Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Najihah | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus![]() | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Harian Bandar |
Moto | Sentiasa Cemerlang |
Nombor sekolah | 06-7622743 |
Kod sekolah | NEB4095 |
Faks | 06-7671486 |
Laman sesawang | Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Najihah |
![]() |
Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Najihah ialah sebuah sekolah menengah kebangsaan di Seremban, Negeri Sembilan.
Sekolah Tunku Ampuan Najihah yang dahulunya dinamakan sebagai Sekolah Menengah Perempuan Seremban telah siap dibina pada bulan November 1967. Penggal persekolahannya bermula pada bulan Januari 1968. Sekolah ini bermula sebagai Sekolah Menengah Rendah dengan kelas-kelas dari Peralihan hingga Tingkatan Tiga. Pembukaan sekolah ini adalah bertujuan untuk menampung pelajar perempuan dari Sekolah Menengah Datuk Sheikh Ahmad, Seremban dan dari sekolah rendah di sekitarnya seperti Sekolah Kebangsaan Dato Klana Maamor, SRJK (Cina) Chung Hua dan lain-lain.
Sekolah ini dirasmikan pembukaannya oleh Tunku Ampuan Najihah pada 16 Ogos 1973 dan nama sekolah ini diambil sempena nama baginda. Pada peringkat awalnya sekolah ini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Sekolah ini berada dalam kawasan Bandar Seremban dan lokasinya hanya dua kilometer dari pusat bandar. Berlatar belakangkan Bukit Jong yang menghijau dan disaliri sebatang anak sungai iaitu Sungai Temiang, meletakkan sekolah ini dalam Zon Pencinta Alam. Lokasi sekolah ini dalam kawasan Temiang adalah berhampiran dengan kawasan perumahan, pusat perniagaan serta jabatan kerajaan seperti Jabatan Penjara Seremban dan Ibu Pejabat Kontijen Polis Negeri Sembilan. Sekolah yang berjiran ialah SMJK Chan Wa dan SK Dato Klana Maamor. Majoriti penduduk di sekitar sekolah ini terdiri daripada kaum Cina.
Pada peringkat awal, STAN hanya mempunyai dua blok bangunan sahaja. Pengetua pertama yang menerajui sekolah ini ialah Puan Visvalingam yang memulakan perkhidmatannya mulai tahun 1968 hingga tahun 1977. Pada tahun 1968, bilangan pelajar sekolah ini seramai 746 orang dan meningkat kepada 1009 orang menjelang tahun 1973. Pada tahun 1990, sebuah gelanggang bola tampar dan sebuah gelanggang bola keranjang telah dibina.
Sehingga kini, STAN sudah menapak dengan gagah ke era yang lebih maju dalam bidang akademik dan juga kokurikulum selaras dengan hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia. STAN kini dilengkapi dengan dua buah makmal komputer yang lengkap untuk kegunaan guru dan juga pelajar. STAN juga mempunyai asrama yang menempatkan pelajar Kelas Rancangan Khas dan juga pelajar yang tinggal jauh dari kawasan sekolah.
Identiti Sekolah
Visi
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
Misi
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
Moto
Sentiasa Cemerlang
Kebitaraan Sekolah
Taman Merentasi Kurikulum
Lagu Sekolah
Sekolah Tunku Ampuan Najihah
Sekolah yang selalu dibanggakan
Memberi pelajaran dan didikan
Kami menuju kejayaan
Kami berjanji tidak akan lupa
Taat pada guru sepanjang masa
Membentuk dan memimpin kami semua
Itulah tugas mulia
Megah berdiri dan terus berbakti
Pada ibu pertiwi
Satu negara dan satu bangsa
Bersama berjasa
Terkenal nama STAN sepanjang masa
Membentuk peribadi puteri-puterinya
Sebagai pejuang pembela nusa
Itulah doa kami
Senarai Pengetua
Bil. | Nama Pengetua | Tahun |
---|---|---|
1. | Puan T. Vishvalingam | 1968 - 1977 |
2. | Puan Kamariah Sabeh | 1978 - 1983 |
3. | Puan Wan Chik Rahmah Wan Din | 1984 - 1985 |
4. | Puan Phyllis Lee | 1986 - 1989 |
5. | Puan Hajah Sanyum Said | 1990 - 1995 |
6. | Puan Hajah Norini Ali | 1995 - 1998 |
7. | Puan Hajah Latifah Mohd Rasid | 1998 - 2005 |
8. | Puan Hajah Azizah Mohd Nor | 2005 - 2008 |
9. | Datin Hajah Zuraidah Haji Hashim | 2008 - 2012 |
10. | Puan Hajah Yatimah Jiram | 2012 - 2018 |
11. Puan Hajah Norida Omar 2018 - 2020
12. Puan Hajah Siti Norezan Jalil 2020-2023
13.Puan Rohaiza binti Ujang 2023-2023
14. Puan Nor Hayati binti Abdul Rahman 2023-kini
Alamat
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Ampuan Najihah,
- Jalan Han Hui Foong,
- 70200 Seremban,
- Negeri Sembilan, Malaysia.
- Telefon: 06-7622743
- Faks: 06-7671486