SMK (P) Raja Zarina | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Persiaran Raja Muda Musa, PELABUHAN KLANG, Selangor![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Menengah Kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | BELAJAR DAN BERPELAJARAN |
Ditubuhkan | 10 Januari 1966 |
Autoriti pendidikan | KLANG |
Nombor sekolah | 03-31688031 |
Kod sekolah | BEB0109[1] |
Pengerusi PIBG | PN ERMA DIRWANI BINTI MAHMUD |
Pengetua | PN ROHANA BINTI ABDUL RAHMAN |
GPK Pentadbiran dan Akademik | PN NORLIZA BINTI MOHAMED |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | PN SITI ARBAIAH BINTI PALIL |
Penolong Kanan Kokurikulum | PN HJH NORASMA BINTI ATAN |
Penolong Kanan Pentadbiran Sidang Petang | PN HJH NAZIMAH BINTI MOHD NOOR |
Laman sesawang | https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/smkprajazarina/laman-utama |
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina atau nama ringkasnya SMK (P) Raja Zarina, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Persiaran Raja Muda Musa.
Pada 2024, Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina memiliki 0 pelajar lelaki dan 1528 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1553 orang. Ia mempunyai seramai 99 orang guru dan 11 orang AKP2024
Sejarah
Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah ditubuhkan pada 10 Januari 1966 di kawasan seluas 9 ekar. Tapak sekolah ini merupakan kawasan lapangan terbang lama pada masa penjajahan British dan pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Sempena dengan itu, nama asal sekolah ini ialah Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang Lama, Port Swettenham, Selangor. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina telah dibuka dengan rasminya oleh Raja Puan Muda D.Y.T.M Raja Zarina Binti Tan Sri Raja Zainal pada 14 Mac 1974. Mulai tarikh tersebut sekolah ini dikenali dengan nama Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Raja Zarina. Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini merupakan gabungan tiga buah sekolah di sekitar Pelabuhan Klang iaitu Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (Inggeris) Jalan Lapangan Terbang (kini SMK (P) Raja Zarina), Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan (L) Pelabuhan Klang (kini SMK Dato Hamzah) dan Sekolah Menengah Pelabuhan Klang (kini SMK Tengku Ampuan Jemaah).
Pencapaian
Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah 2015 - Tempat Ke-2
Pertandingan Bicara Berirama Peringkat Daerah 2015 - Tempat Ke-2
Pertandingan Forum Peringkat Daerah 2015 - Johan
Pertandingan Choral Speaking Peringkat Daerah 2016 - Tempat Ke-1
Pertandingan Choral Speaking Peringkat Negeri 2016-Tempat Ke-3
Pertandingan Memasak-Maggi Peringkat Negeri 2016-Tempat Ke-3
Pertandingan Show Band Peringkat Kebangsaan-Pingat Gangsa
Pertandingan Show Band Asia Junior Marching Band Championship Peringkat Antarabangsa-Pingat Perak
Pertandingan Street Parade Asia Junior Marching Band Championship-Pingat Perak
Pertandingan Perbarisan Ambang Kemerdekaan Peringkat Negeri-Johan
Alamat
- SMK (P) Raja Zarina,
- Persiaran Raja Muda Musa,
- 42000 Pelabuhan Klang,
- Selangor Darul Ehsan.
- Telefon = 03-31688031
- E-mel = BEB0109@moe.edu.my