa pembinaan sekolah. Pengetua pertama adalah Enick Lin Ju Ren, seorang sarjana muda di Fukien Christian Universtiy. Pada masa itu, bangunan sekolah adalah dua disewa daripada Pendeta Li Ke Zhen di Kampung Koh, dengan jumlah pelajar kira-kira 100 orang. Dengan peninngkatan bilangan pelajar, sekolah mula merancang untuk membeli tanah dan membina bangunan sendiri. Akhirnya, dengan usaha pihak lembaga pengarah sekolah, sebuah tanah seluas enam ekar di antara (kawasan sekolah sekarang) Kampung Koh dan Sinpang Ampat dibeli deangan harga $30,000, dan kempen pengumpulan dana pembinaan sekolah dimulakan.
Pada tahun 1937, Encik Dai Bao Zhen mengambil ahlih sebagai pengerusi lembaga pengarah dan memulakan pembangunan padang permainan serta pembinaan bangunan sekolah. Pada masa yang sama, sumbangan untuj pembinaan Dewan Pehimpunan Hwa Par diperoleh daripada Hu Wen Hu dan Wen Bao Kun. Pada tahun berikutnya, 1938, Pendeta Li Ke Zhen menjadi pengerusi lembaga pengarah. Dalam masa empat tahun, dua bangunan yang mengandungi 10 bilik darjah dan Dewan Pehimpunan Hwa Par telah siap dibina. Pada masa itu, sekolah hanya menawar bahagian menengah rendah dan latihan guru ringkas. Jumlah pelajar meningkat hingga lebih dari 300 orang.
Dari tahun 1939 hingga 1940, Encik Chen Liang Zhi mengambil alih sebagai pengerusi lembaga pengarah, dan setelah Encik Lin Ju Ren menjabat sebagai pengetuan selama tiga tahun, beliau digantikan oleh Encik Huang Ze Wu, juga sarjana muda Fukien Christian University. Dua tahun kemudian, Encik Huang Ze Wu berhenti kerana kontraknya tamat.

Perang Dunia Kedua (1941-1946)
Pada tahun 1941, Encik Fang Zhao Rong menjadi pengerusi lembaga pengarah, dan pengetua ketiga adalah Encik Zheng Chun Rong. Pada tahun yang sama, Perang Dunia Kedua meletus, dan penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula. Selama perang, sekolah mengalami kerugian besar. Pada masa yang sama, pengerusi lembaga pengarah keempat, Encik Chen Liang Zhi dan Fang Zhao Rong, bersama dengan pengarah eksekutif Wang Chuan Can, Ding Dao Jing, Pan Gao Wu, dan alumninya turut menjadi korban pembunuhan.
Perkembangan Selepas Perang (1946-1961)
Selepas perang, Sekolah Menengah Nan Hwa yang telah ditutup selama lebih dari tiga tahun. Pada 3 Januari 1946, atas keputusan Encik Wang Shu JIn JP.,KMN dan tokoh-tokoh masyarakat yang berminat dalam pendidikan, memutuskan untuk membuka semula sekolah. Pengetua pertama semula adalah lulusan Universiti Jinan, Encik Jin Neng Xiang. Sekolah secara rasmi dibuka semula pada 28 Januari 1946. Dengan perkembangan dari tahun ke tahun, Sekolah Menengah Nan Hwa beransur-ansur menambah bilangan pelajar dan menawarkan pelbagai perkhidmatan pendidikan. Pada tahun 1951, sekolah memulakan pengajaran tingkatan tinggi, tetapi pada tahun 1953, pelajaran tingkatan tinggi dihentikan kerana disebabkan tindakan anti-komunis kerajaan kolanial yang memerlukan pengambilan wajib pemuda untuk perkhidmatan tentera.
