Sekolah Menengah Kebangsaan Dharma | |
---|---|
Lokasi | |
KM.10 Jalan Puchong, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan |
Moto | KEBENARAN ASAS KEJAYAAN |
Autoriti pendidikan | PPD Bangsar Pudu |
Sesi | Pagi Sahaja |
Nombor sekolah | 0377829908 |
Kod sekolah | WEB0243 |
Pengerusi PIBG | GUNASEGARAN A/L SUPPAN |
Pengetua | NIK NORIE SRI-EDAYU BINTI NIK MOHD NORDIN |
Tenaga pengajar | 16 |
Jumlah penuntut | 162 |
Kelas | 6 |
GPK Pentadbiran dan Akademik | NORINA BINTI MAHMUD |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | ROSMIZAWATI BINTI OTHMAN |
Penolong Kanan Kokurikulum | SITI AMRAH BINTI MOHD IDRIS |
Sekolah Menengah Kebangsaan Dharma merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Km 10, Jalan Puchong,58200 Kuala Lumpur.
Pada 2025 Sekolah Menengah Kebangsaan Dharma memiliki 71 pelajar lelaki dan 91 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 162 orang. Ia mempunyai seramai 16 orang guru.
Sejarah
Perkataan DHARMA telah dipilih kerana biasa digunakan oleh orang-orang Melayu, Cina dan India yang telah dijadikan sebahagian daripada perbendaharaan kata dalam kebudayaan mereka. Tujuan mendirikan sekolah ini untuk menyatupadukan fahaman segala bangsa dan kebudayaan. Dengan ini nama Dharma amatlah sesuai bagi tujuan tersebut. Sekolah Menengah Kebangsaan Dharma diasaskan oleh Mendiang Swami Satyananda JP. Ph.D yang merupakan pengasas Pure Life Society - sebuah pertubuhan sukarela kerja-kerja amal. Sekolah ini didaftarkan dengan nama "Samajam English School" di Pejabat Pendidikan pada tahun 1952.
Pada masa itu, sekolah ini hanya mempunyai sebuah kelas bagi menampung 25 orang murid anak yatim. Dalam tempoh dua bulan pendaftaran,bilangan murid telah meningkat sebanyak 100 orang. Apabila jumlah murid telah meningkat sebanyak 300 orang, pihak Pure Life Society telah membina sebuah bangunan yang sempurna pada tahun 1956 yang dirasmikan oleh Pesuruhjaya British Sir Donald Gilivary. Sister A. Manggalam telah dilantik sebagai Guru Besar yang pertama pada tahun 1962. Sejak ditubuhkan pada tahun 1952, pentadbir telah berusaha mengatasi segala masalah yang dihadapi dan bertungkus lumus untuk membangunkan sekolah
Pencapaian
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Dharma
- Km 10, Jln Puchong, Kuala Lumpur
- Telefon : 0377829908
- email : web0243@moe.edu.my