Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Soi | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Jalan Pantai Sepat, 25150, Kuantan, Daerah Kuantan, Pahang Malaysia | |
Koordinat | 3°43′56″N 103°19′05″E / 3.73216°N 103.31803°E |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah menengah; Sekolah kerajaan |
Moto | Sempurna, Sepakat, Saksama |
Ditubuhkan | 2 Januari 2003 |
Autoriti pendidikan | PPD Kuantan |
Nombor sekolah | 6095511954 |
Kod sekolah | CEA4089 |
Pengerusi PIBG | YBhg. Zahari bin Shafie |
Pengetua | YBhg. Pn. Norasnida binti Mohd Arif |
GPK Pentadbiran dan Akademik | YBhg. Pn. Hjh. Sharada binti Zainuddin |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | YBhg. Tn. Hj. Zaidan bin Hj. Husin |
Penolong Kanan Kokurikulum | YBhg. Mohamad Rosidi bin Mohamad @ Abdullah |
Faks | 6095341833 |
![]() |
Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Soi ataupun juga dikenali sebagai SMK Sungai Soi, merupakan sebuah sekolah menengah yang terletak di Jalan Pantai Sepat di Kuantan. SMK Sungai Soi merupakan sekolah kerajaan yang terletak di Daerah Kuantan dan juga merupakan salah satu sekolah dalam negeri Pahang Darul Makmur. [1]
Kod sekolah bagi sekolah ini ialah CEA4089. Berdasarkan data sekolah dari Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2021, sekolah ini merupakan sekolah yang terletak di kawasan bandar dan memiliki pelajar 996 yang terdiri daripada lelaki dan juga perempuan. Ia memiliki 72 orang guru yang bertugas di sana. SMK Sungai Soi terletak di bawah autoriti pendidikan iaitu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Kuantan. [2]
Sejarah
SMK Sungai Soi telah dirasmikan pada 2 Januari 2003 setelah penyerahan kunci sekolah ini diserahkan pada 31 Disember 2002. Kos pembinaan sekolah ini ialah sebanyak RM15.1 juta ringgit dan tapaknya seluas 5.86 ekar.
Pada awalnya, sekolah ini menerima seramai 13 orang guru dan 280 murid dengan terdiri dari tingkatan satu, tingkatan dua dan tingkatan empat. Tuan Haji Yusof bin Osman merupakan pengetua yang pertama di SMK Sungai Soi pada Januari 2003 sehinggalah Ogos 2004.[perlu rujukan]
Lokasi
Demografi
Berdasarkan data Kementerian Pendidikan Malaysia, berikut ialah jumlah murid dan guru dari tahun ke tahun.
Tahun | Jumlah murid (orang) | Jumlah guru (orang) |
---|---|---|
2009 | 989 | 60 |
2019[3] | 945 | 73 |
2020[4] | 958 | 73 |
2021[5] | 996 | 72 |
Rujukan
- ^ "Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Soi, Kuantan". APAC Directory (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 20 September 2021.
- ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2021". Kementerian Pendidikan Malaysia. 30 November 2021. Dicapai pada 30 Disember 2021.
- ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Mei 2019". Kementerian Pendidikan Malaysia. 17 Februari 2020. Dicapai pada 30 Disember 2021.
- ^ "Senarai Sekolah Rendah dan Menengah Jun 2020". moe.gov.my. Kementerian Pendidikan Malaysia. Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal (XLXS) pada 10 Februari 2021.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaKPM2021