Pada tahun 1958, Encik Yang Wu Ming menjadi pengerusi lembaga pengarah, dan pengetuan keempat ialah Encik Chen Yi Zheng, seorang sarjana muda di Universiti Nankai Tianjin dan Universiti Waseda Jepun. Disebabkan pertambahan bilangan pelajar, padang sukan dan dewan asal tidak lagi mencukupi untuk digunakan. Oleh itu, enam ekar lagi tanah di belakang asrama guru yang dibeli sebelum ini mengembangkan sebagai padang sukan, dan Sukan Bersama Sekolah Cina Dinding yang pertama diadakan pada 29 September. Pada tahun yang sama, rancangan juga dibuat untuk membina Dewan Besar dan Makmal Sains. Dr. Ling Xing Hang menderma $10,000 untuk menggalakkan semua orang. Para pengarah dan ahli jawatankuasa pengumpulan dana yang lain turut mengambil bahagian secara aktif. Guru-guru dan pelajar turut melancarkan kempen menderma, panda masa yang sama, masyarakat tempatan dan orang yang mengambil berat tentang sekolah, serta alumni dari Singapura, Malaysia dan tempat-tempat lain turut menyumbangkan wang kepada sekolah tersebut. Pada 24 November, pada hari perayaan ulang tahun sekolah, upacara pecah tanah untuk pembinaan diadakan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1959, perpecahan dalam masyarakat Cina tempatan semasa Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 menyebabkan pembinaan terhenti.
Pengetua Chen Yi Zheng meletakkan jawatan pada tahun 1961, Encik Jin Neng Xiang yang per an menjadi pengetua. Pada tahun yang sama, Encik Jin Neng Xiang telah memulakan semula usaha pembinaan Dewan Besar dan Makmal Sains. Pada tahun 1962, Dewan Besar dan Makmal Sains yang menelan belanja sebanyak $220,000 akhirnya siap.
Penyesuaian Semula Sistem Pendidikan – Titik Peralihan (1961-1962)
Pada tahun 1961, dengan pengumuman undang-undang pendidikan, Kementerian Pendidikan mencadangkan untuk menyertakan sekolah menengah Cina ke dalam sistem pendidikan nasional dan memberikan elaun penuh. Pada mesyuarat penaung sekolah di awal tahun tersebut, jawatankuasa pengarah sekolah bersetuju dengan cadangan Kementerian Pendidikan untuk menukar sekolah menjadi sekolah menengah jenis kebangsaan yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Sekolah Tinggi Nan Hwa kemudiannya terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Sekolah Tinggi Nan Hwa dan Sekolah menengah jenis kebangsaan Nan Hwa pada tahun 1962.
Pada bulan Januari 1962, ketika kedua-dua sekolah mula beroperasi di kampus yang sama, jumlah pelajar di Sekolah menengah jenis kebangsaan Nan Hwa hanya berjumlah 521 orang. Pengetua pada masa itu adalah Encik Jin Neng Xiang, yang pernah menjadi pengetua semasa zaman sebelum perang. Pengerusi Lembaga Pengarah pula ialah Dato' Dr. Lin Xin Han.
Sejarah Pancaragam Nan Hwa dan Pencapaian (Nan Hwa Military Band)
Nan Hwa Military Band telah ditubuhkan pada tahun 1977 dengan keanggotaan seramai 54 orang ahli pengasas.
Pada tahun 1978, kumpulan ini menyertai pertandingan pancaragam yang pertama di Stadium Perak dan meraih tempat ketiga keseluruhan. Pada tahun 1981, kumpulan ini muncul sebagai juara dalam Pertandingan Pancaragam Sekolah-sekolah Menengah Perak yang diadakan di Ipoh.
Dalam Pertandingan Pancaragam Sekolah-sekolah Menengah Malaysia yang dianjurkan oleh Kementerian Pendidikan, kumpulan ini telah menjadi naib johan sebanyak empat kali iaitu pada tahun 1997 (Johor Bahru), 1999 (Kuala Lumpur), 2004 (Alor Setar) dan 2005 (George Town). Pada tahun 1995 (Kuala Lumpur), kumpulan ini memperoleh tempat ketiga, serta menerima anugerah Best Drum Major di peringkat kebangsaan pada tahun 1997 dan 2005.
