| Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1 蒲种市中心国中一校 | |
|---|---|
| Lokasi | |
| Jalan Wawasan 2/23, 47100, PETALING PERDANA, Selangor MALAYSIA | |
| Maklumat | |
| Nama lain | SMKPBP1 |
| Nama lama | SMK PUSAT BANDAR PUCHONG (1) |
| Jenis sekolah | National High School |
| Moto | BERWAWASAN, BERKETRAMPILAN, CEMERLANG. |
| Sesi | SESI PAGI & PETANG |
| Nombor sekolah | 03-5891 7014 |
| Kod sekolah | BEA8649 |
| Pengerusi PIBG | KUAN CHEE HENG |
| Pengetua | NOOR HASNI BINTI ABDULLAH |
| Jantina | Pelajar dan guru terdiri daripada jantina lelaki dan perempuan |
| Jumlah penuntut | 2750 |
| Bahasa pengantar | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina, Bahasa Tamil |
| Bahasa | MELAYU,CINA,INGGERIS,TAMIL |
| Slogan | BERWAWASAN, BERKETRAMPILAN, CEMERLANG. |
| Lagu | DI ATAS BUKIT INDAH DAN PERMAI TERSERGAM INDAH SEKOLAH KAMI SMK PUSAT BANDAR PUCHONG 1 SEKOLAH KAMI YANG KUSANJUNGI
SEKOLAH KAMI YANG BERWAWASAN MENJADI TUNGAK KECEMELANGAN TEMPAT MENUNTUKT ILMU BERKUALITI SAHSIAH. MULIA TERUS UTAMA. KAMI BERJIADI SEHATI SEJIWA MENGHARUMKAN NAMA SEKOLAH KAMI SMKPUSAT BANDAR PUCHONG 1BERWAWASAN , BERKETRAMPILAN , CEMELANG |
| GPK Pentadbiran dan Akademik | ALISON NG HOOI SUAN |
| Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | ROSILAWATI BINTI IBRAHIM |
| Penolong Kanan Kokurikulum | HO SIEW HOON |
| Penolong Kanan Pentadbiran Sidang Petang | ROSMALINDA |
| Laman sesawang | Portal Pusat Sumber :
https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/portalpusatsumbersekolah/ Portal SMKPBP1 : https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/smk-pusat-bandar-puchong-1/ |
Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1 atau nama ringkasnya SMK Pusat Bandar Puchong 1, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jln Wawasan 2/23.
Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1 memiliki 1271 pelajar lelaki dan 1136 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 2407 orang. Ia mempunyai seramai 132 orang guru.2009
Sejarah
Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1 telah dibangunkan di atas tapak seluas 8937 ekar (36168 meter persegi). Sekolah ini adalah antara beberapa buah sekolah yang terletak di daerah Puchong. Lokasi sekolah adalah strategik kerana dibina di atas bukit.
Sekolah ini dibuka pada bulan Disember 2002. Pn. Cheeah Halimah bt. Abdul Talib telah dilantik sebagai Penolong Kanan Akademik dan individu yang mengetuai pengurusan sekolah ini pada awal pembukaannya. Penyerahan bangunan kepada pihak pengurusan sekolah dijalankan sebanyak dua kali iaitu pada 1 November 2002 dan juga pada 20 Disember 2002.
6 Januari 2003 adalah awal sesi persekolahan . Pn. Cheeah Halimah bt. Abdul Talib diberi tanggungjawab menguruskan sekolah dan dibantu oleh Pn. Noriza bt. Asmuni (Penolong Kanan HEM) , Pn. Norhidayah bt. Abu Bakar (Penolong Kanan Kokurikulum) dan En. Marzuki b. Darus.
Pengetua pertama SMK Pusat Bandar Puchong 1 ialah En. Abdul Rahman b. Hj. Ngit (16 April 2003 hingga Januari 2004). Pengetua yang kedua ialah Pn. Hajah Kamariah bt. Mohd. Yusof (September 2004 hingga 30 Januari 2007). Seterusnya, pengetua yang ketiga ialah Pn. Siti Rogayah bt. Yahya (9 April 2007 hingga 15 Disember 2011). Pn. Zawiah binti Yahya mengambil alih sebagai pengetua keempat dari 16 Disember 2011 hingga 15 Disember 2013.
Pengetua kelima ialah Pn. Hajah Rosnah binti Ab Rahman, yang berkhidmat dari 16 Disember 2013 hingga 1 Julai 2014. Selepas itu, Pn. Abibah binti Harun menjadi pengetua keenam dari 14 November 2014 hingga 25 Mac 2018.
Pn. Mohaini binti Mohamad pula dilantik sebagai pengetua ketujuh dari 26 Mac 2018 hingga 11 Oktober 2019. Pengetua kelapan ialah Pn. Rohani binti Mohd Noor, yang memegang jawatan dari 14 Oktober 2019 hingga 12 Mei 2022.
Akhir sekali, pengetua kesembilan dan terkini ialah Pn. Noor Hasni binti Abdullah, yang mula berkhidmat sejak 23 Mei 2022 hingga kini.
Semasa kekosongan jawatan ketiga-tiga pengetua itu, Pn. Cheeah Halimah merupakan orang yang bertanggungjawab memangku jawatan pengetua.
Sekolah ini terkenal pada Januari 2020 apabila seorang peguam dari Parti PUTRA telah membuat aduan kepada pengetua sekolah bahawa dekorasi sekolah sempena Tahun Baharu Cina iaitu Tanglung adalah terlampau. Pengetua sekolah terpaksa menurunkan semua Tanglung atas cadangan dari PDRM, dan isu ini diselesaikan apabila pemimpin Pakatan Harapan termasuk mantan timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching dan mantan timbalan Perdana Menteri Wan Azizah Wan Ismail meletakkan dekorasi ini balik.
Pencapaian
1) telah menerma anugerah kualiti pencapaian akademik kategori lonjakan saujana SPM 2007,peringkat daerah petaling.anugerah ini adalah kerana pencapaian 6 mata pelajaran SPM lulus 100% iaitu fizik , biologi , EST , tasawur islam , kesusasteraan inggeris dan bible . 2) telah menerima anugerah kualiti pengurusan BOSS kategori sekolah menengah daerah petaling (pengurusan pentadbiran yang cekap & sistematik merupakan faktor utama SMKPBP 1 menerima anugerah ini .
Kelas dalam sekolah
- Konfusius (Peralihan)
- Pasteur (DLP)
- Einstein (DLP)
- Mendel (DLP)
- Faraday (DLP)
- Aristotle (DLP)
- Khawarizmi (DLP)
- P.Ramlee
- Usman Awang
- Mokhtar Dahari
- Mozart
- Bill Gates
- Lee Chong Wei
- Tagore
- Nicol David
- Picasso
Pautan Luar
- PAUTAN :Portal PSS-SMK PBP 1
- PAUTAN: Portal SMKPBP1
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Pusat Bandar Puchong 1
- Jalan Wawasan 2/23
- Selangor, Malaysia
- Telefon = 0358917014









