![]() | Rencana ini mempunyai beberapa isu. Sila bantu memperbaikinya atau bincangkan isu-isu tersebut di dalam laman perbincangan rencana ini.
|
Sekolah Menengah Sains Alam Shah (ASiS) | |
---|---|
![]() | |
Lokasi | |
Bandar Tun Razak, Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur Malaysia | |
Maklumat | |
Jenis sekolah | Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) |
Moto | "Kreatif Inovatif Produktif" |
Nombor sekolah | (+6)03-91315014 |
Kod sekolah | WEA 0247 |
Pengetua | En.Jasmi bin Md Isa |
GPK Pentadbiran dan Akademik | En. Zuri Afizu bin Mat Jusoh |
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid | En. Hafiz bin Mahat |
Penolong Kanan Kokurikulum | Pn. Rohaya binti Bakar |
Faks | (+60) 3 - 9131 8119 |
Laman sesawang | Laman SM Sains Alam Shah |
"MENZAHIRKAN PEMIMPIN BERTARAF DUNIA" | |
![]() |
Sekolah Menengah Sains Alam Shah (SMSAS, juga singkatan ASiS dari nama dalam bahasa Inggeris, Alam Shah Science School) merupakan sebuah Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di Cheras, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur).
ASiS merupakan antara sekolah yang hanya menerima kemasukan pelajar Tingkatan 4, berdasarkan keputusan cemerlang sahaja daripada peperiksaan awam, Penilaian Menengah Rendah (PMR), seperti SM Sains Tuanku Munawir (SASER), SM Sains Seri Puteri (SESERI) dan juga MRSM Program Bitara (MRSM Taiping, MRSM Pengkalan Chepa dan MRSM Tun Ghafar Baba).
Namun pada 2016, ASiS telah mula menerima kemasukan pelajar Tingkatan 1 berdasarkan keputusan cemerlang di peringkat sekolah rendah.
Sejarah
Kampus Sekolah Menengah Sains Alam Shah terletak di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur. Kedudukannya sangat kondusif dan strategik dari segi peranannya sebagai sebuah institusi pendidikan putera. Kampus Sekolah Menengah Sains Alam Shah terletak di atas tapak seluas 34 hektar menampung 3 blok bangunan sekolah dan pentadbiran, 4 blok asrama, 1 dewan makan, 1 apartmen guru, 1 apartmen staf sokongan, sebuah banglo pengetua dan 6 kuaters guru. Sekolah ini juga bersebelahan dengan Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur, Sekolah Menengah Sains Selangor, Sekolah Menengah Kebangsaan Cheras, Institut Perguruan Ilmu Khas, Institut Perguruan Teknik dan berdekatan dengan Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Dari tahun 2003 hingga 2018, pemilihan pelajar adalah berdasarkan pencapaian cemerlang dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Pentaksiran Tingakatan 3 (PT3) dari seluruh negara. Pada ketika itu, ASiS hanya menawarkan pelajaran untuk pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5. Kelompok pelajar pertama ASiS telah menduduki perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2004. Mulai tahun 2016, ASiS mula melakukan pengambilan pelajar-pelajar Tingkatan 1. Pada tahun 2018, barisan pelajar ASiS telah lengkap dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Tahun 2018 juga merupakan tahun pertama peperiksaan PT3 dijalankan di ASiS. [bila?]
ASiS telah mengukir pelbagai kejayaan sehingga bukan sahaja dikenali di peringkat kebangsaan malah di peringkat antarabangsa.[perlu rujukan] Pada tahun 2007, ASiS berjaya memenangi Piala Perdana Menteri, pertandingan paling berprestij antara SBP, dalam bahas bahasa inggeris. Pada tahun 2011 pula, pasukan yang terdiri daripada Amier Zaryff, Kudrat Lokman, Al Imran Kamarudzaman dan Rizal Razak berjaya mendapat naib johan dalam Tan Sri Paduka Hajah Saleha National Debate Competition. Pada tahun 2012 pula, pasukan ragbi ASiS, yang diketuai kapten Ameroul Ashraf, berjaya memenangi Naib Johan Plate dalam pertandingan PowerBar Annual International Rugby Championship yang diadakan di SM Sains Selangor.