Pada tahun 2005, kumpulan ini dinobatkan sebagai pancaragam terbaik dalam Perarakan Hari Kebangsaan di Putrajaya. Pada tahun 2006, kumpulan ini menyertai Perarakan Hari Kebangsaan di Kuching dan memenangi tempat kedua dalam kategori pancaragam.
Di peringkat antarabangsa, kumpulan ini pernah menghadiri Festival Musim Bunga Murcia di Sepanyol (2005), Chiayi Y2K Millennium Countdown di Taiwan, serta menyertai Pertandingan Pancaragam Antarabangsa Thailand sebanyak tiga kali, iaitu di Bangkok (2010), Ubon Ratchathani (2010) dan Pattaya (2013).
Sejak tahun 2015, kumpulan ini mula menyertai pertandingan pancaragam perarakan jalanan (Street Parade). Pada tahun 2016, kumpulan ini menjuarai National Band Championships di Kuala Lumpur. Selain itu, kumpulan ini meraih tempat pertama dalam WAMSBE Kuala Lumpur International Youth Marching Band Championship, tempat pertama dalam 1st Asian Junior Marching Band Championship di Shah Alam, serta tempat pertama dalam 2nd Asian Junior Marching Band Championship di Petaling Jaya.
Kumpulan ini turut muncul sebagai juara keseluruhan dalam Natcom Band Competition di Alor Setar selama tiga tahun berturut-turut, iaitu pada tahun 2022, 2023 dan 2024.
Sejarah orkestra Cina Nan Hwa dan Pencapaian (Nan Hwa Chinese Orchestra)
Nan Hwa Chinese Orchestra (NHCO) ditubuhkan pada tahun 1995. Pada tahun 1999, Encik Lim Soon Huat dilantik sebagai konduktor dan jurulatih NHCO.
NHCO berjaya mengadakan konsert kali pertama peringkat sekolah pada tahun 2002,dan dikategorikan sebagai Aktiviti Tahunan NHCO. NHCO berjaya mendapat Anugerah Emas dalam Pertandingan Orkestra Cina peringkat kebangsaan pada tahun 2009. Mulai tahun ini, NHCO berkembang dengan maju sehingga bilangan ahli mencecah 200 orang murid, dan mula secara aktifnya melibatkan diri dalam menyertai pertandingan peringkat kebangsaan dan peringkat antarabangsa.
Kemuncak pencapaian NHCO bermula pada tahun 2012, iaitu NHCO dianugerahkan Penghormatan Emas dan pingat Emas dalam pertandingan peringkat antarabangsa dan kebangsaan, dan juga buat kali pertamanya unit perkusi mendapat pingat Emas dalam pertandingan peringkat kebangsaan dan justeru mencapai target 3 Emas. Mulai pada tahun ini, NHCO berkembang lagi dalam unit-unit kecil seperti unit perkusi, unit erhu, unit yangqin dan unit zhongruan. Setiap unit juga mendapat anugerah perak dan ke atas untuk pertandingan yang disertainya.
NHCO juga pernah mewakili Malaysia untuk ke Shang Hai, China untuk Persembahan Chang San Jiao. Selain menyertai pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa, NHCO telah mula mengadakan pertandingan peringkat sekolah pada tahun 2020.Pada tahun-tahun kebelakangan ini, NHCO mula menyertai Pertandingan Antara Benua supaya membolehkan ahli-ahlinya mengumpul pengalaman untuk mencipta kecemerlangan sekali lagi.
Alamat
- Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa
- Jalan Lin Chen Mei
- 32000, Sitiawan
- Negeri Perak, Malaysia
- Telefon = 05-6911077
- Faks = 05-6929003
Pautan luar
- Facebook Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa
- YouTube Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Nan Hwa
- Facebook Pancaragan Nan Hwa (Nan Hwa Band)
- YouTube Pancaragan Nan Hwa (Nan Hwa Band)
Rujukan Sumber
- Majalah Sekolah Menengan Jenis Kebangsaan Nan Haw ke-74 (Tahun 2022)









