3°11′06″U 101°36′15″T / 3.185075°U 101.604199°T
Kedudukan
SMK Bandar Sri Damansara 1 terletak di susur Persiaran Perdana dalam kawasan perbandaran Bandar Sri Damansara di kawasan poskod Kuala Lumpur. Walaupun sekolah ini berada di dalam kawasan poskod Kuala Lumpur, ia masih berada di dalam zon negeri Selangor. SMK Bandar Sri Damansara 1 terletak bersebelahan dengan Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Desa Jaya 2. Sekolah ini terletak berhampiran dengan Apartmen Sri Damansara Tiara (Sri Damansara Tiara Apartment), kawasan perumahan Damar (SD 15), Margosa (SD 10), Tanjung dan Meranti (SD 13), dan Kenanga (SD 9), Taman Central Spine Bandar Sri Damansara, kondominium Paradesa Tropika dan kondominium Paradesa Rustica.[1] Kedudukan koordinat geografi bagi SMK Bandar Sri Damansara 1 pula terletak di 3°11′06″U 101°36′15″T / 3.185075°U 101.604199°T.[2]
SMK Bandar Sri Damansara 1 dapat dicapai dengan menggunakan bas percuma yang disediakan oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), PJ City Bus (dijenamakan semula, nama asalnya ialah bas Smart Selangor), laluan PJ06 dari Terminal Bas Bandar Utama ke Damansara Damai; dengan melewati sekolah ini. Hentian bas SJKC Desa Jaya (kod hentian – PJ23) merupakan hentian bas paling hampir dengan sekolah ini.[3]
LSejarah
Rujukan
- ^ "Peta Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Sri Damansara 1". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2023.
- ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menegah Jun 2021". Kementerian Pendidikan Malaysia. 30 November 2021. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 24 September 2022. Dicapai pada 30 Disember 2023.
- ^ "MyRapid - Bus Kiosk | PJ06" [MyRapid - Hentian Bas | PJ06]. Rapid KL (dalam bahasa Inggeris). 18 Januari 2024. Dicapai pada 18 Januari 2024.