Selain itu, pada tahun 2013, ASiS telah mencipta sejarah apabila kedua-dua pasukan bahas bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ASiS telah berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir Piala Perdana Menteri 2013. Dalam pertandingan tersebut, sejarah pada tahun 2007 berulang kembali apabila pasukan bahas bahasa Inggeris ASiS telah menjadi johan bagi Piala Perdana Menteri 2013 mengalahkan Sekolah Seri Puteri. Pasukan bahas bahasa Melayu ASiS pula menjadi naib johan apabila dikalahkan oleh Sekolah Menengah Agama Persekutuan Kajang.[1]. Pada tahun 2016, pasukan bahas Bahasa Inggeris ASiS telah berjaya dinobatkan sebagai Naib Johan dalam Pertandingan Bahas Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri tahun tersebut. Pada tahun 2022, selepas pandemik COVID-19, pasukan bahas Bahasa Melayu Sekolah Menengah Sains Alam Shah berjaya mara ke peringkat akhir Piala Perdana Menteri. Namun, pasukan bahas Bahasa Melayu Asis dinobatkan sebagai naib johan setelah ditewaskan oleh Sekolah Sultan Alam Shah. Menjelang tahun 2023, Sekolah Menengah Sains Alam Shah mengulangi sejarah yang tercipta pada tahun 2013 dengan kedua-dua pasukan bahas Bahasa Melayu dan bahas Bahasa Inggeris melayakkan diri ke pusingan akhir Piala Perdana Menteri. Namun, sejarah yang terukir lebih manis apabila kedua-dua pasukan bahas Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris meraih kejohanan Piala Perdana Menteri yang ke-46. Kejayaan yang diulangi setelah sedekad menjadi lebih bermakna apabila penantian pasukan Bahas Bahasa Melayu untuk meraih Piala Perdana Menteri akhirnya tertunai.
Selain daripada kejayaan dalam bidang bahas, Sekolah Menengah Sains Alam Shah juga terkenal dengan pasukan Caklempongnya, yang telah memenangi kejohanan HKSBP Caklempong Kebangsaan sebanyak empat kali berturut-turut daripada tahun 2020 hingga 2024
Misi dan Visi
Misi
- Sekolah Menengah Sains Alam Shah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan yang membangunkan modal insan yang berkualiti berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Visi
- Menzahirkan pelajar Sekolah Menengah Sains Alam Shah bertaraf dunia menjelang tahun 2020.
Senarai Pengetua
Bil. | Tempoh | Nama Pengetua |
---|---|---|
1 | 2003-2011 | Tn. Hj. Idrus Bin Abdul Hamid |
2 | 2011-2015 | Tn. Hj. Baharudin Bin Dato' Wira Hj. Burhan |
3 | 2015-2017 | En. Roslie Bin Ahmad |
4 | 2017-2021 | En. Norazhar Bin Mohd Shah |
5 | 2021-kini | En. Jasmi Bin Md Isa |
Senarai Pentadbir (semasa)
Bil | Nama | Jawatan |
---|---|---|
1 | Jasmi bin Md Isa | Pengetua |
2 | Zuri Afizu bin Mat Jusoh | Timbalan Pengetua (Pentadbiran) |
3 | Hafiz bin Mahat | Timbalan Pengetua (Hal Ehwal Murid) |
4 | Rohaya binti Bakar | Timbalan Pengetua ( Kokurikulum) |
5 | Siti Badriyyah binti Megat Mohamed Yusoff | Ketua Bidang Bahasa |
6 | Quake Gek Tin | Ketua Bidang Sains |
7 | Zulkifli bin Hamzah | Ketua Bidang Teknik & Vokasional |
8 | Rohani binti Mustafa | Ketua Bidang Kemanusiaan |
Lagu sekolah
Marilah pelajar kita semua
Menuntut ilmu amalan mulia
Samalah kita usaha sampai berjaya
Itulah harapan semua
Kamilah penuntut yang setia
Rajin usaha asas kita semua
Bersatu kita teguh usaha bersama
Majulah Sains Alam Shah
Dengarlah dan ingatlah
Pesanan semua
Harapan ayah bonda
Semoga berjaya
Kamilah penuntut yang setia
Rajin usaha asas kita semua
Bersatu kita teguh usaha bersama
Menuju cita semua
Rujukan
- ^ debatsmapk (15 Jun 2016). "Senarai JUARA & NAIB JUARA Bahas Piala Perdana Menteri sejak 1974". DEBAT SMAP KAJANG. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-11-28. Dicapai pada 28 November 2017. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan)