Arsitektur Dravidia di Malaysia Kuil di Malaysia கோயில் | |||||
---|---|---|---|---|---|
Atas: Kuil Sri Mariamman,,adalah sebuah Kuil Hindu di George Town dan sebuah contoh Seni bina Dravidia. Tengah: Batu Caves di Selangor Bawah: Kuil Sri Kamatchi Amman yang terletak bersebelahan Stesen keretapi Padang Besar |
Sebahagian daripada siri berkaitan |
Hindu di Malaysia |
---|
![]() |
Kuil dalam bahasa Tamil disebut kovil atau koil) ialah tempat ibadat bagi penganut Hindu berketurunan India Malaysia . Disebabkan oleh gelombang imigran India ke Malaysia sejak zaman penjajahan British pada abad ke-19, banyak kuil bergaya India telah didirikan di pelbagai bandar di Malaysia, terutamanya di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Ipoh dan Klang. Majoritu kuil Hindu di Malaysia mengikuti reka bentuk, gaya, susun atur, dan seni bina Dravidia yang lazim ditemui di India Selatan dan Sri Lanka serta negara jiran seperti Singapura dan Indonesia.
Komuniti Hindu Tamil paling banyak tertumpu di negeri-negeri seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang, dan Negeri Sembilan. Terdapat ratusan kuil Hindu di seluruh Malaysia, termasuk kuil terkenal seperti Kuil Sri Subramaniar Swamy di Batu Caves. Kuil-kuil ini memainkan peranan penting dalam kehidupan keagamaan dan sosial masyarakat Tamil di Malaysia.
Komuniti Punjabi di Malaysia sebahagian besarnya menganut agama Sikh dan Hindu. Ramai dalam kalangan mereka menggabungkan kedua-dua tradisi keagamaan tersebut dan sebahagian daripada mereka boleh berbahasa Punjabi. Kaum Sindhi pula banyak menetap di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bahru, dan umumnya terlibat dalam bidang perniagaan tekstil, pakaian, dan peruncitan. Terdapat lebih daripada 15 buah Gurudwara (tempat ibadat penganut Sikh) di seluruh Malaysia, termasuk Gurudwara Sahib di Jalan Tun Sambanthan, Kuala Lumpur.
Etimologi
Kedua istilah 'koyil (கோயில், kōyil) dankovil (கோயில், kōvil) digunakan secara bergantian. Dalam bahasa Tamil, kōvil (lihat: wikt:ta:கோவில்) ialah bentuk kata yang diturunkan sesuai dengan kaedah sistem bahasa Tamil.kōvil (wikt:ta:கோவில்) dalah kata yang diturunkan sesuai dengan kaedah sistem bahasa Tamil..
Peranan Sosial dan Budaya
- Perayaan: Kuil menjadi tumpuan utama semasa perayaan seperti Thaipusam, Deepavali, Navaratri, dan Ponggal.
- Pendidikan: Sesetengah kuil menawarkan kelas agama, bahasa Tamil, dan tarian klasik seperti Bharatanatyam
- Aktiviti Amal: Ramai kuil terlibat dalam aktiviti kebajikan seperti pengagihan makanan percuma (annadhanam) dan bantuan kepada golongan miskin.
Senerai Kuil di Malasia


Perlis
Kedah
Baling
- Sri Subramaniar Devasthanam Temple, Kampung Seberang Pekan,Baling [1]
Bandar Bharu
- Sri Vinayegar Temple Batu Lintang, Serdang
- Sri Ganesar Temple 1947,Serdang
- Sri Subramaniar Temple, Serdang
- Sri Jada Muniswarar Kuil, Kampung Badlishah, Serdang
- Sri Maha Mariamman Temple, Ladang Buntar,Serdang
- Terap Sri Veerabhatra Kaliamman Temple, Terap, Serdang
- Sri Maha Veeramakaliamman Temple, Selama,Serdang
- Maha VANA Sangili Karuppusamy, Serdang
Kota Star
- Kuil Sri Dewi Karumariamman, Jalan Pegawal
- Kuil Railway Sri Maha Mariamman Devasthanam, Tanjung Bendahara
- Alor Setar Nattukkottai Chettiar Thendayuthapani Temple, Alor Star
- Sri Maha Mariamman Devasthanam , Bakar Bata
- Kuil Sri Muniswarar, Jalan Alor Semadom
Kulim
- Sri Maha Mariamman Temple, Karangan
- Kuil Sri Maha Mariamman
- Kuil Sri Maha Muniswarar, Jalan Sungai Ular
Pulau Pinang
- Rencana utama:Senarai kuil Hindu di Pulau Pinang
Kuala Lumpur

- Arulmigu Devi Shree Maha Karumariamman, Taman Permai
- Sri Anantha Vel Murugan Temple, Jalan Kepong, Jinjang Utara
- Sri Maha Mariamman Alayam Intan Baiduri, Selayang
- Sri Mathurai Veera Sanggili Karuppar Aalayam, Kawasan Perusahan Kepong
- Sri Munishwarar Temple, Laman Rimbunan
- Sri Shiva Muneeswarar Alayam,Batu 6 1/2, Jalan Ipoh [2]
- Sri Samayapurattu Mariamman, jinjang utara
Johor
Johor Bharu
Muar
- Sri Muthumariamman Temple, Jalan Mohamadiah (ஸ்ரீ முத்துமாரியம்மன் கோவில்)
Pahang
Bentong
- Brahma Rishi Hill Temple
Genting Highland
- Arulmigu Sri Maha Kaliamman Kuil, Genting Highland
Sabah
Sarawak
- Kuil Sri Maha Mariamman Gunung Matang, Kuching
- Sri Srinivasagar Kaliamman Temple, Kuching
Lihat Juga
Referensi
- ^ country
- ^ https://srisivam-alayam.com/contact/